30 March 2010

Hari Babi

ini adalah antara hari harinya.
hari yang aku rasakan semua benda seperti babi.
hari yang aku akan pandang semua orang dengan penuh benci.
hari yang aku tidak akan senyum, hendak buka mulut apa lagi.

ini adalah antara hari harinya.

aku mahu pulang.
aku mahu balik pada nyawa aku di sana.
tak ada satu perkara yang mampu membikin aku aman.
tak ada satu pun jua.

setiap siang di sini merangkak
setiap malam malamnya tak bergerak.

hari hari
aku keluar hanya untuk kerja. dan akan pulang sepantas2nya.
aku tidak sudi berapa2 dengan siapa2.
aku tidak mahu berkawan atau dikawankan.
aku menjadi terlalu kejam dan durjana.

setiap hari aku maki diri sendiri yang terlalu bangsat untuk sudi dilaknat begini. setiap airmata yang tertitis adalah hukuman yang mengekehkan kelalaian aku untuk memancung badai takdir yang ditulis untuk aku. setiap siksaan aku adalah balasan untuk kealpaan aku untuk menongkah taufan qada' dan qadar ketika peluang mencuba masih ada.

apa yang aku hadapkan ini adalah satu hak yang memang berpadanan dengan kebodohan aku.

tuhan.
kasikan aku pulang.
aku hauskan cinta dia.
aku laparkan kasih dia.

sudah 47 putaran hari aku bergelut bersama malam. tidak diizin aku tidur. tidak diberi aku walau memejam mata. setiap harinya aku terpaksa minta belas kasihan subuh untuk membobok aku dan menyembunyikan aku dari malam buat sementara.

mujur kerja aku dimulakan di tengah siang. dapat juga aku curi2 dalam sebentar.
dunia terlalu sunyi bila kau pernah merasa hingar.

tuhan...
kasihankanlah...
aku belum mahu mati lagi...

pulangkan aku pada dia...
dia tak berkawan di sana.
seperti aku di sini tak bersiapa2.

tuhan...
tolonglah kasihan...

fynn jamal

No comments: