25 August 2010

Cernaan Fikiran Minda Kelas Bawahan.

melihat dari segi sudut sebuah kemajuan. kita dapat lihat bahawa industri pendidikan negara tampak gemilang dengan idea idea dari menteri hingga kepada orang orang bahawan yang menjalankan sebuah ajaran. ajaran yang betul.

dalam memandang malaysia sebuah negara yang maju untuk sebuah kejayaan, ironiknya kita mungkin dilanda sebuah masalah ke masalah yang lain. dari segi sektor yang tampak makin maju lagi berjaya. sesungguhnya sektor sektor ini berkembang pesat kerana dua perkara. diguna dan pengguna. diguna adalah sebuah perkara dimana bermaksud. kita menggunakanya. dan untuk pengguna pula adalah orang yang menggunakanya.

dalam menjadi sektor pendidikan sebuah sektor yang maju. semua nya bermula dari seorang guru. guru bermula dengan membentuk akhlak para para murid. guru juga yang mencipta sebuah etika perbatasan dalam menilai sebuah hubungan yang baik. tapi sehingga mana cara ini berkesan jika kita melihat ada segelintir guru guru sekarang menjadikan sebuah sifat kebendaan mereka dalam memberi sebuah markah yang baik pada murid murid atau pelajar pelajar.

"straight to the point la, aku bahas panjang panjang ni korang bukan faham. cam ni la. jangan jadi mesin untuk manusia berjaya. macam mesin bagi duit, kau masuk duit. kau dapat la sebuah kejayaan. macam tu la guru. tolong jangan jadi mesin. kalau murid murid bagi ferrari sebuah baru nak bagi full mark. come on la. kita hidup dalam sebuah zaman moden. hidup. ingat. tuhan maha kaya. dia boleh tarik setiap apa yang ada pada kita. cukup la. dan lagi satu, tolong jangan terlalu tinggikan ilmu yang kita ada. para para ulama sendiri pun tak tinggi kan ilmu d orang. malah d orang rendah diri. ilmu tu besar. kalau setakat kite jadi pendidik. lepas tu cakap kat murid murid 'kamu tak setaraf saya' boleh la. tapi apa yang kita ada tu sekejap. ingat. tolong jangan ada diskriminasi"
pendidik umpama gedung ilmu buat yang buta, apa yang kita harapkan. sebuah hubungan yang baik. ingat. selahi kita hidup. semua ini milik Dia. jangan sampai ditarik.

19 August 2010

Gua Pun Rakyat Malaysia.



masa ini nak pergi johor, tapi sesat sampai sini. apa ada hal. alang alang baik bergambar. takut. nanti di kata tak bersyukur tak sedar diri.

yang pegang berdera tu hassan. selalu main guli dengan aku dulu. yang kanan sekali tu kalau tak salah aku. mungin tu seman. selalu main life for dead ngan cucu die. yang lain tu kamal, hisyam dan lokman. tapi aku tahu mane satu di orang. sejak sejak failed spm. gelap mase depan. terus d orang apply keje ni.

apa apa pun.
salam merdeka.

18 August 2010

Caption Buat Si Bangsat.

aku perlu belajar untuk terbang. perlu belajar untuk menangis. dan yang pasti aku perlu belajar untuk jadi manusia yang bisa sahaja melawan.

dalam dunia yang jadi serba gila ini aku sudah tahu mahu meniti mana jadi makna. aku cuba sedar yang aku juga manusia seperti kalian kalian. seperti hamba hamba. aku tetap lagi sampah. yang mungkin dilihat orang aku ini kotor, jijik apa lagi geli. aku tak sehebat manusia lain. yang punya otak ala ala elbert enstein. aku tak harap aku dapat capai setinggi itu. sebab apa yang cuba buat, aku dasarkan pada mata hati. biar rasa. biar rasa sampai dalam dalam.

agar nanti aku tak dikata tak bersyukur tak sedar diri. dikata sombong dah lupa masa silam. aku cuba jadi mereka mereka yang gaya hidupnya tinggi. tapi tolong la. aku tak mahu bongkak macam mereka. lalu aku ambik jalan sendiri. jalan buat aku keluar dari golongan manusia yang rasa mereka lah paling suci. padahal mereka lah paling jijik.

aku lagi selesa jadi begini. jadi mudah. jadi senang. dunia sudah jadi begini. dunia bukan mula jadi begini. tapi memang dah jadi begini. apa aku peduli. aku kenal sekali sifat sifat mereka. hidup mahu diangkat tinggi. hidup dalam khayalan kemewahan. hidup dalam khayalan populariti. hidup buat si bangsat. ingat. anda hidup bukan menongkatkan langit. ingat. jangan terus lalai dalam hidup dunia.

12 August 2010

Be Mature

jiwa saya mula meronta dalam rintihan tangisan sebuah bulatan tragis. saya di tengah. menjadi sebuah pengalaman dalam hidup saya selalu berada di tengah jalan yang gelap. saya rindu buaian mak minah yang pernah saya ceritakan dulu. saya rindu mahu berdansa lagu jiwa yang saya bawa sama tangisan senja yang saya rasa patut jua saya rindukan.

apa lagi yang boleh saya harapkan dari jiwa yang benar benar halus ini. dalam menempuh hidup benar ini saya terpaku dalam satu masalah yang kadang kadang saya sendiri mahu terus berdiam. 

apa lagi yang boleh saya harapkan pada jiwa yang benar benar halus? apa lagi yang boleh saya harapkan pada langit biru yang bakal mendung? apa lagi? 

tolong katakan anda bukan macam mereka mereka yang hanya tahu berjiwa dalam amarah sedang saya sahaja yang berjiwa dalam parah. apa mungkin begitu? sudah la. nak dikatakan jiwa anda punya nafsu. tidak. anda cuma tahu mencari apa itu jiwa sedangkan yang lain cuba turut merasa jiwa itu punya cerita. apa anda rasa?

"tak salah ada warna dalam hidup, cuma perlu pandai corakkan, jangan nanti dicorak warna gelap pudar malam tanpa siang. susah. biarkan ia penuh dengan corak, nanti kita dapat belajar dari satu corak ke satu corak lagi"

separuh aku sudah pun mati. jangan di tanya mengapa. apa lagi apa. sedang anda hanyut dalam buaian mimpi dahulu. usahlah. sudahlah. saya mahu kekal begini. maaf.