21 August 2011

Budaya

10 malam lepas, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku jadi orang paling kecil barangkali. duduk berhimpun di tengah tengah manusia. dan aku terasa kerdil berada ditengah tengah mereka. dan aku mengambil peluang ini untuk berada di barisan tengah, kerana barisan hadapan penuh dengan anak muda. mereka ini terlukis diwajah mereka ada satu bayang keseronokan.

10 malam lepas juga, masa aku hadir ke rumah tuhan itu. aku tidak lagi rasa aku ini seolah orang paling kecil. duduk di tengah sudah tidak seperti dulu. orang masih penuh, cuma kali ini aku diberi ruang untuk berada di baris mana yang aku suka. rumah tuhan ini tak sepenuh 10 malam yang yang lepas.

dan lagi sekali, 10 malam malam terakhir. aku bawakan jiwa, dan bawakan hati ke rumah tuhan. kali ini aku tidak langsung, mahupun berasa seolah olah akulah manusia paling kecil yang berada di tengah tengah manusia.

kali ini langsung aku tidak rasa. dan mana pergi anak muda yang penuh di saf hadapan, mana pergi mereka pada 10 malam terakhir ini. yang tinggal hanya kudrat tua yang menanti ajal datang mengadap. sedang yang muda sedap mengikut nafsu setelah syaitan di ikat.

dan aku memilih untuk berada di barisan hadapan. barisan hadapan belakang imam. di sana aku siapkan niat iktikaf di dalam diri. dan sedang berniat, otak aku menari nari memikirkan.

"budaya yang tak pernah mati."

3 comments:

Aisyah Ahmad said...

alahmdulilah :)

Dale said...

ni mesti kes mase kecik2 dulu slalu kene heret g masjid ni. budaya alive!

sang mantan, said...

boleh aku ikut kau sekali?