19 October 2011

Artikal Dua : Bersih Dari Noda Perkauman

saya memulakan zaman persekolah saya di sek keb seri muda, kedah. tahun 1999. darjah satu sehingga darjah empat.

saya kurang pasti kenapa saya seorang yang dicampak ke sekolah pinggir bandar, sekolah yang jauh sekali dengan alor star, atau sekolah yang jauh segala dari arus pelayaran kemodenan pekan jitra - masa itu jitra sedang menuju bentuk sebuah kemodenan - mungkin masa itu ibu saya adalah salah seorang tenaga pengajar disana.

walaubagaimana pun, saya tetap suka disana. waktu waktu kecil yang dihabiskan adalah waktu waktu yang paling unik untuk kita. bagi saya unik kerana masa itu saya budak kecil dengan rambut sikat belakang, dan baju masuk dalam sedang seluar senteng. ahhh, comelnya saya.

saya rasa waktu kecillah waktu dimana saya masih lagi bersih dari noda fikiran yang kotor.

dari empat tahun belajar disana. kawan baik saya adalah manusia yang duduk di sebelah saya. masa itu izzul dan akmal kawan baik saya. izzul duduk dengan saya masa darjah satu dan dua, manakala akmal mula rapat dengan saya bilamana kami duduk bersama masa darjah tiga dan empat.

tambahan pula akmal suka bermain bola, dan saya pula adalah anak yang datang dari keluarga yang bersukan.

masa saya dengan izzul. tak banyak saya ingat. tapi satu benda yang selalu saya ingat adalah bilamana saya tak siap kerja sekolah. saya akan mintak buku izzul dan salin semua kerja sekolah dia. cool kan? izzul lelaki yang ceria, suka ketawa dan suka buat lawak. saya rasa lawak masa kecil tak seserius lawak kita dah besar matang. lawak masa kecil adalah lawak budak budak. yang orang besar fikir comel.

akmal mula rapat dengan saya bilamana kami duduk sekali masa darjah tiga dan empat. dia seperti saya, suka bermain bola. kadang kadang bila kami duduk dalam satu pasukan dan lawan kami adalah kelas sebelah, pasti saya dan akmal yang akan banyak menyumbang gol. masa itu tahun 2003, dan saya fikir saya adalah ronaldo dan dia adalah rivaldo. power betul imaginasi saya.

naik darjah lima, keluarga saya berpindah ke tanjong malim. atas sebab ayah bertukar tempat kerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris, manakala ibu pulak berpinda ke sekolah slim river.

dan masa saya dimasukkan kesekolah baru itu, saya duduk dengan seorang budak sigh, namanya sarjit. selama itu saya kesana dan kemari dengan dia. dan apa yang saya ingat, semasa sedang bermain bola, serban yang dia pakai jatuh, dan dia gelabah berlari menuju ke belakang tandas untuk membetulkan serban itu.

dan masa tahun akhir disekolah, saya berkawan dengan semua. tidak kira siapa. saya jadi budak nakal yang selalu saja tersenyum.

saya muda lagi dan saya dapat ingat lagi setiap wajah yang bersama saya. nanti kalau tua apa mungkin saya ingat?

masa itu kawan adalah kawan, dan kami rapat kerana kai bergaul bersama.

dan guru adalah satu tubuh manusia yang sibuk menunjuk jalan hidup walaupun masa itu kita budak lagi dan apa yang kita ingat hanyalah bermain bermain dan bermain.

Cikgu Fatimah selalu gosipkan saya dengan anaknya fatin, sebab saya dari kecil sudah terkenal dengan wajah comel.

Cikgu Aishah paling garang masa itu. ajar subjek sains. saya benci subjek sains, tapi saya tak benci dia.

Cikgu Nasriah adalah cikgu paling rapat dengan saya, bukan dengan saya saja. tapi dengan keluarga saya, sebab masa disekolah, saya panggil cikgu, manakal diluar sekolah. saya bahasakan dia sebagai Chu Nas. dia maca ibu kedua saya, mungkin sebab masa tu dia bujang.

Cikgu Goh pandai bermain gitar dan alat muzik yang lain.

Cikgu Ganesan paling cool, dengan loghat panta timur dia.

Cikgu Nadra suka marah kami sebelum dia mula mengajar, saya suka bila dia mula marah. sebab nanti masa dia mula nak mengajar masa untuk dia hanya tinggal lagi beberapa minit. hebatkan cikgu ni? saya terfikir, kenapa dia tak jadi seorang peguam saja. dia punya banyak perkara yang berlandaskan fakta.

Cikgu Nadzim paling garang, kalau tak tahu buat soalan math, dia akan ketuk kepala dengan pen. selama saya mengajar dengan dia. saya pernah kena ketuk sekali je. tapi walaupun matematik saya agak membanggakan, saya tetap tak suka matematik.

sebab itu masa di universiti, saya bertukar kursus. ambik undang undang.

dan yang paling saya ingat adalah Cikgu Radzi, paling cool dan paling hebat. dia juga warden saya diasrama. masa dikelas, dia akan hisap rokok sambil mengajar. dan masa hari guru tiba, kami satu kelas hadiahkah dia satu katon rokok.

cikgu cikgu yang saya sebut ini, dan yang saya tidak sebut ini adalah mereka yang saya anggap seperti kawan. bukan saja pendidik. mereka lebih, mereka ini seolah legend dalam hidup saya.

manakala kawan pula adalah manusia yang mencorakkan hidup saya, yang mematangkan hidup saya. mereka ini mewarnakan hidup saya. dan ada warna yang saya tidak ikut, dan ada warna yang saya tinggal buang jauh.

begitu pun masa itu, tiada langsung terlintas dalam otak fikiran saya 'bukan orang kita'.

'Perpaduan' benar benar bergantung pada watak dan peribada seseorang. itulah cara kanak kanak.

tetapi bila didunia sebenar, in real world. zaman membahagi bahagikan bangsa dan perbezaan serta menekan soal agama diantara kita, dan zaman kanak kanak yang dimana zaman itu tak dirogol dengan benda kotor serta dinoda dengan hati perkauman sudah lama lebur dan diganti dengan sesuatu yang lain. sesuatu yang memisahkan serta sesuatu yang ditengahnya diletakkan batu 'perbezaan'.

dalam keadaan itu, apakah terbinanya slogan 1Malaysia itu mencapai kesepakatan dan benar benar terjadi sebuah slogan perpaduan. atau hanya satu alat untuk mempromosikan parti politik tersebut. atau mungkin hanya satu slogan jika ahli politik dari mana mana parti itu sendiri tidak lagi mahu berhenti memainkan isu perkauman.

selagi kita tidak mengubah urus tadbir yang mementingkan perpaduan, serta rakyat yang tidak mahu duduk langsung dalam sebuah ketamadunan atas nama manusia dan bukan atas nama bangsa. kita tidak mungkin akan dapat apa yang dinamakan 'perpaduan nasionalis'  dan tidak lebih dari itu, ia hanya sebuah khayalan seperti babi agar agar warna pink.

No comments: