12 August 2010

Be Mature

jiwa saya mula meronta dalam rintihan tangisan sebuah bulatan tragis. saya di tengah. menjadi sebuah pengalaman dalam hidup saya selalu berada di tengah jalan yang gelap. saya rindu buaian mak minah yang pernah saya ceritakan dulu. saya rindu mahu berdansa lagu jiwa yang saya bawa sama tangisan senja yang saya rasa patut jua saya rindukan.

apa lagi yang boleh saya harapkan dari jiwa yang benar benar halus ini. dalam menempuh hidup benar ini saya terpaku dalam satu masalah yang kadang kadang saya sendiri mahu terus berdiam. 

apa lagi yang boleh saya harapkan pada jiwa yang benar benar halus? apa lagi yang boleh saya harapkan pada langit biru yang bakal mendung? apa lagi? 

tolong katakan anda bukan macam mereka mereka yang hanya tahu berjiwa dalam amarah sedang saya sahaja yang berjiwa dalam parah. apa mungkin begitu? sudah la. nak dikatakan jiwa anda punya nafsu. tidak. anda cuma tahu mencari apa itu jiwa sedangkan yang lain cuba turut merasa jiwa itu punya cerita. apa anda rasa?

"tak salah ada warna dalam hidup, cuma perlu pandai corakkan, jangan nanti dicorak warna gelap pudar malam tanpa siang. susah. biarkan ia penuh dengan corak, nanti kita dapat belajar dari satu corak ke satu corak lagi"

separuh aku sudah pun mati. jangan di tanya mengapa. apa lagi apa. sedang anda hanyut dalam buaian mimpi dahulu. usahlah. sudahlah. saya mahu kekal begini. maaf.

No comments: