06 February 2010

Kembali Bernafas.


huh! puas rase.terpekik terlolong.akhirnya bebas buat seketika.bakat sye di hargai.buku di tulis.tulisan di bace.sajak aurora legaspi's sye ubah 100%.untuk hari talent time.sye wira mohd aiman.penggerak manusia sejagat.mahu jadi hebat.rasai,nikmati,dan puaskan nafsu fikir anda.

AURORA LEGASPI'S

aurora legaspi's usang,
bedar semangat,
menongkah arus ombak deras,
mencipta pengalaman,
mencipta kejayaan,

aurora legaspi's usang,
bedar ciptaan semangat,
bersedia mengelilingi semenanjung emas,
dahagakan kegemilangan,
dahagakan kecemerlangan,

aurora legaspi's usang,
menempuh konflik keluarga,
mencipta cinta saudara,
mengenal hubungan manusia,
bersedia menjadi dewasa,

bedar ini tidak lelah belayar,
demi sebuah pengalaman,
dan akan terus belayar,
walaupun bakal terhenti di pelabuhan kenangan,

bedar sukma bisu,
bedar siap belayar,
bedar ciptaan manusia,
bedar ciptaan semangat,
bedar kasih tuhan,
bedar rahmat tuhan,
bedar ini bakal menjadi kenangan,
bakal terhenti di hujung jalan ingatan.


masih lagi tentang bedar.kerana bedar pengerak kenangan.mencipta semangat.anda faham.anda rasai.

PLKN KUMPULAN 7 SIRI 1 2010
28 JAN 2010.



No comments: