11 December 2011

Terlanjur Jauh Dari Tuhan

Perkara ini kita yang rasa,
rasa ini kita yang duga,
duga ini untuk kita.

kalau diambil sepotong ayat.
dikaji makna tersirat,
belum tentu jumpa yang tersurat.

kalau diambil sepotong hati,
lalu cari apa yang mati,
belum tentu jumpa walau memakan hari.

ingat perkara yang dekat,
jauhi perkara yang sesat,
nanti diizin tuhan kita akan terus terikat.

dan masa itu nanti,
langit terus cerah berseri,
alam tetap teguh berdiri.
dan kita tetap terus disini.

kerana hati yang mati telah hidup kembali.
dia yang pergi bakal ditemu hari.
dan kita disini tetap menanti penuh pasti.

6 comments:

amalina sahaja said...

sungguh. suka yg ini. sangat

3no gr33ny said...

hamba kagum dengan kata penuh makna tuan hamba =)

Aiman Nazirmuddin said...

terima kasih utk keduanya.

Nur Lavender said...

indah nya kata2..:)

mimiey said...

puisi yang sangat menarik, followed!

maz azura said...

menarik puisi awak..thank komen entry lepaskan cinta itu.