27 December 2010

Until The Last Rebel








terima kasih Ultras Malaya.
kerana meraka telah menghadirkan satu sikap toleransi dan motivasi buat semua.
26 12 2010.
tarikh keramat ini akan tertulis dalam sejarah kita.
until the last rebel.

08 December 2010

Ingin Sebahagia Budak Darjah Dua


"awak dah cuba ais krim yang boleh tukar awak jadi rebel yang lepas itu akan membesar jadi macam Hans dan Jean-Fery, seorang rebel untuk Austrian entomologist dan seorang lagi rebel untuk French Baroque"
hujan renyai renyai, malam itu unik. ada kabus disebalik bulan pelicans. macam malam itu ada satu suara yang boleh bilang apa sahaja yang korang nak. kalau betul benda itu jadi. aku tak mintak banyak. aku mahukan syurga yang kekal abadi. cukup sengsara hidup dibumi yang tak kenal mana itu keadilan, dan cukup perit untuk hidup dalam sebuah negara yang pelik dari orang lain. tapi aku percaya. yang aku bilang pelik itu nantilah sebenarnya sama seperti yang lain. bukan tak mahu bersuara, tapi takut nanti dibilang salah. biar aku jadi seperti induction dimana orang yang berada dalam kalangan ini, membuat suatu kesimpulan mereka tidak membelakangkan fakta. mereka masukkan analogy, mereka campurkan sedikit fakta dan akta. selepas dah sudah. baru mereka gaulkan jadi sebuah kesimpulan yang serius, yang nampak kuat pada akar dan dahannya. yang nampak terang pada dasar mahu pun daratnya.
"lepas awak dah cuba ais krim itu, awak cuba pula ais krim melayu. orang kata, kalau awak cuba ais krim itu, awak akan diangkat menjadi tuan yang menghambakan bangsa lain. ketuanan melayu. tapi kalau awak sanggup la, ini baru true. kalah hang tuah,"
dan bila dia sambung bercerita aku pula sambung berfikir. ketuanan melayu? daulat raja rajamelayu? sejarah ada katakan bahawa sejarah raja raja ini bermula di mesir. orang americaletakkan raja raja untuk jaga minyak pada tahun 1936 dulu. apa yang kita tuankan sebenarnya? tanah ini? tempat ini? kalau kita begitu. yahudi dengan kita tak ubah serupa, fikir bangsa kitalagi hebat dari bangsa lain. fikir bangsa kita paling mulia dari yang lain. fikir bangsa kita sahaja yang layak berada di tanah ini. tidakkah itu cukup untuk dikatakan bangsat dan sampah? tidakkah itu cukup untuk dikatakan. dalam terbang fantasi aku jauh menggunung. datang alyin, budak umur 8 tahun. darjah dua.
"abang, mahu ais-krim coklat atau krim? alyin nak beli, ais krim ini tak campur apa apa, cuma rasa sedap dan enak, cuma rasa manis dan sejuk, cuma rasa tenang sahaja. tak campur rasa gelisah atau duka, tak campur rasa sampah atau rebel. alyin dapat pastikan. abang mahu yang mana? coklat atau krim?"

"abang mahu ais krim coklat yang dalamnya ada rasa strawberi, cuma abang mintak kali ini rasa ais krim ini ada rasa bahagia?"

"itu sudah pasti, lihat alyin sekarang."

04 December 2010

Mati Hidup Kembali

azan zohor tanda masuk sudah waktu solat untuk daerah shah alam ini. sudah mahu dekat setahun aku tinggal disini, menetap disini, dan kenal dengan daerah ini. buat hari hari aku makin hari, makin sunyi. tak macam semua. aku tak punya kawan yang ramai, bukan aku yang memilih. tapi mereka yang memilih aku. aku berkawan dengan siapa yang mahu cerita tentang apa yang aku rasa serius untuk dibincangkan. tapi bila sampai masa aku diam. itu jelas, bahawa aku senang untuk berdiam sambil berfikir. aku malas untuk duduk dalam satu kelompok manusia dan bercerita soal yang barangkali boleh aku katakan buang masa, dan itu sekali jauh dari aku.

turun aku dari rumah, berjalan pelahan. rokok di jari aku hisap perlahan lahan. mahu rasa. tangan kiri aku pegang secawan kopi yang aku buat. ini sudah biasa buat aku. pagi atau tengahari mahu ke kolej. berjalan dalam hujan kadang, berjalan dalam kabus juga walau dalam apa jua. benda yang wajib ada di tangan aku adalah rokok dan kopi. kalau tidak macam tak lengkap.
"rokok adalah pelengkap jiwa yang gusar, kopi adalah pemanis rasa yang goyah"
aku bukan antara orang orang yang ketagih dengan rokok, ketagih dengan kopi. aku ambil bila perlu. kadang kadang sehari sekali. atau sehari itu tak pernah. aku bukan yang macam mereka mereka yang terus ketagih. aku jauh sekali dari situ, aku tak suka habiskan duit untuk benda yang tak berfaedah. tapi bila perlu. aku terpaksa jugak.

dah malas jadi begini, dah penat jadi begini, dah bosan jadi begini. bukan aku tak bersyukur. sungguh benar aku bersyukur. diberikan hidup sebegini. diberikan nafas sebegini. aku sungguh bersyukur. tapi bila soal meminta ini. aku jauh lebih mengelak daripada aku meminta. aku tak mahu susahkan sesiapa, aku tak mahu dan takkan mahu untuk susahkan sesiapa. cukuplah dengan apa yang aku ada, tapi bila sampai satu masa aku katakan sebagai terpaksa. apa boleh buat. aku mintak jugak. tapi itu pun ambil masa untuk aku fikir masak masak.

hidup disini agak susah, masalah kewangan. tambahan lagi dengan masalah rumah. macam macam. aku cuma mampu diamkan diri. malas aku nak campur adukan. aku dah terbiasa, dah terbiasa sangat sangat untuk terus berdiam. malas orang tahu apa yang aku rasa. cukuplah. dengan ayat ibu dan ayah cakapkan tadi buat aku betul betul rasa bersalah. tak mengapa. aku dah malas nak meminta. kalau nak bagi, aku ambik. kalau taknak bagi. aku kerja. cukup la jadi pramusaji di oldtown. dapat la aku survive untuk hidup seorang mahasiswa. biarlah orang nak kata apa. kalau itu yang perlu aku lakukan. dapat duit itu. aku guna utk hari hari aku. mungkin tak cukup. tapi tak mengapa. cukuplah untuk aku seorang. makan dan kegunaan harian untuk belajar, beli buku dan barang rumah. cukuplah untuk hari hari aku.

disini aku dah terbiasa untuk hidup susah, disini aku sudah terbiasa untuk bersuara. sudah la, nanti bila aku diam. itu makna aku sudah penat untuk meminta bila dipersoal, aku malas mengungkit. aku kerja, dan gunakan duit itu untuk seharian aku. seronok mungkin. tapi susah mungkin.





27 November 2010

Rindu Yang Telah Pergi, Bukan Pergi Barangkali. Tapi Di Nanti.



dalam sisipan rindu yang hadir dalam diri buat aku mula berjinak dalam dalam. dalam simpanan rindu yang aku sendiri lukakan ini, buat aku mula sedar pada kata kata ini.
"selalunya manusia ini yang terang lagi bersuluh itu bagi dia tak penting, yang sekecil kuman itu lagi penting"
tersentap barangkali, mungkin juga sudah mati. tapi mungkin juga sedang bernafas dalam dalam. fikir dan terus berfikir. rindu ini dalam, belum tentu ada yang nampak, dan barangkali yang nampak itu belum tentu faham. disini aku bermula, dan tak mungkin disini aku ingin akhirkan. cukup lah dengan sedih duka yang lepas. aku mahukan nafas baru, nafas yang barangkali boleh buat aku terus bangun melawan. tapi sayang sekali, rindu ini buat sungguh aku hidup dalam mati.

hari hari yang aku nanti bagai hari hari yang bakal mati, nanti aku risau. sebab aku tahu. hidup manusia tak pernah lama, aku perlu bersyukur. ya. aku perlu tanamkan pada dasar hati ini rasa bersyukur, dan cukup pasti aku perlu tanamkan rutin harian aku bila hadir matahari pagi. aku perlu bingkas bangun dan mensyukuri apa yang aku ada. nyawa, nafas, hidup, kawan, kekasih, semua.

cukuplah dengan sikap buruk aku ini, cukuplah dengan sikap aku yang buat orang orang disekeliling rasa mual, rasa tak enak, dan cukuplah buat dia rasa macam useless. aku perlu lebih matang, dari segi sikap. aku sudah matang dari segi pemikiran, cuma aku mahukan kematangan dari segi sikap. cukuplah.

aku perlu khabarkan rasa sayang aku simpan dalam dalam tak pernah sekali terkubur, aku pohonkan seribu maaf. macam aku cakap,
"soal bahagia ini macam soal makan, semua orang perlukan"
aku perlukan setiap bahagia yang hadir, dari awak, dari semua. sumpahkan aku kesana, hidup bersama mati berdua.

03 October 2010

Last Word.


Berehat dari menulis, punya projek yang lagi besar,

Insya'Allah.

semua akan dapat manfaat dari rangka rancangan yang saya rancangkan. nanti kan.

18 September 2010

Wani Ardy

bahasa jiwa bangsa.cinta jiwa kita

25 August 2010

Cernaan Fikiran Minda Kelas Bawahan.

melihat dari segi sudut sebuah kemajuan. kita dapat lihat bahawa industri pendidikan negara tampak gemilang dengan idea idea dari menteri hingga kepada orang orang bahawan yang menjalankan sebuah ajaran. ajaran yang betul.

dalam memandang malaysia sebuah negara yang maju untuk sebuah kejayaan, ironiknya kita mungkin dilanda sebuah masalah ke masalah yang lain. dari segi sektor yang tampak makin maju lagi berjaya. sesungguhnya sektor sektor ini berkembang pesat kerana dua perkara. diguna dan pengguna. diguna adalah sebuah perkara dimana bermaksud. kita menggunakanya. dan untuk pengguna pula adalah orang yang menggunakanya.

dalam menjadi sektor pendidikan sebuah sektor yang maju. semua nya bermula dari seorang guru. guru bermula dengan membentuk akhlak para para murid. guru juga yang mencipta sebuah etika perbatasan dalam menilai sebuah hubungan yang baik. tapi sehingga mana cara ini berkesan jika kita melihat ada segelintir guru guru sekarang menjadikan sebuah sifat kebendaan mereka dalam memberi sebuah markah yang baik pada murid murid atau pelajar pelajar.

"straight to the point la, aku bahas panjang panjang ni korang bukan faham. cam ni la. jangan jadi mesin untuk manusia berjaya. macam mesin bagi duit, kau masuk duit. kau dapat la sebuah kejayaan. macam tu la guru. tolong jangan jadi mesin. kalau murid murid bagi ferrari sebuah baru nak bagi full mark. come on la. kita hidup dalam sebuah zaman moden. hidup. ingat. tuhan maha kaya. dia boleh tarik setiap apa yang ada pada kita. cukup la. dan lagi satu, tolong jangan terlalu tinggikan ilmu yang kita ada. para para ulama sendiri pun tak tinggi kan ilmu d orang. malah d orang rendah diri. ilmu tu besar. kalau setakat kite jadi pendidik. lepas tu cakap kat murid murid 'kamu tak setaraf saya' boleh la. tapi apa yang kita ada tu sekejap. ingat. tolong jangan ada diskriminasi"
pendidik umpama gedung ilmu buat yang buta, apa yang kita harapkan. sebuah hubungan yang baik. ingat. selahi kita hidup. semua ini milik Dia. jangan sampai ditarik.

19 August 2010

Gua Pun Rakyat Malaysia.



masa ini nak pergi johor, tapi sesat sampai sini. apa ada hal. alang alang baik bergambar. takut. nanti di kata tak bersyukur tak sedar diri.

yang pegang berdera tu hassan. selalu main guli dengan aku dulu. yang kanan sekali tu kalau tak salah aku. mungin tu seman. selalu main life for dead ngan cucu die. yang lain tu kamal, hisyam dan lokman. tapi aku tahu mane satu di orang. sejak sejak failed spm. gelap mase depan. terus d orang apply keje ni.

apa apa pun.
salam merdeka.

18 August 2010

Caption Buat Si Bangsat.

aku perlu belajar untuk terbang. perlu belajar untuk menangis. dan yang pasti aku perlu belajar untuk jadi manusia yang bisa sahaja melawan.

dalam dunia yang jadi serba gila ini aku sudah tahu mahu meniti mana jadi makna. aku cuba sedar yang aku juga manusia seperti kalian kalian. seperti hamba hamba. aku tetap lagi sampah. yang mungkin dilihat orang aku ini kotor, jijik apa lagi geli. aku tak sehebat manusia lain. yang punya otak ala ala elbert enstein. aku tak harap aku dapat capai setinggi itu. sebab apa yang cuba buat, aku dasarkan pada mata hati. biar rasa. biar rasa sampai dalam dalam.

agar nanti aku tak dikata tak bersyukur tak sedar diri. dikata sombong dah lupa masa silam. aku cuba jadi mereka mereka yang gaya hidupnya tinggi. tapi tolong la. aku tak mahu bongkak macam mereka. lalu aku ambik jalan sendiri. jalan buat aku keluar dari golongan manusia yang rasa mereka lah paling suci. padahal mereka lah paling jijik.

aku lagi selesa jadi begini. jadi mudah. jadi senang. dunia sudah jadi begini. dunia bukan mula jadi begini. tapi memang dah jadi begini. apa aku peduli. aku kenal sekali sifat sifat mereka. hidup mahu diangkat tinggi. hidup dalam khayalan kemewahan. hidup dalam khayalan populariti. hidup buat si bangsat. ingat. anda hidup bukan menongkatkan langit. ingat. jangan terus lalai dalam hidup dunia.

12 August 2010

Be Mature

jiwa saya mula meronta dalam rintihan tangisan sebuah bulatan tragis. saya di tengah. menjadi sebuah pengalaman dalam hidup saya selalu berada di tengah jalan yang gelap. saya rindu buaian mak minah yang pernah saya ceritakan dulu. saya rindu mahu berdansa lagu jiwa yang saya bawa sama tangisan senja yang saya rasa patut jua saya rindukan.

apa lagi yang boleh saya harapkan dari jiwa yang benar benar halus ini. dalam menempuh hidup benar ini saya terpaku dalam satu masalah yang kadang kadang saya sendiri mahu terus berdiam. 

apa lagi yang boleh saya harapkan pada jiwa yang benar benar halus? apa lagi yang boleh saya harapkan pada langit biru yang bakal mendung? apa lagi? 

tolong katakan anda bukan macam mereka mereka yang hanya tahu berjiwa dalam amarah sedang saya sahaja yang berjiwa dalam parah. apa mungkin begitu? sudah la. nak dikatakan jiwa anda punya nafsu. tidak. anda cuma tahu mencari apa itu jiwa sedangkan yang lain cuba turut merasa jiwa itu punya cerita. apa anda rasa?

"tak salah ada warna dalam hidup, cuma perlu pandai corakkan, jangan nanti dicorak warna gelap pudar malam tanpa siang. susah. biarkan ia penuh dengan corak, nanti kita dapat belajar dari satu corak ke satu corak lagi"

separuh aku sudah pun mati. jangan di tanya mengapa. apa lagi apa. sedang anda hanyut dalam buaian mimpi dahulu. usahlah. sudahlah. saya mahu kekal begini. maaf.

29 June 2010

Hari Ini Bila Bila

hari ini hari apa?
oh. aku ingat
hari ini hari manusia menuai masa.

hari bila masa?
hari yang di janji kan.
punya rasa juga apa.
yang memang betul di janjikan

hari ini hari tentang apa?
hari ini hari tentang jiwa.
hari ini juga aku kata kn sebagai hari tentang dosa.
hari ini hari tentang pahala.
ya.dosa dan pahala.
tak jauh bukan.

dan aku lihat.
manusia hanyut.

21 June 2010

Saya Katakan Ini Sebagai 'Tajuk'




Bagi yang merindukan

Tuhan menyediakan

Kereta cahaya ke langit
Kata sudah membujuk

Bumi untuk menanti

Sudah disiapkan
Awan putih di bukit
Berikan tanda


Angin membawamu pergi
Dari pusat samudera
Tidak cepat atau lambat
Karena menit dan jam

Menggeletak di meja

Tangan gaib mengubah jarum-jarumnya
Berputar kembali ke-0

Waktu bagi salju
Membeku di rumputan
Selagi kaulakukan perjalanan.

10 June 2010

Story



saye cerita sebuah duka di sini.
saye coret sebuah luka juga di sini.
saye lagu kan sebuah intronasi tentang cinta.
juga di sini.

mereka tempuh sebuah perjalanan yang berlainan.
mereka tempuh jalan cerita yang lebih tragis.
mereka bersama di setiap mata yang melihat.
mereka mencipta empayar cinta yang hebat.

dia tak sudah di uji dengan perasaan.
dimana setiap apa yang dia lakukan.
pasti perasaan itu buat dia tertekan.

dia juga tak lari dari ujian kesabaran.
dalam mengejar sebuah impian gapaian cita cita.
dia rela berkorban.

---------------------------------------------------------------------------------

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh

Dalam harapan


"nama dia kasha, kat sini kite orang paggil dia budak setan"

"saya janji lepas awak lulus nanti, awak boleh sarungkan cincin tu kat jari manis saya"

"aku tak pernah berhenti cintakan ayu, su"

21 May 2010

Potret Manusia Mati Rasa










antara kota kota rindu yang menggamit kenangan mengurai persoalan mencipta persahabatan.antara kota jiwa yang halus.mereka mencipta sejarah.mencipta pengalaman.untuk di bangkitkan menjadi sebuah ikatan.mereka ini sahabat saya.

bagaimana dia mencipta sebuah kematangan hidup.dimana hidup tanpa sebuah pegangan umpama hidup tanpa pedoman.

kenang kenangan.
umpama roda hidup bagi semua umat manusia.
lumrah katanya.
lagi hebat barangkali.

15 May 2010

Mak Minah

hari ini mak minah bangun sperti biasa.cuaca agak terang.mak minah bangun lantas mencapai tuala.mak minah mandi.kebiasaan buat mak minah.bangun pagi.terus ke bilik air.gigi dingin pagi itu mengigit rasa rasa mak minah.sejuk.tapi mak minah sudah biasa.kerana muda dulu dia belajar bangun waktu begini.

Aminah Qistina Binti Haji Razali Mokhtar.mak minah.nama pendek.tapi punya otak cergas.mak minah mejangkau umur 60 tahun.ubun tua kelihatan di kepala.mak minah tinggal di kg baru,kuala lumpur.mak minah janda tak beranak.suami meninggal masa muda.sejak itu mak minah tak kawin kawin.kerana kota cinta dan rindu hanya pada arwah suami nya.

suami mak minah meninggal semasa mereka sama sama mahu pergi berbulan madu ke pulau langkawi.orang kata pulau itu pulau cinta.pulau bermadu asmara.dengan sejenak pemandangan alam kepunyaan tuhan.ditambah dengan udara nyaman.pulau itu punya aura membangkitkan kota rindu.kota cinta buat mereka.buat sesiapa saja.dan mak minah tak sempat merasa aura itu.kerna di tengah tengah jalan.mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut segenap pelusuk jiwa manusia yang mak minah cintai.mak minah tabah.hampir segenap hidup nya.mak minah hanya berbakti pada umur nya.

mak minah selesai mandi.dipakai mak minah baju kurung.warna hijau pokok pisang.warna kegemaran suaminya.mak minah duduk di hadapan cermin.hanya membiarkan fikiran ini berpusing pusing.mengenang apa yang patut dikenang.

mak minah seorang guru.mak minah terkenang masa muda nya.masa sebelum sampai surat pencen.mak minah gembira.mak minah bangga dapat berbakti buat umat manusia.menabur ilmu.menabur bakti.pandai kan anak bangsa sendiri.mak minah gembira dengan kerja mak minah.mengajar ilmu dunia.kadang kadang mak minah selitkan ilmu agama buat anak murid mak minah.agar nanti mereka selalu beringat.

mak minah punya seribu kisah.punya seribu duka.punya seribu rasa wasilah cinta pencipta.mak minah kuat.mak minah sekarang sunyi.tak punya sesiapa.sejak pencen ini.mak minah hanya dpt membayangkan hidup ini bakal berakhir.mak minah tak punya kekuatan lagi untuk berdiri megah.untuk bersuara garang.mak minah selalu saja menangisi sisa hidup nya.antara jawapan yang belum tentu sesiapa pun dapat ungkap kan.dalam bentuk lisan mahupun percakapan.

11 May 2010

Melankolia (Hari Ini Hari Saya)





Nama saya alam nur.
saya bayangkan dunia umpama perjudian terbesar dlm hidup.
dimana nafsu yang menjadi tuan.
tuan menghamba kan nafsu.

hari ini mungkin ada yang silap.tentang perhitungan.tentang nada suara keamanan.ada yang kurang fasih.tapi berlagak macam tahu semua.debat bukan acara kosong.debat acara lawan fakta.ada yang barangkali hanya auta.

hari ini hari saya.saya rindu sama kedamaian.rindu bunyi burung siulan.rindu suara keamanan.sekurang kurangnya saya masih sedar.

anda bagaimana?

02 May 2010

Ruang



saya tinggal kn sebuah cinta pada keamanan.
saya rindu buaian mak piah yang sering menjadi tempat saya bermain.
saya rindu coret sebuah kisah pada dunia.

saya keliru antara jiwa dan nafsu.
saya hanya mampu bernafas dalam lumpur duka.
dimana seksa ini saya yang rasa.

dan

dimana sebuah alunan rindu buta.
pada setiap genap luhur budi manusia.
saya yang rasa.

......................

"ayah,apa itu cinta?"

"apa yang anak nak tahu?"

"kata kan saja"

"cinta itu besar,kadang perlukan pengorbanan.anak tahu bukan.cinta umpama hujan yang turun.lebat.banyak titisan.tapi belum tentu itu titisan rahmat.dan begitu cinta.dan belum tentu cinta yang banyak itu punya hati yang ikhlas"

"lagi"

"cinta ayah pada keamanan.ayah bersama ibumu.itu juga cinta.tapi ayah mahukan cinta pada sebuah keamanan yang dimana semua rasa.ayah tak sanggup terseksa"

ruang kami bersuara amat tipis.

25 April 2010

Bila Prinsip Dipegang



















antara puluhan ribuan manusia.
mendengar.
menilai.

lensa mata dan kamare umpama sahabat.
terus mengabdikan kenangan.

dan hari ini.
kita tolak mereka.
kita bawakan semangat kita.
harapan baru buat malaysia.

suara rakyat suara keramat!

24 April 2010

Ribingu

masa berjalan.terus memintas umat manusia.dan mereka juga merasa.disitu tetap punya makna.punya rasa.punya azam.

awan tampak tenang beralih arah.berenang di langit biru.berenang bersama angin.langit nampak terang.langit juga tak gelap.kebiruan.cantik.segar mata memandang.langit itu biru.warna alam.langit tak bertiang.awan tak bersayap.

hari ini hari mulia.nama dia satia.nama dia pula hasnah.dan nama dia pula lim wong.mereka kawan baik.datang dari negeri yg sama.juga tempat lahir yang sama.mereka umur muda.masih kecil ketika mahu belajar apa itu jalinan sahabat.tapi mereka tetap bertiga.

satia anak kama.dia tinggal di hujung kampung dekat dgn rumah hasnah.satia pendiam.tapi bila bersuara.lantang.garang.punya isi.punya makna.hasnah gadis melayu.anak pak leman.tinggal berjiran dgn satia anak kama.hasnah peramah.hasnah juga sopan.hasnah tahu hukum agama.lim wong pula anak kim siat.dia dipaksa untuk berkurung.tapi lim wong mahu berkwn.dia berkawan dgn hasnah dan satia juga senyap senyap.

mereka ada di kaki bukit.bicara sama hidup.

"hasnah,apa itu hidup?" tanya lim.

"kau mahu tahu lim? hidup umpama roda.dan putaran yang pernah kita tinggal dulu.dan liku yang bakal kita hadapi.dan yang pasti.apa yang kita pernah lakukan masa dulu.pasti akan kembali berlaku pada kita.itu hukum alam.yang pasti.kau,aku,satia pasti akan tempuh semua ini." hasnah bersuara lantang.

"ah kau.itu cuma kata kata kau.yang pasti.kita juga belum tentu tahu.apa benar kita dibalas di dunia.mahu pun akhirat" satia mula.

"benar satia.tapi itu kerja tuhan.siapa tahu.agama kau ajar lain.agama aku ajar lain.yang pasti.itu semua kerja tuhan.kita hamba.apa layak kita bicara sama kerja tuhan??kita ini kerdil.kau harus tahu.jangan terlalu sombong dek dunia yang belum tentu hidup kau lama." hasnah garang.

lim tampak terpaku.diam tanpa bicara.yang pasti dia faham.hidup ini sukar untuk yang lemah.dan yang kuat pasti menang.tuhan punya jalan hidup yang hebat utk semua.yang pasti.kita lemah.kita hamba.kita juga hama.kita juga hina.

