18 August 2010

Caption Buat Si Bangsat.

aku perlu belajar untuk terbang. perlu belajar untuk menangis. dan yang pasti aku perlu belajar untuk jadi manusia yang bisa sahaja melawan.

dalam dunia yang jadi serba gila ini aku sudah tahu mahu meniti mana jadi makna. aku cuba sedar yang aku juga manusia seperti kalian kalian. seperti hamba hamba. aku tetap lagi sampah. yang mungkin dilihat orang aku ini kotor, jijik apa lagi geli. aku tak sehebat manusia lain. yang punya otak ala ala elbert enstein. aku tak harap aku dapat capai setinggi itu. sebab apa yang cuba buat, aku dasarkan pada mata hati. biar rasa. biar rasa sampai dalam dalam.

agar nanti aku tak dikata tak bersyukur tak sedar diri. dikata sombong dah lupa masa silam. aku cuba jadi mereka mereka yang gaya hidupnya tinggi. tapi tolong la. aku tak mahu bongkak macam mereka. lalu aku ambik jalan sendiri. jalan buat aku keluar dari golongan manusia yang rasa mereka lah paling suci. padahal mereka lah paling jijik.

aku lagi selesa jadi begini. jadi mudah. jadi senang. dunia sudah jadi begini. dunia bukan mula jadi begini. tapi memang dah jadi begini. apa aku peduli. aku kenal sekali sifat sifat mereka. hidup mahu diangkat tinggi. hidup dalam khayalan kemewahan. hidup dalam khayalan populariti. hidup buat si bangsat. ingat. anda hidup bukan menongkatkan langit. ingat. jangan terus lalai dalam hidup dunia.

No comments: