04 December 2010

Mati Hidup Kembali

azan zohor tanda masuk sudah waktu solat untuk daerah shah alam ini. sudah mahu dekat setahun aku tinggal disini, menetap disini, dan kenal dengan daerah ini. buat hari hari aku makin hari, makin sunyi. tak macam semua. aku tak punya kawan yang ramai, bukan aku yang memilih. tapi mereka yang memilih aku. aku berkawan dengan siapa yang mahu cerita tentang apa yang aku rasa serius untuk dibincangkan. tapi bila sampai masa aku diam. itu jelas, bahawa aku senang untuk berdiam sambil berfikir. aku malas untuk duduk dalam satu kelompok manusia dan bercerita soal yang barangkali boleh aku katakan buang masa, dan itu sekali jauh dari aku.

turun aku dari rumah, berjalan pelahan. rokok di jari aku hisap perlahan lahan. mahu rasa. tangan kiri aku pegang secawan kopi yang aku buat. ini sudah biasa buat aku. pagi atau tengahari mahu ke kolej. berjalan dalam hujan kadang, berjalan dalam kabus juga walau dalam apa jua. benda yang wajib ada di tangan aku adalah rokok dan kopi. kalau tidak macam tak lengkap.
"rokok adalah pelengkap jiwa yang gusar, kopi adalah pemanis rasa yang goyah"
aku bukan antara orang orang yang ketagih dengan rokok, ketagih dengan kopi. aku ambil bila perlu. kadang kadang sehari sekali. atau sehari itu tak pernah. aku bukan yang macam mereka mereka yang terus ketagih. aku jauh sekali dari situ, aku tak suka habiskan duit untuk benda yang tak berfaedah. tapi bila perlu. aku terpaksa jugak.

dah malas jadi begini, dah penat jadi begini, dah bosan jadi begini. bukan aku tak bersyukur. sungguh benar aku bersyukur. diberikan hidup sebegini. diberikan nafas sebegini. aku sungguh bersyukur. tapi bila soal meminta ini. aku jauh lebih mengelak daripada aku meminta. aku tak mahu susahkan sesiapa, aku tak mahu dan takkan mahu untuk susahkan sesiapa. cukuplah dengan apa yang aku ada, tapi bila sampai satu masa aku katakan sebagai terpaksa. apa boleh buat. aku mintak jugak. tapi itu pun ambil masa untuk aku fikir masak masak.

hidup disini agak susah, masalah kewangan. tambahan lagi dengan masalah rumah. macam macam. aku cuma mampu diamkan diri. malas aku nak campur adukan. aku dah terbiasa, dah terbiasa sangat sangat untuk terus berdiam. malas orang tahu apa yang aku rasa. cukuplah. dengan ayat ibu dan ayah cakapkan tadi buat aku betul betul rasa bersalah. tak mengapa. aku dah malas nak meminta. kalau nak bagi, aku ambik. kalau taknak bagi. aku kerja. cukup la jadi pramusaji di oldtown. dapat la aku survive untuk hidup seorang mahasiswa. biarlah orang nak kata apa. kalau itu yang perlu aku lakukan. dapat duit itu. aku guna utk hari hari aku. mungkin tak cukup. tapi tak mengapa. cukuplah untuk aku seorang. makan dan kegunaan harian untuk belajar, beli buku dan barang rumah. cukuplah untuk hari hari aku.

disini aku dah terbiasa untuk hidup susah, disini aku sudah terbiasa untuk bersuara. sudah la, nanti bila aku diam. itu makna aku sudah penat untuk meminta bila dipersoal, aku malas mengungkit. aku kerja, dan gunakan duit itu untuk seharian aku. seronok mungkin. tapi susah mungkin.





1 comment:

Anonymous said...

betul kata awak. hidup sebagai mahasiswa susah.