"argh!! ajar kan aku! aku bilang ajar kan aku!"

lim tiba tiba berteriak pada langit suaranya kuat.lim lepaskn segala yang dia pendam.dia jerit.hasnah tahu.lim lemah.terperangkap dalam kurungan keluarganya.lim mahu bebas.seperti semua.berlari.berkwn.satia hanya mampu duduk.menikmati alam.diam tak terkata.

di kaki bukit itu mereka bicara.di kaki bukit itu lim bertanya.di kaki bukit itu hasnah bertengkar.di kaki bukit itu satia bersuara.mereka kini menempuh alam dewasa.punya sukma juga rasa.dan bakal tempuh hari dewasa.


carilah yang abadi.carilah yang hakiki.
sesungguhnya tuhan itu maha kaya.
dan persoalannya.
siapa yang tak tahu bersyukur??

22 April 2010

Hari-Hari Saikuru








hari ini semua bermula.dan hari ini semua bersuka.esok belum tentu semua punya.kerana tuhan itu maha kaya.andai yang terleka.pasti ada yang kejutkan.andai yang terlena.pasti ada yang sedar kan.

hidup umpama sebuah peta.ada peta yang sudah tersedia jalan hidup nya.ada peta yang menunggu masa untuk di lukis.dan ada juga peta yang mungkin menunggu masa untuk dihentikan.sebab.kita hanya watak dalam lakonan dunia.dan dia adalah tukang cerita buat kita.

dimana takdir yang manis.dimana takdir yang duka.dan dimana harus kita punya makna.itu semua kerja tuhan.sebagai hamba.bersyukur lah dengan apa yang kita punya.

anggap lah ia sebuah pemberian yang cukup cukup ternilai.apa lagi yang kau mahu kejar kan??dunia??cukup la.hidup kau akan terhenti nanti.dan di situ kau bekal kan akhirat.bukan dunia.

kerja tuhan.
siapa tahu.

tribute to Fariza Azyan Bnt Mohd
thanks to this young photographer
you great.

dia berjaya melaah segenap pejuru jiwa.cinta muda.dan aku harapkan dia tetap bersama aku.dimana dan tak kira apa yang datang.kita akan bertahan.tuhan punya takdir yang lebih untuk kita kecap.untuk kita bersama.kerana hidup aku untuk dia.dan dia untuk aku.


18 April 2010

Pergi


ceritara sebuah perjalanan hidup.
menjadi sebuah kasih yg abadi.
dimana punya zaman.
disitu punya azam.

kita ttp berdiri.
walaupun ia pergi.
dan kita tetap di sini.
walaupun kita terpaksa redha dgn apa yg terjadi.

itu takdir tuhan.
itu kuasa tuhan.
itu sakti tuhan.
yang menentukan jalan buat kita.

15 April 2010

Nenek Saya Buta





nenek tampak riang.nenek tampak tersenyum.nenek tampak gembira bersama masa.
nenek pandai bersuara garang.nenek pandai mengajar agama.nenek itu nenek saya.

mungkin nenek sembunyi.sembunyi duka dalam diam.nenek suara gembira.
nenek tahu mana yg salah.nenek kesayangan hamba.nenek cantik.nenek rindu zaman muda.
zaman berjalan ke sana ke mari.

nenek rindu kan tok ki.tok ki pergi mase nenek buta tak melihat.nenek sedih.nenek hampa.
kata kata nenek masih terngiang di telinga saya.

"nenek sedih,tak dapat jage tok ki mase die sakit"

itu kate nenek mase roh tok ki naik diambil tuhan.aku masih ingat mase tok ki meninggal dunia.
aku hanya mampu berdoa.mase itu kecil.darjah 4.ape yg aku faham? tapi lepas tok ki pergi.aku masih menangis.rindu kan suare tok ki.

saya faham nenek buta.nenek tak dapat capai ape yg dia mahu.nenek cuma tahu bersuara.tapi mata nenek tak dapat melihat sye membesar.tak dapat melihat cucu lain membesar.nenek hanya tahu merasa.merasa yg aiman sudah besar.nenek kadang sunyi.anak jauh.cucu juga jauh.nenek rindu pada semua.saye dpt rasa.dari mata yg berair.saye tahu.nenek rindukan semua.

nenek menangis pilu.rindu tanah ladang.rindu peluh berkerja.rindu masa muda.sekarang.nenek buta.ya.nenek saya buta.