08 December 2010

Ingin Sebahagia Budak Darjah Dua


"awak dah cuba ais krim yang boleh tukar awak jadi rebel yang lepas itu akan membesar jadi macam Hans dan Jean-Fery, seorang rebel untuk Austrian entomologist dan seorang lagi rebel untuk French Baroque"
hujan renyai renyai, malam itu unik. ada kabus disebalik bulan pelicans. macam malam itu ada satu suara yang boleh bilang apa sahaja yang korang nak. kalau betul benda itu jadi. aku tak mintak banyak. aku mahukan syurga yang kekal abadi. cukup sengsara hidup dibumi yang tak kenal mana itu keadilan, dan cukup perit untuk hidup dalam sebuah negara yang pelik dari orang lain. tapi aku percaya. yang aku bilang pelik itu nantilah sebenarnya sama seperti yang lain. bukan tak mahu bersuara, tapi takut nanti dibilang salah. biar aku jadi seperti induction dimana orang yang berada dalam kalangan ini, membuat suatu kesimpulan mereka tidak membelakangkan fakta. mereka masukkan analogy, mereka campurkan sedikit fakta dan akta. selepas dah sudah. baru mereka gaulkan jadi sebuah kesimpulan yang serius, yang nampak kuat pada akar dan dahannya. yang nampak terang pada dasar mahu pun daratnya.
"lepas awak dah cuba ais krim itu, awak cuba pula ais krim melayu. orang kata, kalau awak cuba ais krim itu, awak akan diangkat menjadi tuan yang menghambakan bangsa lain. ketuanan melayu. tapi kalau awak sanggup la, ini baru true. kalah hang tuah,"
dan bila dia sambung bercerita aku pula sambung berfikir. ketuanan melayu? daulat raja rajamelayu? sejarah ada katakan bahawa sejarah raja raja ini bermula di mesir. orang americaletakkan raja raja untuk jaga minyak pada tahun 1936 dulu. apa yang kita tuankan sebenarnya? tanah ini? tempat ini? kalau kita begitu. yahudi dengan kita tak ubah serupa, fikir bangsa kitalagi hebat dari bangsa lain. fikir bangsa kita paling mulia dari yang lain. fikir bangsa kita sahaja yang layak berada di tanah ini. tidakkah itu cukup untuk dikatakan bangsat dan sampah? tidakkah itu cukup untuk dikatakan. dalam terbang fantasi aku jauh menggunung. datang alyin, budak umur 8 tahun. darjah dua.
"abang, mahu ais-krim coklat atau krim? alyin nak beli, ais krim ini tak campur apa apa, cuma rasa sedap dan enak, cuma rasa manis dan sejuk, cuma rasa tenang sahaja. tak campur rasa gelisah atau duka, tak campur rasa sampah atau rebel. alyin dapat pastikan. abang mahu yang mana? coklat atau krim?"

"abang mahu ais krim coklat yang dalamnya ada rasa strawberi, cuma abang mintak kali ini rasa ais krim ini ada rasa bahagia?"

"itu sudah pasti, lihat alyin sekarang."

No comments: