15 May 2010

Mak Minah

hari ini mak minah bangun sperti biasa.cuaca agak terang.mak minah bangun lantas mencapai tuala.mak minah mandi.kebiasaan buat mak minah.bangun pagi.terus ke bilik air.gigi dingin pagi itu mengigit rasa rasa mak minah.sejuk.tapi mak minah sudah biasa.kerana muda dulu dia belajar bangun waktu begini.

Aminah Qistina Binti Haji Razali Mokhtar.mak minah.nama pendek.tapi punya otak cergas.mak minah mejangkau umur 60 tahun.ubun tua kelihatan di kepala.mak minah tinggal di kg baru,kuala lumpur.mak minah janda tak beranak.suami meninggal masa muda.sejak itu mak minah tak kawin kawin.kerana kota cinta dan rindu hanya pada arwah suami nya.

suami mak minah meninggal semasa mereka sama sama mahu pergi berbulan madu ke pulau langkawi.orang kata pulau itu pulau cinta.pulau bermadu asmara.dengan sejenak pemandangan alam kepunyaan tuhan.ditambah dengan udara nyaman.pulau itu punya aura membangkitkan kota rindu.kota cinta buat mereka.buat sesiapa saja.dan mak minah tak sempat merasa aura itu.kerna di tengah tengah jalan.mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut segenap pelusuk jiwa manusia yang mak minah cintai.mak minah tabah.hampir segenap hidup nya.mak minah hanya berbakti pada umur nya.

mak minah selesai mandi.dipakai mak minah baju kurung.warna hijau pokok pisang.warna kegemaran suaminya.mak minah duduk di hadapan cermin.hanya membiarkan fikiran ini berpusing pusing.mengenang apa yang patut dikenang.

mak minah seorang guru.mak minah terkenang masa muda nya.masa sebelum sampai surat pencen.mak minah gembira.mak minah bangga dapat berbakti buat umat manusia.menabur ilmu.menabur bakti.pandai kan anak bangsa sendiri.mak minah gembira dengan kerja mak minah.mengajar ilmu dunia.kadang kadang mak minah selitkan ilmu agama buat anak murid mak minah.agar nanti mereka selalu beringat.

mak minah punya seribu kisah.punya seribu duka.punya seribu rasa wasilah cinta pencipta.mak minah kuat.mak minah sekarang sunyi.tak punya sesiapa.sejak pencen ini.mak minah hanya dpt membayangkan hidup ini bakal berakhir.mak minah tak punya kekuatan lagi untuk berdiri megah.untuk bersuara garang.mak minah selalu saja menangisi sisa hidup nya.antara jawapan yang belum tentu sesiapa pun dapat ungkap kan.dalam bentuk lisan mahupun percakapan.

No comments: