27 November 2010

Rindu Yang Telah Pergi, Bukan Pergi Barangkali. Tapi Di Nanti.



dalam sisipan rindu yang hadir dalam diri buat aku mula berjinak dalam dalam. dalam simpanan rindu yang aku sendiri lukakan ini, buat aku mula sedar pada kata kata ini.
"selalunya manusia ini yang terang lagi bersuluh itu bagi dia tak penting, yang sekecil kuman itu lagi penting"
tersentap barangkali, mungkin juga sudah mati. tapi mungkin juga sedang bernafas dalam dalam. fikir dan terus berfikir. rindu ini dalam, belum tentu ada yang nampak, dan barangkali yang nampak itu belum tentu faham. disini aku bermula, dan tak mungkin disini aku ingin akhirkan. cukup lah dengan sedih duka yang lepas. aku mahukan nafas baru, nafas yang barangkali boleh buat aku terus bangun melawan. tapi sayang sekali, rindu ini buat sungguh aku hidup dalam mati.

hari hari yang aku nanti bagai hari hari yang bakal mati, nanti aku risau. sebab aku tahu. hidup manusia tak pernah lama, aku perlu bersyukur. ya. aku perlu tanamkan pada dasar hati ini rasa bersyukur, dan cukup pasti aku perlu tanamkan rutin harian aku bila hadir matahari pagi. aku perlu bingkas bangun dan mensyukuri apa yang aku ada. nyawa, nafas, hidup, kawan, kekasih, semua.

cukuplah dengan sikap buruk aku ini, cukuplah dengan sikap aku yang buat orang orang disekeliling rasa mual, rasa tak enak, dan cukuplah buat dia rasa macam useless. aku perlu lebih matang, dari segi sikap. aku sudah matang dari segi pemikiran, cuma aku mahukan kematangan dari segi sikap. cukuplah.

aku perlu khabarkan rasa sayang aku simpan dalam dalam tak pernah sekali terkubur, aku pohonkan seribu maaf. macam aku cakap,
"soal bahagia ini macam soal makan, semua orang perlukan"
aku perlukan setiap bahagia yang hadir, dari awak, dari semua. sumpahkan aku kesana, hidup bersama mati berdua.

1 comment:

qamalisa said...

"selalunya manusia ini yang terang lagi bersuluh itu bagi dia tak penting, yang sekecil kuman itu lagi penting"
yang ini benar :)