21 August 2011

Budaya

10 malam lepas, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku jadi orang paling kecil barangkali. duduk berhimpun di tengah tengah manusia. dan aku terasa kerdil berada ditengah tengah mereka. dan aku mengambil peluang ini untuk berada di barisan tengah, kerana barisan hadapan penuh dengan anak muda. mereka ini terlukis diwajah mereka ada satu bayang keseronokan.

10 malam lepas juga, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku tidak lagi rasa aku ini seolah orang paling kecil. duduk di tengah sudah tidak seperti dulu. orang masih penuh, cuma kali ini aku diberi ruang untuk berada di baris mana yang aku suka. rumah tuhan ini tak sepenuh 10 malam yang yang lepas.

dan lagi sekali, 10 malam malam terakhir. aku bawakan jiwa, dan bawakan hati ke rumah tuhan. kali ini aku tidak langsung, mahupun berasa seolah olah akulah manusia paling kecil yang berada di tengah tengah manusia.

kali ini langsung aku tidak rasa. dan mana pergi anak muda yang penuh di saf hadapan, mana pergi mereka pada 10 malam terakhir ini. yang tinggal hanya kudrat tua yang menanti ajal datang mengadap. sedang yang muda sedap mengikut nafsu setelah syaitan di ikat.

dan aku memilih untuk berada di barisan hadapan. barisan hadapan belakang imam. di sana aku siapkan niat iktikaf di dalam diri. dan sedang berniat, otak aku menari nari memikirkan.

"budaya yang tak pernah mati."

06 August 2011

Mati Ini Sesuatu Yang Mulia (Tribute Buat Sahabat Yang Mengidap HIV)

"kau sedang dirundung malang"

bersama aku ada sepucuk surat dari langit. dan didalam poket aku ada seketul batu yang aku namakan hati.

pagi aku tak seperti pagi pagi biasa. aku sedap berkerja dalam mata layu sedang menonton cerita tentang hidup. dan pagi aku tak memakan jiwa walau sepatah ayat yang layu terus dibisik di jiwa paling dalam. dan untuk sekali lagi, pagi aku ini pastinya bukan pagi pagi biasa.

namaku elly mariana. aku dilahirkan di tempat yang aku beri nama mati. dan semasa aku lahir, dikhabarkan. aku kehilangan semua. ibu dan ayah. atas sebab itu aku beri nama tempat ini sebagai mati. sejak berada disini buat 19 tahun kali nya. aku merasakan inilah kota paling indah dalam sejarah hidup aku. biarkan ia mati, tetapi ia hidup didalam jiwa yang orangnya seperti aku.

sejarah hidup aku tak pernah indah. dengan hidup seorang diri. dibesarkan oleh nenek uzur yang menanti waktu untuk mati. dan bersama nenek ada seorang lelaki yang aku panggil atuk, dia jugak sedang menunggu waktu dipanggil untuk mati.

19 tahun sudah hidup aku. tak pernah sekali aku berasa masa itu begitu cepat mengejar, dan begitu lambat untuk menunggu. terkadang aku sudah terbiasa untuk tidak memikirkan hari ini hari apa. dan apa yang aku perlu buat, atas sebab aku tak punya prinsip hidup yang tetap. maka aku lebih suka menyendiri dari memikirkan apa lagi yang aku perlu lakukan.

sudah aku katakan tadi. bahawa hidup aku tak penuh dengan warna. selalu aku akan ambil warna yang sama. dan calitkan pada layar hidup. aku pernah cuba gapai hidup seperti pelangi. punya warna warni yang sedap pasti untuk aku merasa. tapi itu hanya mimpi, dan untuk orang seperti aku. itu tak mungkin.

pagi itu, lepas subuh. nenek hadir ke bilik aku. dan dibawanya sebuah kotak. dibukanya kotak itu dan beri pada aku sepucuk surat lama. dan tarikhnya 12 ogos 1992. hari aku dilahirkan. itu surat dari ibu.

"untuk apa?" ujarku buat nenek.

"ibumu ada berpesan semasa dia mahu pergi mengadap mati. dia katakan pada nenek. agar diberikan surat ini buatmu. tika kau menjangkau umur 20 tahun. tapi atas sebab masa, nenek berikan sekarang. nanti takut nenek pula di jemput waktu." balas nenek dengan lembut. senyuman diukir.

"surat ini tentang apa?"

nenek hanya berbalas senyuman. dan lalu nenek berangkat mahu keluar dari bilik aku, sebelum nenek hilang keluar dari bilik. nenek berpaling dan khabarkan padaku.

"kau sedang dirundung malang."

selepas nenek pergi. aku bukakan sampul surat itu. dan baca.

---------------------------------

selesai membaca, aku menangis seolah olah hidup ini sudah mahu berakhir untuk manusia seperti aku. jiwa sudah tidak mahu lagi menerima hakikat, dan hati sudah meronta ronta mahu dimatikan.

tetapi nenek datang, dan katakan padaku.

"suatu masa nanti, akan sampai hari. kaki tidak akan berlari, gerimis akan berhenti. kerana seperti musim juga. cerita gembira menggantikan derita. dan tuhanmu menunggu disana. sekarang kau perlu belajar untuk kuat."

05 August 2011

Muka Orang







bila mana jiwa menjemput aku untuk merasa sayang.
bila mana akal menjemput aku untuk memikir tentang cinta.
dan bila perasaan kuat katakan pergilah untuk dia.

tetapi hati kata sabar,
dan hati selalu zikirkan yang kau punya kawan.

"aku tak ramai kawan, yang sedikit sedikit inilah yang aku jaga"