31 December 2011

Tahun Baru

Kata orang, cinta itu adalah hati. kata aku, cinta itu adalah celah kangkang. segala rasa nafsu lapar mahu jejak masuk ke sana.

dia gadis comel. dia gadis yang suka lolipop warna hijau. tak kira rasa apa. janji warna hijau. dia tak kira sebesar mana lolipop itu. pasti dia akan beli dan kumpul buat jadi hobi untuk di tunjuk pada mereka yang punya hobi seperti dia. dia ini adalah Atikah.

atikah gadis yang kampung. datang ke bandar. mahu belajar cara hidup orang bandar. dia sudah muak dengan kampung. katanya kampung itu kotor. kampung itu tak cool. kampung itu hanya tempat orang yang diperbodohkan. dan dia kata bandar ini cantik. bandar ini cool. bandar ini tempat untuk orang seperti dia yang mahukan kehidupan dunia.

atikah hadir ke bandar pada tahun dimana kota ini sedang naik. dia hadir bawa sepasang niat mahu kaya di bandar. dan lupakan terus kampung yang selama ini membesarkan dia. alasan dia pada ibu adalah mahu ke bandar agar mendapat kerja yang lebih baik. tapi apa ada kerja yang baik dibandar? kerja menipu orang adalah.

dulu masa sekolah. dia selalu khabarkan pada guru yang dia mahu kerja di bandar. dia mahu senang disana. mahu pakai kereta besar. mahu ada sebuah rumah, dan berkeluarga dengan mereka yang ternama. guru dia kata, jangan simpan angan yang membawa kedunia. simpan angan yang membawa kita ke akhirat. tapi atikah gadis degil. gadis yang mati hati. gadis yang sudah buta dengan akhirat, dan terang dengan dunia. dia memilih untuk tidak pedulikan cakap gurunya.

di bandar, dia berkerja sebagai kerani disebuah pejabat yang ternama di kota. dia ditolong oleh seorang sahabat untuk masuk berkerja didalam syarikat itu. dia ini gadis lulusan SPM. kerani sudah cukup memadai bagi dia. janji dia berkerja di bandar. dan dapat kejar apa yang selama ini dia idamkan.

seperti manusia lain, dia juga punya perasaan. dia juga punya rasa. dia juga punya jiwa. dia punya rahsia tentang lelaki yang bernama kamal, rahsia hati yang selama ini dia simpan baik baik. dia simpan agar yang lain tidak tahu. ini hati dia, dan ini rahsia dia. mana mungkin orang lain layak untuk tahu.

kamal adalah pengurus syarikat dimana dia berkerja. kamal anak dato'. dia sukakan kamal sejak hari pertama dia kesana. kamal ini lelaki yang hidupnya seperti tunggang terbalik. dia tak punya arah hidup. kamal lelaki yang suka berpesta, suka hidup dengan beribu perempuan. dia tidak tahu, apa yang dia lihat diluar kamal adalah dia seorang yang baik.

hari itu dia masuk kerja awal. ruang pejabat masih belum penuh. ada dua tiga susuk manusia yang baru sampai. dia memulakan kerja menaip kertas kerja yang perlu disiapkan untuk dihantarkan pada kamal. sedang dia menyiapkan kerja. kamal datang bertanyakan tentang kertas kerja dan bertanyakan hal lain. mereka berbual kosong sebentar, dan sebelum mereka bersurai. kamal bertanyakan adakah dia mahu ikut keluar ke pesta menyambut tahun baru malam ini. bila dia dengar pelawaan dari lelaki yang dia minat, dia tanpa segan silu mengangguk mahu ikut.

dan malam itu, tepat pukul 10. kamal sampai di perkarangan rumah dia. mereka berpesta seperti muda mudi lain. mereka tertawa bahagia berdua. dia gembira, inilah kehidupan yang dia cari selama ini. kehidupan yang penuh gelak tawa, penuh warna.

sedang dalam sedar, dia juga sedang membenarkan diri dia diratah oleh kamal. dijilat segala ruang tubuh yang ada. dan dia di kawal oleh nafsu. diratah hingga hilang apa yang patut dipertahankan. dia mungkin suka, tapi dia mungkin lupa.

dan nanti, pada bulan yang diberi nama sembilan. dia sudah boleh fikirkan dimana dia mahu buang anak yang bakal kandungkan ini.

11 December 2011

Terlanjur Jauh Dari Tuhan

Perkara ini kita yang rasa,
rasa ini kita yang duga,
duga ini untuk kita.

kalau diambil sepotong ayat.
dikaji makna tersirat,
belum tentu jumpa yang tersurat.

kalau diambil sepotong hati,
lalu cari apa yang mati,
belum tentu jumpa walau memakan hari.

ingat perkara yang dekat,
jauhi perkara yang sesat,
nanti diizin tuhan kita akan terus terikat.

dan masa itu nanti,
langit terus cerah berseri,
alam tetap teguh berdiri.
dan kita tetap terus disini.

kerana hati yang mati telah hidup kembali.
dia yang pergi bakal ditemu hari.
dan kita disini tetap menanti penuh pasti.

07 December 2011

Lelaki Dan Perempuan


Dalam hidup setiap perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tidak dapat lupakan

dan,

dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memiliki.

16 November 2011

Kata II

Kata bintang,

"aku malu pada bulan, bila mentari hilang dia muncul bagi sinaran."

kata bulan,

"aku malu pada bintang, walau jauh tetap benar beri sinar panduan pada manusia yang sesat dilautan."

kata manusia,

"aku malu pada Pencipta bulan dan bintang, walau seberapa banyak cahaya yang Dia berikan, aku tetap sesat hilang arah."

14 November 2011

Kata

Kadang kadang hanya dengan sebuah kata yang diungkap dengan jelas sekali maksud dan niatnya mampu mengubah sebuah bangsa yang selama ini hidup dalam kegelapan yang mereka rekakan sendiri.

rutin untuk manusia sunyi macam aku, hujung minggu aku habiskan masa berkerja menjadi fasi mendidik manusia. dan untuk isnin hingga jumaat, aku habiskan masa belajar mengejar cita cita. dan juga rutin buat manusia sunyi macam aku untuk duduk termenung. termenung yang dalamnya aku isikan dengan berfikir. 

aku ini benar kerdil, cukup katakan bahawa aku ini benar benar lemah.

aku selalu bertanya pada diri ini, apa aku nak jadi? dengan apa yang aku nak bawa nanti? dan adakah layak aku ini mendapat sebuah syafaat?

hidup ini akan berhenti. berhenti dari terus berjalan, berhenti dari terus berputar, dan berhenti dari terus menari. bilamana ia berhenti, pasti aku akan tinggal sisa kasih dan sayang buat mereka yang pernah bersama bila mana masa itu berjalan menulis kenangan. 

dalam kenangan itu pasti ada tubuh tubuh manusia yang sedang menangisi bahawa aku yang pergi.

aku tidak langsung pernah khuatir tentang setiap air mata yang jatuh, aku langsung tidak pernah khuatir dengan masa yang sedang benar mencatat kenangan aku, aku langsung benar tidak khuatir dengan tubuh lemah yang akan pergi.

cuma aku cukup khuatir. apakah benar hamba hamba yang jatuhnya linangan air mata itu benar benar akan berdoa untuk aku? apakah masa yang selama ini sibuk benar aku gunakan untuk menulis kenangan sudah aku gunakan pada perkara yang berfaedah? atau apakah tubuh lemah yang akan pergi ini cukup kuat untuk menahan segala seksa yang tertanam didalamnya seksa yang sedasyat dasyatnya?

dan kata ini yang sampai sekarang menikam kalbu.

"semua yang ada dilangit dan bumi serta seluruh kejadianya adalah milik Allah, dan hanya satu perkara yang benar benar dijadikan untuk kita umat manusia, ianya adalah dosa." ujar Ustaz Haes kepada pelajar pelajar asnaf.


19 October 2011

Artikal Dua : Bersih Dari Noda Perkauman

saya memulakan zaman persekolah saya di sek keb seri muda, kedah. tahun 1999. darjah satu sehingga darjah empat.

saya kurang pasti kenapa saya seorang yang dicampak ke sekolah pinggir bandar, sekolah yang jauh sekali dengan alor star, atau sekolah yang jauh segala dari arus pelayaran kemodenan pekan jitra - masa itu jitra sedang menuju bentuk sebuah kemodenan - mungkin masa itu ibu saya adalah salah seorang tenaga pengajar disana.

walaubagaimana pun, saya tetap suka disana. waktu waktu kecil yang dihabiskan adalah waktu waktu yang paling unik untuk kita. bagi saya unik kerana masa itu saya budak kecil dengan rambut sikat belakang, dan baju masuk dalam sedang seluar senteng. ahhh, comelnya saya.

saya rasa waktu kecillah waktu dimana saya masih lagi bersih dari noda fikiran yang kotor.

dari empat tahun belajar disana. kawan baik saya adalah manusia yang duduk di sebelah saya. masa itu izzul dan akmal kawan baik saya. izzul duduk dengan saya masa darjah satu dan dua, manakala akmal mula rapat dengan saya bilamana kami duduk bersama masa darjah tiga dan empat.

tambahan pula akmal suka bermain bola, dan saya pula adalah anak yang datang dari keluarga yang bersukan.

masa saya dengan izzul. tak banyak saya ingat. tapi satu benda yang selalu saya ingat adalah bilamana saya tak siap kerja sekolah. saya akan mintak buku izzul dan salin semua kerja sekolah dia. cool kan? izzul lelaki yang ceria, suka ketawa dan suka buat lawak. saya rasa lawak masa kecil tak seserius lawak kita dah besar matang. lawak masa kecil adalah lawak budak budak. yang orang besar fikir comel.

akmal mula rapat dengan saya bilamana kami duduk sekali masa darjah tiga dan empat. dia seperti saya, suka bermain bola. kadang kadang bila kami duduk dalam satu pasukan dan lawan kami adalah kelas sebelah, pasti saya dan akmal yang akan banyak menyumbang gol. masa itu tahun 2003, dan saya fikir saya adalah ronaldo dan dia adalah rivaldo. power betul imaginasi saya.

naik darjah lima, keluarga saya berpindah ke tanjong malim. atas sebab ayah bertukar tempat kerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris, manakala ibu pulak berpinda ke sekolah slim river.

dan masa saya dimasukkan kesekolah baru itu, saya duduk dengan seorang budak sigh, namanya sarjit. selama itu saya kesana dan kemari dengan dia. dan apa yang saya ingat, semasa sedang bermain bola, serban yang dia pakai jatuh, dan dia gelabah berlari menuju ke belakang tandas untuk membetulkan serban itu.

dan masa tahun akhir disekolah, saya berkawan dengan semua. tidak kira siapa. saya jadi budak nakal yang selalu saja tersenyum.

saya muda lagi dan saya dapat ingat lagi setiap wajah yang bersama saya. nanti kalau tua apa mungkin saya ingat?

masa itu kawan adalah kawan, dan kami rapat kerana kai bergaul bersama.

dan guru adalah satu tubuh manusia yang sibuk menunjuk jalan hidup walaupun masa itu kita budak lagi dan apa yang kita ingat hanyalah bermain bermain dan bermain.

Cikgu Fatimah selalu gosipkan saya dengan anaknya fatin, sebab saya dari kecil sudah terkenal dengan wajah comel.

Cikgu Aishah paling garang masa itu. ajar subjek sains. saya benci subjek sains, tapi saya tak benci dia.

Cikgu Nasriah adalah cikgu paling rapat dengan saya, bukan dengan saya saja. tapi dengan keluarga saya, sebab masa disekolah, saya panggil cikgu, manakal diluar sekolah. saya bahasakan dia sebagai Chu Nas. dia maca ibu kedua saya, mungkin sebab masa tu dia bujang.

Cikgu Goh pandai bermain gitar dan alat muzik yang lain.

Cikgu Ganesan paling cool, dengan loghat panta timur dia.

Cikgu Nadra suka marah kami sebelum dia mula mengajar, saya suka bila dia mula marah. sebab nanti masa dia mula nak mengajar masa untuk dia hanya tinggal lagi beberapa minit. hebatkan cikgu ni? saya terfikir, kenapa dia tak jadi seorang peguam saja. dia punya banyak perkara yang berlandaskan fakta.

Cikgu Nadzim paling garang, kalau tak tahu buat soalan math, dia akan ketuk kepala dengan pen. selama saya mengajar dengan dia. saya pernah kena ketuk sekali je. tapi walaupun matematik saya agak membanggakan, saya tetap tak suka matematik.

sebab itu masa di universiti, saya bertukar kursus. ambik undang undang.

dan yang paling saya ingat adalah Cikgu Radzi, paling cool dan paling hebat. dia juga warden saya diasrama. masa dikelas, dia akan hisap rokok sambil mengajar. dan masa hari guru tiba, kami satu kelas hadiahkah dia satu katon rokok.

cikgu cikgu yang saya sebut ini, dan yang saya tidak sebut ini adalah mereka yang saya anggap seperti kawan. bukan saja pendidik. mereka lebih, mereka ini seolah legend dalam hidup saya.

manakala kawan pula adalah manusia yang mencorakkan hidup saya, yang mematangkan hidup saya. mereka ini mewarnakan hidup saya. dan ada warna yang saya tidak ikut, dan ada warna yang saya tinggal buang jauh.

begitu pun masa itu, tiada langsung terlintas dalam otak fikiran saya 'bukan orang kita'.

'Perpaduan' benar benar bergantung pada watak dan peribada seseorang. itulah cara kanak kanak.

tetapi bila didunia sebenar, in real world. zaman membahagi bahagikan bangsa dan perbezaan serta menekan soal agama diantara kita, dan zaman kanak kanak yang dimana zaman itu tak dirogol dengan benda kotor serta dinoda dengan hati perkauman sudah lama lebur dan diganti dengan sesuatu yang lain. sesuatu yang memisahkan serta sesuatu yang ditengahnya diletakkan batu 'perbezaan'.

dalam keadaan itu, apakah terbinanya slogan 1Malaysia itu mencapai kesepakatan dan benar benar terjadi sebuah slogan perpaduan. atau hanya satu alat untuk mempromosikan parti politik tersebut. atau mungkin hanya satu slogan jika ahli politik dari mana mana parti itu sendiri tidak lagi mahu berhenti memainkan isu perkauman.

selagi kita tidak mengubah urus tadbir yang mementingkan perpaduan, serta rakyat yang tidak mahu duduk langsung dalam sebuah ketamadunan atas nama manusia dan bukan atas nama bangsa. kita tidak mungkin akan dapat apa yang dinamakan 'perpaduan nasionalis'  dan tidak lebih dari itu, ia hanya sebuah khayalan seperti babi agar agar warna pink.

17 October 2011

Hujan

aku duduk tunduk malu pada saat dia jerit dalam selongkar kata suara yang cukup kuat hingga aku sendiri jadi malu.

"tolong pergi, jangan pernah kembali. dan jangan lagi berani usik hati ini!"

dia jerit, ya jerit. kuat hingga aku belum pasti apa aku yang salah. dia sudah seolah letih menongkah arus hati. dia sudah seolah penat melayan kuasa hati. kalau boleh, dia minta aku untuk berhenti dan cukup sampai disini.

aku bangun berdiri, dan pandang wajah dia. aku usap dan pandang tepat mata bulatnya. aku katakan padanya.

dalam awak yang akan berlalu saat demi saat. dalam hati yang berubah dalam hari demi hari. dan dalam saya yang tetap tunggu dalam lelah.

untuk awak dan hati.

"Aku ini seperti hujan. cuma hujan jatuh berteman, aku jatuh sendirian."

23 September 2011

Pada Muka Surat Penghabisan.

dia duduk di satu penjuru, ruang paling sempit. dia lelaki yang sudah malas menulis. dia lelaki yang sudah malas di angkat sebagai seorang seniman. dia lelaki yang sudah malas melalak di malam hari sambil membacakan sajak sajak dari usman awang. dia lelaki yang selama ini tersekat di dalam masa silam.

dia juga seorang lelaki yang mengharapkan bahawa satu hari nanti bahawa ada seorang lagi lelaki seperti dia, yang sanggup buat apa yang dia pernah buat. 


"pada pena, kertas dan buku. maafkan aku jika aku sering memencil diri dalam keramaian diskusi, biarkan aku mengganti sesal dan mencurah pilu,"

19 September 2011

Dosa 10 Tahun Yang Lepas.

Mak, ayah dah pulang. ayah dah pulang untuk mak. mak, ayah dah menyesal dengan apa yang dia buat. ayah dan menyesal dengan apa yang dia lakukan untuk kita. sekarang ayah dah pulang. ayah dah kirimkan utusan maaf dari dia untuk mak. kami semua maafkan ayah. mak pun mesti maafkan ayah jugak. 10 tahun mungkin ayah itu binatang, mungkin ayah itu haiwan buas yang menunggu masa untuk menerkam setiap tubuh yang hadir tanpa diundang. ayah tak bermaksud untuk pukul kami, untuk tendang kami. ayah cuma tidak dapat terima hakikat. tapi itu bukan salah ayah, bukan juga salah mak. sebab mak terpaksa korbankan sekujur tubuh demi sesuap nasi, dan hingga tubuh itu dikorbankan. mak telah lahirkan kami.

mak, maafkan ayah juga. 10 tahun dulu, pasu yang pernah mak tanam bunga mawar itu hancur pecah ayah baling kena kepala mak. dia tak sengaja katanya, dia terlalu ikut perasaan. dia tak dapat terima mak buat semua ini. bagi dia jijik. tapi bagi mak, demi sesuap nasi dan demi dia mak sanggup. mak maafkan ayah tau, sebenarnya kami sudah bersetuju mereka tanam ayah sebelah mak nanti.

Hamba


hamba datang dari negeri sebelah awan,
hamba lahir dari negeri sebelah bulan,
hamba membesar dari negeri sebelah hujan,

hamba anak timur yang hadir dari semenanjung emas,
hamba anak timur yang buta tentang budaya,

hamba buatan tuhan,
hamba ciptaan tuhan,
hamba suruhan tuhan,

hamba tak agung,
hamba tak hebat,
hamba tak kuat,
hamba tak mengerti,

sebab hamba hanya seorang hamba,
yang mungkin akan jadi hamba untuk sesiapa,
dan mungkin akan terus hamba ini tetap hamba,
sedang yang lain sedang suka seronok dalam
warna warna paranoid.

18 September 2011

Dia Cuba Kejar Syurga Yang Ada Makwe Iras Iras Liyana Jasmay

















orang macam kita.
yang makan, makan apa saja.
yang tidur, tidur di merata.
yang jiwanya, jiwa macam kita.

art for grabs : malaysia day

--------------

mintak maaf untuk semua, sudah lama tak menulis.
lelaki ini yang dulunya yang penuh dengan rasa,
sekarang hanya tinggal dengan satu rasa.
rasa nak mati.

14 September 2011

Penat

ada satu masa, bila ramli duduk termenung di tepi tingkap. dia katakan dalam hatinya.

"suatu masa nanti, akan datang satu pelengkap rusuk kiri aku. cuma sekarang, doa akan jadi suatu senjata agar dia yang melengkapi rusuk kiri aku. ya, hanya doa."

21 August 2011

Budaya

10 malam lepas, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku jadi orang paling kecil barangkali. duduk berhimpun di tengah tengah manusia. dan aku terasa kerdil berada ditengah tengah mereka. dan aku mengambil peluang ini untuk berada di barisan tengah, kerana barisan hadapan penuh dengan anak muda. mereka ini terlukis diwajah mereka ada satu bayang keseronokan.

10 malam lepas juga, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku tidak lagi rasa aku ini seolah orang paling kecil. duduk di tengah sudah tidak seperti dulu. orang masih penuh, cuma kali ini aku diberi ruang untuk berada di baris mana yang aku suka. rumah tuhan ini tak sepenuh 10 malam yang yang lepas.

dan lagi sekali, 10 malam malam terakhir. aku bawakan jiwa, dan bawakan hati ke rumah tuhan. kali ini aku tidak langsung, mahupun berasa seolah olah akulah manusia paling kecil yang berada di tengah tengah manusia.

kali ini langsung aku tidak rasa. dan mana pergi anak muda yang penuh di saf hadapan, mana pergi mereka pada 10 malam terakhir ini. yang tinggal hanya kudrat tua yang menanti ajal datang mengadap. sedang yang muda sedap mengikut nafsu setelah syaitan di ikat.

dan aku memilih untuk berada di barisan hadapan. barisan hadapan belakang imam. di sana aku siapkan niat iktikaf di dalam diri. dan sedang berniat, otak aku menari nari memikirkan.

"budaya yang tak pernah mati."

06 August 2011

Mati Ini Sesuatu Yang Mulia (Tribute Buat Sahabat Yang Mengidap HIV)

"kau sedang dirundung malang"

bersama aku ada sepucuk surat dari langit. dan didalam poket aku ada seketul batu yang aku namakan hati.

pagi aku tak seperti pagi pagi biasa. aku sedap berkerja dalam mata layu sedang menonton cerita tentang hidup. dan pagi aku tak memakan jiwa walau sepatah ayat yang layu terus dibisik di jiwa paling dalam. dan untuk sekali lagi, pagi aku ini pastinya bukan pagi pagi biasa.

namaku elly mariana. aku dilahirkan di tempat yang aku beri nama mati. dan semasa aku lahir, dikhabarkan. aku kehilangan semua. ibu dan ayah. atas sebab itu aku beri nama tempat ini sebagai mati. sejak berada disini buat 19 tahun kali nya. aku merasakan inilah kota paling indah dalam sejarah hidup aku. biarkan ia mati, tetapi ia hidup didalam jiwa yang orangnya seperti aku.

sejarah hidup aku tak pernah indah. dengan hidup seorang diri. dibesarkan oleh nenek uzur yang menanti waktu untuk mati. dan bersama nenek ada seorang lelaki yang aku panggil atuk, dia jugak sedang menunggu waktu dipanggil untuk mati.

19 tahun sudah hidup aku. tak pernah sekali aku berasa masa itu begitu cepat mengejar, dan begitu lambat untuk menunggu. terkadang aku sudah terbiasa untuk tidak memikirkan hari ini hari apa. dan apa yang aku perlu buat, atas sebab aku tak punya prinsip hidup yang tetap. maka aku lebih suka menyendiri dari memikirkan apa lagi yang aku perlu lakukan.

sudah aku katakan tadi. bahawa hidup aku tak penuh dengan warna. selalu aku akan ambil warna yang sama. dan calitkan pada layar hidup. aku pernah cuba gapai hidup seperti pelangi. punya warna warni yang sedap pasti untuk aku merasa. tapi itu hanya mimpi, dan untuk orang seperti aku. itu tak mungkin.

pagi itu, lepas subuh. nenek hadir ke bilik aku. dan dibawanya sebuah kotak. dibukanya kotak itu dan beri pada aku sepucuk surat lama. dan tarikhnya 12 ogos 1992. hari aku dilahirkan. itu surat dari ibu.

"untuk apa?" ujarku buat nenek.

"ibumu ada berpesan semasa dia mahu pergi mengadap mati. dia katakan pada nenek. agar diberikan surat ini buatmu. tika kau menjangkau umur 20 tahun. tapi atas sebab masa, nenek berikan sekarang. nanti takut nenek pula di jemput waktu." balas nenek dengan lembut. senyuman diukir.

"surat ini tentang apa?"

nenek hanya berbalas senyuman. dan lalu nenek berangkat mahu keluar dari bilik aku, sebelum nenek hilang keluar dari bilik. nenek berpaling dan khabarkan padaku.

"kau sedang dirundung malang."

selepas nenek pergi. aku bukakan sampul surat itu. dan baca.

---------------------------------

selesai membaca, aku menangis seolah olah hidup ini sudah mahu berakhir untuk manusia seperti aku. jiwa sudah tidak mahu lagi menerima hakikat, dan hati sudah meronta ronta mahu dimatikan.

tetapi nenek datang, dan katakan padaku.

"suatu masa nanti, akan sampai hari. kaki tidak akan berlari, gerimis akan berhenti. kerana seperti musim juga. cerita gembira menggantikan derita. dan tuhanmu menunggu disana. sekarang kau perlu belajar untuk kuat."

05 August 2011

Muka Orang







bila mana jiwa menjemput aku untuk merasa sayang.
bila mana akal menjemput aku untuk memikir tentang cinta.
dan bila perasaan kuat katakan pergilah untuk dia.

tetapi hati kata sabar,
dan hati selalu zikirkan yang kau punya kawan.

"aku tak ramai kawan, yang sedikit sedikit inilah yang aku jaga"

22 July 2011

Bidadari Mimpi

kita dekat bawah pokok dalam taman, kita duduk berlantaikan rumput dan kau pula bersandarkan aku.

ya, kau dan aku.

pokok rimbun, dimana angin sayup sayup. kau sejuk seketika, dan kau peluk erat badanku. manakala kepala aku sandarkan ke atas kepalamu. rambut kau lembut.

ini perkara wajib bagi kita. duduk ditaman, kau bawa tikar dari rumah, dan aku bawah makanan. kadang kadang roti planta yang aku buat sendiri, kadang kadang aku bawa nasi. sebab kau kuat makan. tapi kurus kecil molek comel.

kita berpegangan tangan. dengan kau mengedik tak sudah dengan senyuman di bibir kau. aku pula seperti biasa. melaga lagakan dahi kau ke dahi aku. dan kita hampir saja bercumbu. dan masa ada manusia lalu di depan kita, mereka seolah jelik pasti melihat kita. tapi kata kau. apa peduli. mereka tak rasa bahagia yang kita rasa. mereka tak rasa gembira yang kita rasa.

saat kami sedap bertatahkan nafsu sudah berangkali. kau dekatkan bibirmu ke telingaku. lalu kau bisik.

"biarkan hangat kulitku, menyelimuti rusuh nafsumu"

20 July 2011

Hari Ini Hari Paling Bangsat.

dalam satu masa aku boleh jadi antara orang tidak kenal apa itu erti sabar. dalam satu masa jugak aku boleh jadi antara mereka yang terus langsung mati. aku kenal diri aku, tapi aku tidak kenal siapa aku semasa aku menjadi mereka mereka yang tidak sabar.

dalam satu masa jugak aku akan kehilangan apa yang aku harapkan kekal. dalam satu masa ini jugak yang hilang ini akan terus mencari sebab untuk meletakkan kesalahan ini atas aku. manusia ini tidak pernah belajar untuk diajar dan takkan pernah belajar untuk mengajar.

serius, aku benci bila dalam keadaan ini. aku benci bila aku harus terima sebuah kehilangan. memang bangsat bila kita hidup dalam arena kawan. setiap tingkah kita belum tentu mereka terima, dan mereka tidak akan pernah hadirkan hati mereka untuk belajar apa itu pengalaman yang lepas.

dalam satu hari, aku menjadi haiwan buas yang mengeluarkan kata kata bangsat.

"lu sembang macam lu sorang buat kerja. lu sembang busuk gile."

dan bila aku perlu terima keadaan ini, percayalah. aku dapat rasakan yang ini serius bangsat untuk mereka yang faham.

dalam setiap jiwa yang sabar pasti akan membuak jiwa yang marah. dan masa itu, aku perlu terima aku kehilangan lagi. bangsat!

kawan kawan.

19 July 2011

Lelaki Kosong Dengan Hati Yang Penuh

nama dia roi. dia lelaki dengan perut yang boroi. orang cuba elak panggil dia roi. sebab nanti seolah olah memanggil perut dia. dia manusia pelik dengan mempunyai dua pusat dan satu puting. pelik kan? dia bilang masa dia lahir, dia sudah jadi begini. ibunya menangis, gila punya menangis. kerana ramalan tok bomoh, ibunya percaya yang dia akan mati. tapi sekarang umurnya sudah 19 tahun, dan dia masih hidup menghirup udara segar, merasa kuasa alam dan melihat sendiri hijaunya dunia. dan dia tak pernah percaya dengan ramalan tok bomoh. itu semua karut bagi dia.

dia juga dikatakan peramah, dan dia juga dikatakan gila kadang kadang. bayangkan dia pernah bilang sama kawan kawan yang makanan kegemaran dia lipas dan babi hutan. dan ada dua tiga orang dari kawan dia yang pernah nampak dia makan lipas, tapi ada jugak yang kata itu tipu. kalau betul makanan kegemaran dia lipas dan babi hutan, biarkan dia. janji dia tak kacau orang. sebab dia sekarang hidup dalam dunia dia.

semalam roi menangis lagi, tiba tiba dia menangis. dia cakap dia dapat mimpi yang sama. dimana dalam mimpi itu dia jumpa dua ekor kucing pondan dengan seekor monyet datang mahu merogol dia. tapi dia tetap sama. macam slumber, membiarkan saja kucing dan monyet itu menyentuh segala benda sulit yang dia ada. dia menangis bukan sebab dia takut, dia cuma kata yang dia harapkan angelina jolie dengan bibir tebal datang berbogel dan merogol dia. dia menangis sebab itu.

roi ada satu jiwa dua hati, diakan pelik. pembaca tolong jangan mempersoal benda benda pelik yang ada dekat roi. roi ada dua hati, tapi dia simpan satu hati. dan hanya guna satu hati lagi. dia hanya punya satu jiwa. jiwa ini dia pakai katanya untuk merasa, dan hati ini dia guna masa untuk mengenal. roi pernah tanya pada aku tentang perasaan, aku hanya mampu jawab dengan ringkas.

"lu rasa apa yang ada sekarang?" tanya aku.

"rasa" roi menjawab.

"kalau lu rasa, itu perasaan lu la tu."

semalam hari sabtu, 16 hari bulan . roi ambil aku. aku tunggu betul betul depan rumah aku. dia datang dengan kereta warna hitam. dia datang dengan wajah senyum dan aku macam biasa, muka slumber. aku naik kereta dan dia pun pecut laju. kami berbual panjang, dan sampai satu cerita. dia mula tanya aku. aku benci bila di soal.

"asal lu nak pergi kl sorang sorang" tiba tiba roi mempersoalkan aku.

"saja, macam lu tak kenal gua pulak" dan aku hanya mampu menjawab ringkas. mahu mengelak sebetulnya.

"gua kenal lu sejak batang lu tak tumbuh lagi, cuba lu cakap"

"serius takda apa"

"lu nak pergi cari minah tu kan? gua tahu dia tengah cuti mid sem sekarang"

"diamlah, baik lu drive je"

"gua tahu, lu macam tersiksa. gua bab hati ni malas nak cakap la. gua dah boleh jadi legend. asal lu kene seksa diri lu macam ni?"

"gua tak seksa diri gua macam ni, gua dah bersara dalam arena hati. gua rasa gua tak kuat"

"gua tak tahu, tapi gua dapat rasa. apa boleh buat. sabar lah bro"

ini cerita pasal aku, bukan pasal roi. mukadimah untuk kawan imaginasi aku. dia serius comel. harap jumpa kau dalam mimpi masa aku sedang mengejar realiti.

05 July 2011

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on.


"sebelum kamu habis belajar bulan ni, kita buat majlis perpisahan tau"

"nak buat kat mana madam?"

"nanti sha bagitahu kita nak buat kat mana"

tiba datang suara menyelit,

"jangan cakap macam tu, dah sedih dah"

"setahun tak cukup la"

"nanti mesti rindu, kita kan keluarga"

aku dah agak, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. baru setahun rasa nya. aku rasa macam baru semalam kita kenal, bertegur sapa.

dalam banyak masa yang kita tempuh, dalam banyak dugaan yang kita lalui, dalam banyak pengalaman yang kita hadapi. aku janji. aku takkan lupakan setiap wajah yang pernah bersama aku. yang pernah hidup dalam hidup aku, dan hidup dalam hidup yang lain.

"ish, kan dah rindu"

02 June 2011

Artikal 1 : Kaki Jilat

universiti adalah sebuah tempat tumbesaran untuk sel sel otak berkembang menjadi lebih matang selaras demi membawa sebuah perubahan dalam diri, erti kata lain. universiti adalah tempat untuk jiwa jiwa matang. dalam menilai sendiri sifat sifat matang ini cuma ada beberapa kerat tubuh manusia yang hidup dalam sistem sendiri dan yang lain lebih suka mengikut telunjuk dan kata orang atasan, lebih kurang mereka ini adalah manusia yang tiada sistem sendiri untuk diadaptasikan di dalam hidup. para siswa sekarang ini lebih cekap dalam menaip, menyusun fail dan mencatat minit mesyuarat.

mereka kini tidak mampu lagi menerajui isu. apa yang saya lihat mereka lebih kepada menjadi alat, dan bukan pengguna. mereka lebih menjadi tukang sorok kepada apa sahaja agenda pemimpin atasan, atau dalam erti kata lain 'lebih jilat dari lidah kontot. mereka ini lebih mengiakan apa sahaja yang dituturkan oleh pihak atasan, mereka ini lebih mengikut tanpa menilai, dan mereka ini adalah penjilat bontot paling ketara dalam sistem universiti.

contoh dapat dilihat bilamana tertubuhnya satu organisasi yang diberi nama Sahabat Satu Malaysia yang jelas mahu bertenggek di celah celah politikus politikus yang bersepah diserata unirversiti. ia lagi jelas bilamana mereka mereka ini lebih suka melekatkan poster 1Malaysia di merata universiti tanpa menilai, ataupun membuka wacana tentangnya. jangan disoal mengapa.

sebagaimana yang kita faham, bahawa setiap universiti punya Hal Ehwal Pelajar yang mengawal setiap aktiviti kelab dan persatuan. mereka ini dari awal diasuh untuk menguruskan organisasi seperti tatacara majlis, menulis surat memohan sumbangan, menulis minit mesyuarat, dan protokal majlis majlis VVIP. mereka mereka ini tidak pula diajar mendalami isu dan tema program yang mereka anjurkan. sekali lagi dapat dilihat apabila persatuan bahasa melayu ingin menganjurkan sesuatu program. mereka ini tidak mendalami program yang mereka bawakan tetapi sibuk dengan format surat menyurat, protokol majlis, senarai jemputan dan bunga manggar. mereka ini tidak langsung diberi peluang memahami program tersebut dan atas sebab itu terjadilah suatu program yang pengisiannya lebih kepada sampah. langsung tiada nilai yang dapat diterapkan dalam diri mereka. program nampak megah, namun isinya hampa.

apabila pelajar pelajar ini habis belajar, dengan mudahnya mereka ini diterima masuk menjadi kakitangan universiti. pastinya kakitangan pengurusan bukan kakitangan akademik. perkara ini dapat dilihat bila mana semasa mereka dizaman pembelajaran dahulu otak mereka sudah ditanam atau otak mereka sudah diajar bagaimana mahu menguruskan sesuatu program. hubungan baik dengan pihak atasan juga menjadi faktor mengapa mereka ditarik menjadi kakitangan pengurusan. dengan jawatan yang sedikit tinggi, mereka ini senang menjadi 'budak pejabat' yang setia menjilat.

maka disini benarlah kata W.S Rendra bahawa dasar pendidikan kita adalah kepatuhan, bukan pertukaran ilmu, sehingga kata mahu terlalu beban buat siswa.


21 May 2011

Haluan Kiri




















ini ganja bagi aku,
aku tak hisap cuma dengar,
dan aku tak peduli cuma tuli.

akar shah alam dan kukubesi manipulasi
berkolaborasi di bawah satu bumbung.

17 May 2011

Hari Hari Akhir Si Perawan Bebas

"tom, datang rumah aku sekarang. urgent! sekarang jugak"

pukul 1 pagi, 12 haribulan 4 2011. sedang nyenyak tidur, aku dihadirkan dengan satu pesanan ringkas yang buat hati aku jadi risau. satu pesanan ringkas yang buat jiwa aku bikin kacau. jadi malam itu bukan malam yang biasa aku tempuh seperti malam malam lain.

pesanan ringkas itu dari mia, perempuan yang 2 tahun lepas dihadapkan ke mahkamah kerana merogol kucing pemberian rocky. dan dia lepas dari tuduhan itu kerana tiada bukti kukuh yang dapat dikaitkan.

dan masa aku dapat pesanan ringkas itu, dalam hati aku katakan.

"kucing siapa pulak dia rogol kali ini?"

dan persoalan itu menari nari dalam kotak fikiran aku. kalau bukan kucing, siapa pulak yang dia rogol. entah entah, kali ini. orang yang rogol dia.

aku bingkas bangun dari katil dan bersiap. semasa dalam perjalanan itu aku tak sudah dengan rokok winston merah yang aku baru beli pagi tadi. niat hati nak berjimat dengan mengambil sebatang sehari, tapi kalau dalam keadaan kusut aku boleh habis 2 kotak sehari.

aku sampai di apartment mia, dan terus sahaja menuju ke rumah mia. pintu rumah mia terbukak sedikit. aku tolak. dan lihat satu tubuh keras tergantung.

dan masa itu. aku jadi mati. melihat mia tergantung tubuh tak bernyawa, tak bernafas.

aku menangis dan yang pasti aku kurang tahu atas sebab apa aku menangis, takut atau sedih dengan perbuatan mia ini.

aku berjalan mengilingi tubuh mia, aku lihat mia seperti manusia gila. rambut serabai menutupi mata, tangan mia penuh dengan kesan cakar, dan baju mia merah darah, darah dari luka luka kecil. ngeri. mulut mia berbuih buih dengan lidah terjelir keluar manakala mata tertonjol kedepan seperti mahu keluar.

aku lihat ada satu kertas yang masih lagi dipegang oleh mia, aku ambil dan lihat.

ada satu bentuk tulisan, pendek. nota akhir sebelum dia bunuh diri.

"kalau begini cara kotornya hidup dengan dikelilingi manusia manusia yang tak memahami, biar aku mati. matinya aku disini, hidupnya aku disana"

aku duduk diam, dan aku simpan nota akhir itu. aku ambil telephone dan dail pihak polis. aku katakan pada polis itu,

"ada orang terpinggir bunuh diri, dia tak nak hidup dengan mereka yang tak memahami dia"

mia buat begini mungkin disebabkan tekanan hidup yang memuncak, selepas kes dia rogol kucing. dia pernah cuba membunuh diri, tapi sempat ditahan oleh ibunya. banyak lagi yang aku dengar, lepas itu jugak mia selalu membawa lelaki mat saleh balik ke rumah, beromen agaknya. dan cerita akhir yang aku dengar dari keluarga dia 2 hari lepas, mia layan daun ganja lepas bosan dengan rokok. hari hari dia stone, hari hari dia khayal. dan aku agak. masa dia tulis nota itu, dia khayal tak ingat apa apa.

02 May 2011

Penjaga Masa

"nak tahu satu benda?"

"apa?"

"aku suka kau"

"lagi"

"aku sayang kau"

"lagi"

"aku tak boleh hidup tanpa kau"

"lagi"

"aku harap kau jadi milik aku"

"dan lagi"

"dan kau perlu tahu, aku cintakan kau"

"nak tahu satu benda jugak dari aku?"

"apa?"

"aku pernah suka kau"

"lagi?"

"aku pernah sayang kau"

"lagi"

"aku pernah tak boleh hidup tanpa kau"

"lagi"

"aku pernah harap kau jadi milik aku"

"dan lagi"

"dan kau jugak perlu tahu, aku pernah cintakan kau"

masa dia bilang pada sesuatu ketentuan yang dia tekan pada ayat 'pernah', aku sudah tahu. bahawa bendera putih yang dia simpan sudah dinaikan tanda menyerah.

dan masa itu. aku minta.
penjaga masa, tolong ulang kembali apa yang dia bilang 'pernah'

"kenapa pernah, dan kenapa kau berhenti?"

17 April 2011

Lorong

dua malam lepas masa aku lalu lorong gelap itu. aku ada dengar satu suara dari belakang yang panggil panggil nama aku. aku berhenti dan toleh belakang. tapi kosong, gelap. aku buat bodoh dan terus saja berjalan.

malam semalam juga sama. aku lalu lorong gelap itu. dan seperti biasa aku dengar suara yang sama memanggil nama aku. aku buat seperti malam malam yang lepas. aku toleh belakang dan pasti juga aku dapat jawapan yang sama. kosong gelap.

dan malam ini juga aku lalu di jalan yang sama. kali ini aku pelik. suara itu tak berbunyi. cuma kali ini aku tak mencari. aku biarkan saja.

esoknya. pagi pagi lagi aku sudah ke sana. dan apa yang aku nampak. adalah satu bentuk tubuh yang longlai. menghulur tangan pertolongan.

dan aku bukan orang pertama yang dia minta dan hulur tangan sebegini rupa.

23 March 2011

Ironis

dalam banyak banyak bulan, yang ini paling perit untuk dirasa. dalam banyak banyak bulan, ini paling tak lunak untuk didengar. tapi apa boleh buat, aku sudah terbiasa untuk hidup begini.

pagi.

aku bangun awal pagi itu, aku lihat sekeliling sudah mula cerah. matahari sudah mula menebar cahaya disatu sudut dimana buat aku sendiri sakit mata. awan mula bukakan langsirnya untuk memberi langit biru peluang melihat tebaran dunia. dan seperti biasa, burung terbang kesana kemari. dan bila sampai satu masa, burung itu berhenti.

aku lantas bangun, basuh muka dan gosok gigi. dibenak fikir aku malas benar kiranya mahu mandi. aku duduk mengelamun di depan cermin sambil memuji muji diri yang tak seberapa tampan diluar tapi tampan didalam.

aku tangguhkan dulu niat aku untuk mandi. aku keluar dari bilik dan capai rokok sebatang. aku nyalakan apinya, dan hisap. senang dan boleh buat hati tenang.

aku hisap sambil duduk termenung di atas katil, tiada apa yang boleh aku buat. nak mandi malas. nak bangun pun malas. mata masih berat, hati rasa dikerat kerat. mahu buat atau tidak. aku habiskan dulu rokok ditangan. dan yang selepasnya, nanti aku fikirkan.

jam menunjukkan agak lewat untuk sarapan pagi dan agak awal untuk sarapan tengahari. aku duduk lagi, masih bengap. masih tak jaga. yang aku nampak hanya pemandangan hijau.

"you, bangun la. mengada la dia ni"

baru aku perasan. yang semalam aku tidur dengan dia. yang semalam aku bermadu kasih dengan dia, dan semalam aku beradu tenaga dengan dia.

"i hampir lupa, yang semalam. i tidur dengan you"

dia gelak. sambil bilang.

"macam mana you boleh lupa, penat sangat ke? atau dah ramai sangat you buat macam ni, sampai boleh lupa"

"mind your words baby, im yours"

aku ambil tangan dia, dan pegang. kami senyum berdua. aku genggam tangan dia kuat kuat dan aku ukirkan senyuman, tanda aku mahu lagi. dia merengek malu. lantas aku pegang pipinya. aku sapu perlahan.

aku bawakan jari aku ke bibirnya, aku sentuh lembut. dia seperti mahu menggit jari aku.

aku pegang lehernya, lalu aku bawa tangan aku ke bahu dia. lantas aku turunkan dia kebawah. dan sudah pasti. aku dan dia, beradu lagi.

dari ranjang putih, dengan jemari kita bersatu. tubuh saling mengamati matahari yang terbit ke ufuk.

merah. kuning. biru.

tapi itu hanya mimpi, dan aku tak punya kau disini.

15 March 2011

A Man

"aku dah lama tengok tingkah kau, kesian kau ada hati macam ini"

aku duduk minum kopi disebuah kedai mamak, sudah jadi kebiasan buat aku untuk balik kerumah dan bila malam tiba, aku akan berkumpul dikedai mamak. dan bersahabat dengan orang orang yang seangkatan hidup mereka dengan aku.

dan bila salah seorang dari mereka bilang begitu. aku diam dan bingkas bangun pulang, aku capai kunci kereta aku. aku hidupkan enjin. masukkan gear satu, dan aku terus melulu keluar dari kawasan itu. aku pulang kerumah.

dalam perjalanan pulang. otak aku menari menari kata kata itu. fikir aku bukan tak waras, cuma apa betul dengan sapaan yang agak kejam.

sampai dirumah. aku terus naik kebilik.

aku pegang dada aku, aku tanggalkan hati aku. aku letakkan diatas meja. aku duduk diatas kerusi sambil dihadapan aku adalah hati. aku lihat dan aku teliti.

aku merenung.

apa betul aku salah memiliki hati? atau orang yang salah tentang hati aku? aku merenung tajam hati aku. lalu aku bersuara.

"hati, kau bukan macam kapal dalam botol kaca kan?"



06 March 2011

Pinggir.

aku ambilkan MP3 usang yang berusia 10 tahun, sejak bersama aku. dia jadi peneman aku. aku ambil dan tekan butang cari, pagi itu aku pilih untuk dengar lagu Beirut - Postcards From Italy.

aku tekan butang main, dan lagu itu berkumandang di corong telinga aku.

pagi itu seperti pagi pagi biasa, aku bangun. mandi dan bersiap ke kolej, aku memilih untuk berjalan seperti pagi pagi biasa. dan sudah suatu kemestian untuk aku berhenti dan membeli satu cawan kopi. aku hirup masa berjalan ke kolej.

dan semasa mahu keluar dari kedai kopi itu. sapa seorang gadis kecik molek.

"hari ini tak berteman?"

aku lihat wajah comel dia, dan aku mula membalas.

"hari hari memang begini, seorang, seorang dan seorang"

"awak tiada kawan?"

"saya tak punya ramai kawan, sedikit sedikit inilah yang saya jaga"

dan aku berambus keluar dari kedai kopi itu dan menuju ke kolej.

19 February 2011

Rebel (Projek Untuk Anak Anak Mak)

bila dah malam, mulalah fikir tentang esok. dan bila esok, mulalah fikir tentang hadapan. bosan. manusia tetap dengan rutin yang sama.

hai, nama saya Alexandria, mama kata nama saya begitu sebab darah saya sudah sebati dengan orang barat, manakala sifat saya sudah sebati dengan ketimuran. dan untuk kamu kamu pasti sudah dapat tangkapkan, saya ini melayu campur. tapi mama tak pernah bagitahu saya campur dengan bangsa apa.

dalam hati saya ada taman, tak banyak bunga. tapi saya tetap panggil taman. saya tanamkan bunga harapan, tanamkan bunga iman, dan tanamkan bunga akhlak. harap kembang satu hari nanti. kembang jadi mekar, anak mamakan.

mula hidup ditanah utara nun jauh sana, sampai saya dah pertengahan umur kanak kanak. mama dengan ayah ajak pindah ditengah kota yang paling art pernah saya sampai. orang panggil pekan koboi. tempat ni paling true dalam lipatan sejarah. hanya orang orang termampu sahaja dapat hidupkan kota ini. dapat bertahan dalam kota ini. nak lihat pembanggunan memang tak dapat la yob!

masa kecik lagi saya sudah terbiasa hidup di bawah ketiak mama, so kalau pergi mana mana. saya pasti dengan mama. yelah. anak mamakan.

tapi bila pindah ke kota paling art, saya mula fikirkan diri sendiri. hala tuju saya kemana, mungkin bunga bunga dalam hati dah kembang matang, dan otak bisa cerna fikir orang kelas pertama. matang. bila semua ini ada, saya bisa sahaja berdikari. hidup susah, hidup seorang. hidup tak makan pun pernah saya rasakan.

masa saya dimasukkan ke sekolah, mama ada pesan.

"alex, ini bukan lagi budaya utara yang alex pernah belajar dulu"

"maksud mama?"

"ya, ini bukan tempat kita. bukan tempat alex. dan bukan juga tanah lahir alex mahupun mama, so, be nice. make friend ok? lupakan hari hari alex di sana. dan fikirkan hadapan. dan sekolah ini dan masa masa yang akan datang. adalah hadapan alex"

"but mama.." saya seakan mahu membantah.

"no no no, i'm your mother. and i know, what's good for you"

"ok mama"

dan pertengahan umur remaja saya, 19 tahun. saya tetap dikota ini. membesar disini.

sejak saya hidup ini. tak ramai pun yang kenal saya, yela. sapa nak kenal orang macam saya. muka sampah, hati batu. yedop?

lagi pun, saya tak ramai kawan. yang sedikit sedikit inilah yang saya jaga.

"kau nak join kami buat projek tak?" tanya minz

"projek apa" saya membalas.

"projek boiiikkkk punyaaa"

saya diam, tapi orang macam minz ini saya sudah kenal. takpa. saya diamkan dulu. ambil rokok sebatang dan cucuhkan apinya. asap naik.

"siapa lagi yang ada?"saya mulakan kata.

"kawan kawan kita, 4 orang semuanya. campur kau 5"

"nanti aku fikir"

"ingat, projek ni buat orang macam kau pun tak senang duduk. orang sekarang tak faham art"

balik dari mamak, saya terus masuk tidur. malam itu saya fikir dalam. dan yang pasti malam itu harap saya dapat mimpi. cukuplah bagi petunjuk yang buat saya setuju atau tidak.

mata lelap, tidur.

---------------

Ini projek, aku selitkan tanda harga untuk manusia yang menghargai tulis aku.

tapi sekarang aku kurang pasti,
apa ada lagi rasa itu dalam diri setiap mereka.

18 February 2011

If You Truly Own Who You Are, No One Can Use You Against You

"alah, awak bukan kuat pun. pendirian awak lemah. awak hanya tahu berdiri megah sedang yang lain awak biar mati, tak kacau, tak kuatir. awak lupa siapa awak"

dan bila Sara bilang sama aku ayat itu, ya ayat itu. buat aku terus duduk diam. ayat itu makan dalam. sungguh dalam.

aku pulang awal ke rumah, masa sedang berjalan pulang. ayat itu aku fikir dalam dalam. terngiang ngiang. seolah seolah ada satu suara yang terus saja menyebut ayat itu. macam aku rasa manusia manusia yang lalu di sebelah aku turut sama mengulang ayat itu. ahhh, aku jadi bingung. tak keruan pun ada.

aku sebut diam diam sorang sorang,

"apa benar aku lupa diri, apa benar aku yang jadi punca mereka ini lari lalu tinggalkan aku. apa benar mereka ini sudah tidak dapat terima aku yang baru. aku yang diam. aku yang tak peduli orang disekeliling, mati, hidup atau kebulur. aku sudah tak peduli. apa benar kata Sara?"

pak cik disebelah melihat aku takut, dia fikir aku gila. tapi tiba tiba dia senyum diam. buat aku lagi takut dan lari dari situ. muka dia seolah olah menyimpan satu rahsia yang kalau dibuka rahsia itu, buat aku jadi gila.

aku sampai dirumah, aku pecatkan baju. aku biar tubuh sasa aku terbuka. aku tanggalkan seluar, dan biarkan boxer yang tinggal. aku tatap wajah aku dalam dalam di depan cermin. aku tatap sambil fikir kata kata Sara tadi. dan masa itu aku lihat bayang aku dalam cermin bertukar senyum, sedang aku hanya diam. dan bayang itu menjerit kuat.

"kau siapa?! kau lupa kau siapa!"

aku terkejut takut, aku pecahkan cermin itu dengan tangan aku sendiri. berdarah.

aku takut dengan bayang bayang sendiri. aku tutup langsir, aku tutup cermin, aku tutup apa saja yang bagi cahaya pada rumah aku. aku tidak mahu ada satu inci pun cahaya yang masuk dalam rumah aku. aku takut dengan bayang bayang.

aku sorok diam dihujung katil sambil selimut aku tutup seluruh badan aku. aku takut. aku takut.

lalu semacam ada satu tangan yang datang sambut aku. dia putih, dia cantik. aku bersuara

"awak mahu bawa saya kemana?"

"awak ikut, nanti awak tahu kemana awak akan pergi"

"tapi nanti orang fikir saya akan hilang"

"saya datang nak bawak ketempat yang jauh dari sini, awak sendiri tak pernah tahu akan kewujudan tempat ini. ayuh mari"

aku terima sambut tangan dia, aku dengan dia terbang. aku tidak tahu dimana dia mahu bawa aku. yang pasti aku terus naik ke langit. dan aku terus duduk di sana.

-----------------------------------------------------------

Kuala Lumpur : seorang remaja ditemui mati di Apartmen Seri Perdana, beliau dipercayai membunuh diri. saksi yang berada disitu mendapati remaja itu bercakap seorang ditepi balkoni rumah sebelum terjun.....

11 February 2011

Satu Tribute Untuk Mereka Yang Disampahkan!

adakalanya kite perlu menangis,
agar kita tahu hidup bukan sekadar untuk ketawa,
dan adakalanya kita perlu ketawa,
agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

bersyukur pada orang yang menyakitkan kamu,
kerana dia yang menabahkan kamu.

bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu,
kerana dia yang memupuk kamu berdikari.

bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu,
kerana dia yang memperhebatkan kamu.

bersyukur pada orang yang menyiksa kamu,
kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu.

29 January 2011

Manifesto

lahir aku paling cool.
lahir aku paling style.

ibu kata masa aku dalam perut,
ibu nyanyikan kalimah tuhan pada aku,
ibu kata masa aku dalam perut,
ibu dodoikan aku dengan zikir zikir.

ibu jadi boncit untuk 9 bulan,
sebab aku ada dalam ruang sempit perut ibu,

kerja guru ibu terbatas,
kerja guru ibu jadi terhenti sekejap kejap,
kerja guru ibu jadi termengah mengah sekejap,
kerja guru ibu takkan terhenti,
sebab masa ibu mengajar orang,
seperti ibu mengajar aku juga,
biar masa itu aku dalam perut tertendang tendang perut ibu.

9 bulan aku terbentuk,
dari sekecil kecil manusia,
sehingga sebesar besar manusia.
tuhan lahirkan manusia paling comel.

aku membesar dengan semua kelengkapan yang cukup,
pakai, minum, rumah, kereta dan tandas yang puas.
atas titik peluh abah aku lahir lahir sudah mampu merasa semua itu,
tak macam abang dan kakak,
mereka ini legend dalam hidup aku,
kalau nak dibezakan John Lennon dengan abang dan kakak aku,
aku pilih abang dan kakak aku untuk legend yang true,
mereka dapat merasa hidup susah,
dan mereka belajar dari hidup yang susah.

kalau dibelek kembali masa masa kecil aku,
sumpah aku rindu masa itu,
muka aku comel,
dengan rambut belah tengah,
muka putih macam anak cina,
hidung mancung macam white man,
lihat saja betapa comelnya aku,
ini semua adunan wajah abah dengan ibu.

sungguh ibu cantik,
sungguh abah hensem,
lihat anak anak mereka,
hensem dan cantik.

manifesto aku adalah harapan abah ibu,
itu matlamat yang penting.
main target yang aku perlu capai.

aku manusia typical yang kurang senang dengan hari jadi sendiri,
aku manusia typical yang kurang biasa dengan hari jadi sendiri,
aku juga manusia typical yang kurang selesa dengan sambutan hari jadi sendiri,
tapi jangan kuatir,

aku masih lagi pandai menghargai setiap patah perkataan yang kamu kamu sebutkan,
biar sebelum ini jiwa aku disampahkan,
aku tetap begini tak berdendam,
jangan risau tetang aku.

terima kasih Tuhan,
jadikan saya,
terima kasih abah ibu,
lahirkan saya.

"Dan, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian, Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian, Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka, MahaSucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." (Q.S. Al Mu’minuun: 12-14).

08 January 2011

Sejarah mengajar, semalam tak akan datang lagi.


"hati awak macam kapal dalam botol kaca"
awak orang kita, awak hadir dalam longgokan emas di atas kapal perang yang hampir karam. awak hadir bersama hati yang pasrah, otak yang sampah. mata awak tak siuman, fikir awak tak lengkap. awak macam orang gila yang tahu melihat sekeliling tentang budaya, tentang masa dan tentang ketika. apa yang awak tahu, awak bukan dari sini. dan ini bukan tanah awak. dan awak tahu, ini jauh dari perjuangan bangsa bangsa awak. dan apa yang cuba untuk tahu tentang budaya mereka, mungkin sedikit sebanyak telah memerdekan awak. tapi hati awak karam lagi dalam botol kaca, tak siapa yang berani usik. awak keras, awak keras, hati awak keras.

"hati awak dah dibongsaikan, fikir awak tak sewaras dulu"
"awak, sedarkan saya"
"awak dah jauh dari kita, tak mungkin dalam setiap apa yang kita lakukan dapat sedarkan awak"
awak dah makin jauh dengan hati saya, awak dah makin jauh dengan rasa hati saya. saya cuba gapai apa yang kita pernah rasa dulu. sungguh awak sudah jauh dari apa yang saya rasakan, saya tak mungkin boleh mengubah awak. rasa awak dengan saya terlalu jauh untuk digapai dengan jiwa yang benar benar halus. hati awak keras, macam saya kata. hati awak macam kapal dalam botol kaca, diusik salah dan ego awak tinggi.

kalau bukan sebab tuhan pertemukan kita, saya pun tak mungkin akan bersama awak. awak terlalu hidup atas budaya yang sedikit sebanyak membongsaikan awak. kalau tuhan cipta hati untuk tidak berkata kata, tak mungkin manusia seperti kita ini boleh terus dengan rutin harian masing. sebab kata hati itu menguatkan lagi perasaan awak. saya hanya sampah pada mata awak, yang sering kali sakitkan awak. dan sekarang awak letakkan hati awak jauh jauh, dalam dalam, tak siapa boleh lihat. saya pun tak mungkin dapat melihat.

"awak tahu siapa yang jadikan kita begini?"
"siapa?"
"kalau bukan takdir yang pertemukan kita. mungkin awak tak separah ini, tak sedarah ini"
"ya saya tahu, mungkin"

saya diam bingkas bangun, lalu menuju arah yang saya kurang pasti dimana akhirnya. disana saya harap saya ketemu sama cahaya. ketemu sama tenang. saya tinggalkan awak untuk fikir sejenak bahawa saya sampah yang mahu terus dilayan seperti sampah, awak permata yang sukar sekali disentuh orang. saya sahaja yang berani menyentuh hati awak, tapi tak lama. sebab perangai sampah saya, sifat sampah saya. kalau awak ada dekat dengan saya, mesti awak faham. kenapa saya cukup lain. sepatutnye awak sudah faham.

saya tak pernah menyesal untuk terus mengusik hati keras awak, sebab parahnya kita sama sama rasa. cuma saya kurang pasti dalam bentuk bagaimana saya harus hadapi semua ini. saya harapkan semua boleh jadi tenang. saya tahu awak kuat. saya harus terus bersabar, sebab atas dasar sabarlah saya terus bertenang dan buat seperti semua salah saya, walau sebaliknya saya sakit untuk terus bersabar.
"habis tu ni semua salah saya la?"
"tak, awak tak pernah langsung bersalah, jangan risau. saye letakkan semua kesalahan itu atas saya"

p/s : ini hadiah hari jadi buat aku sendiri dan untuk aku sendiri, aku tidak mahu dengar walau sepatah ucapan selamat ulang tahun, semua itu bangsat!



"Biarku sakit biarku duka, asalkan Mahbubku senang dan suka. Titisan air mata hanya untuknya, menjadi mutiara akhirnya"

Malam ini malam rascals













Cinta aku disampahkan,
Jiwa aku dibongsaikan,
Fikir aku tak diwaraskan,
Rasa aku dihilangkan,
Dan awak cuma mampu diam dan terus berdiam.

"Biarku sakit biarku duka, asalkan Mahbubku senang dan suka. Titisan air mata hanya untuknya, menjadi mutiara akhirnya"