18 November 2012

Hidup Dalam Bekas Kosong.

Seorang guru memasuki kelasnya dengan gaya lagak sombong dan muka ego. dia sememangnya layak untuk ego, kerana dia sudah mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah.

Hari ini kelasnya berjalan seperti biasa, cuma yang lainnya. dia membawa banyak barang. di hadapanya terdapat bekas kosong, bola golf, batu kerikil, pasir dan milo panas. kelihatan mimik muka pelajarnya sedikit kehairanan, adakah mereka sedang memasuki kelas sains? tapi tiada katak untuk dibedah, atau adakah guru mereka ini mahu menunjukkan cara cara memasak. tapi langsung tidak logik dengan bola golf di hadapan.

guru itu yang setia dengan muka ego itu mengambil bekas kosong dan memasukkan bola golf di dalamnya lalu bertanya pada pelajarnya, adakah bekas kosong ini sudah penuh? dan pelajarnya mengangguk tanda setuju.

guru itu menyambung lagi dengan mengambil batu kerikil dan memasukkan ke dalam bekas itu. dia menggoncangkan bekas itu agar batu itu bergolek ke kawasan terbuka antara bola golf. dia tanyakan lagi. adakah bekas ini sudah penuh? dan pelajarnya mengiyakan tanda setuju.

guru itu mengambil pula pasir dan memasukkannya kedalam bekas itu. dia menggoncangkan bekas itu agar pasir pasir itu memenuhi ruang ruang terbuka di antara batu kerikil dan bola golf. dan soalan yang sama di ajukan. adakah bekas ini sudah penuh? dan pelajarnya dengan rasa pelik mengiyakan tanda setuju.

dia lalu mengambil milo panas, dan diisi ke dalam bekas yang sudah dipenuhi dengan batu kerikil, bola golf dan pasir. dan milo panas itu melimpah dan memenuhi setiap ruang didalam bekas kosong itu. dan pelajarnya tertawa.

lalu guru itu panjat di atas meja. dan berkata ;

sekarang ini aku nak korang umpamakan bekas kosong ini adalah hidup korang, bola golf melambang sesuatu yang penting - keluarga, anak anak, kesihatan, dan kawan kawan - dan bayangkan kalau semua benda hilang dan mereka saja yang tinggal. hidup korang masih lagi berharga. batu kerikil itu melambang - kerja, rumah atau kereta - dan pasir itu melambang perkara perkara yang kurang penting.

kalau korang letakkan pasir dahulu, maka tiada ruang untuk bola golf dan batu kerikil.

ia tak ubah seperti hidup, jika korang terlalu menghabiskan masa kepada perkara yang kecil, maka korang tidak akan jumpa penyelesain untuk perkara perkara yang penting.

berilah perhatian pada perkara perkara yang memberikan korang bahagia.

ambil masa bersama kawan, anak anak, atau keluarga. bersihkan halaman rumah. melawat nenek atau atuk. bawak keluar makwe korang jalan jalan. buat kerja kebajikan atau ambil masa untuk melawat tempat tempat yang menenangkan fikiran seorang diri.

pentingkan bola golf dahulu - perkara perkara yang penting. perkara yang membuatkan korang bahagia. perkara perkara yang membuat hari hari korang seperti berwarna. yang lain adalah umpanya seperti pasir, kecil dan tidak terlalu mustahak. ;

berdiri seorang pelajar, dan bertanyakan perihal milo panas untuk perumpamaan apa. dan guru itu tertawa dengan sinis. ego betul.

dan guru itu berkata ;

aku bangga ko tanya, milo panas itu umpamanya seperti walau sepenting mana pun perkara perkara dalam hidup korang. pasti akan ada masa untuk secawan milo panas bersama kawan kawan.

28 October 2012

Surat Untukmu Manisku.

Salam untukmu manisku,

Masih terngiang ngiang suara nyaringmu memeluk langit malam, sedang waktu kita duduk bermesra di atas bumbung sana. masih terasa lembut harum bau rambutmu saat kamu bersandar dibahuku.

apa kamu masih ingat saat hujan turun lebat, saat bulan bersembunyi dibalik awan, dan pada saat bintang jauh ditutupi langit gelap. kita duduk di atas bumbung sana, bercerita tentang impian. kata kamu, mahu jadi pelangi selepas hujan kerana pelangi akan memberi harapan pada manusia yang tak lelah untuk berharap.

dan malam itu menjadi saksi, bagaimana telatahmu membuat aku jatuh dengan manis. bagaimana lembut tuturmu membuat aku terbang dibuai mimpi.

tapi itu untuk dulu, saat malam ku dibumbung ini tak sesunyi sekarang. saat malam ku dibumbung ini dipenuhi bintang yang kamu ciptakan. dan saat malamku dibumbung ini bertemankan kerinduan yang kamu bangkitkan.

sekarang aku masih lagi mendengar suaramu dibumbung ini saat malam datang bertandang. bagai hembusan angin yang lekat, menjamah setiap baris kalimat yang kusuarakan.

adakah kamu sedang persiapkan satu cahaya untuk kegelapan yang aku ciptakan? adakah kamu memberi maaf bagi kesalahan yang kulakukan? atau adakah kamu sudi untuk kembali memberi pelangi pada aku yang telah kamu tinggalkan?

kerana sudah terlampau jauh rasanya, aku jatuh dalam cinta yang tak pernah kau izinkan.


                                                                                                           Yang Benar,
                                                                                                               Aksara.

19 October 2012

Tuhan.


Aku tak mahu kemana mana, cukup di sampingmu saja. sampai datang malaikat si pencabut nyawa.

15 October 2012

Segelas Susu Pekat Warna Bintang, Dan Segengam Gula Gula Kapas Dari Awan

Malam,
gelap,
pekat.

duduk seorang manusia,
di atas bumbung itu.
melihat bulan,
mencari bintang,
tapi yang ada hanya kesunyian.

di tengah pekat malam,
dia masih setia terjaga,
dia masih jujur untuk menjaga,
apabila sampai waktu bersama.

tapi dia selalu bertanya,
dimana letaknya sial manusia.

dan bila dia sudah punya jawapan,
dia bilang pada semua ;

sial manusia terletak pada.
hati,
dan terjerumus dengan perasaan.

bahagialah mereka yang baik hatinya,
dan masih waras tentang perasaannya.

kerana bagi dia,
hati mengembang menjadi bunga,
perasaan berbunga menjadi buah
dan berbuahlah ia dengan warna kebebasan ;

dan sampai waktu dia harus berhenti berfikir.
sampai waktu dia harus berhenti untuk duduk di atas bumbung itu.

13 September 2012

Ini Bukan Puisi, Mahu Gila Atau Babi.

Ini bukan puisi,
bukan juga caci maki,
apa lagi yang ini berbau harum sekali,
jauh sekali dari kata syaitan, gila atau babi.

ini bukan puisi,
sudahku katakan bukan caci maki,
bukan untuk diri sendiri,
tapi untuk kau yang tak mengenang budi,
aku harap kau faham nanti.

ini bukan puisi,
untuk manusia pada mulanya susah nak berdiri,
tapi bila dah berjaya mula lupa diri,
kalau sombong kalah babi,
aku harap kau bagus mati.

aku buat ini untuk kau baca,
biar nanti kau faham apa rasa kena cerca,
biar nanti kau rasa hidup dalam hina,
biar nanti kau rasa macam mana kena guna.
biar nanti kau mati tak hidup lagi.

dulu,
pengemis jalanan kau, kata sahabat.
dulu,
orang buta kau tolong, tunjukkan.
dulu,
orang menangis di sisi, kau sapukan.
dulu,
orang meronta mahu cinta, kau berikan.

sekarang,
pengemis jalanan kau kata, kotor.
sekarang,
orang buta kau anggap ,penyibuk.
sekarang,
orang menangis kau anggap mengemis.
sekarang,
orang meronta mahu cinta kau beri luka.

aku benci kau yang sekarang,
aku harap kau pergi tak pulang,
aku berdoa kau disumbat ke neraka jahanam,
kerana kau sememangnya kejam.

mohon tunggu jangan pergi,
aku tak pernah habis lagi,
aku harap kau faham nanti,
apa kau bagi adalah apa yang kau akan dapat kembali.

11 September 2012

Mata Hari Ini.

Aku mengaku, manusia yang paling penakut adalah manusia yang membiarkan rasa dan perasaan itu tersimpan dalam hati paling dalam.

Aku mengaku, manusia yang paling jiwa tidak tenteram adalah bila mana melihat setiap rasa dan perasaan meronta ronta mahu keluar dari ruang sempit hati untuk diluahkan agar bisa dia bernafas.

Aku juga mengaku, kau adalah sebuah tubuh, pelengkap rusuk kiri, pelengkap yang kiri, pelengkap yang sempurna telah buat aku jatuh paling manis.

Aku mengaku, adalah aku lelaki itu yang kau buang jauh setelah apa yang kau dengar tentang suara hati dari lelaki semacam aku.

Tapi aku tak pernah mengaku, yang aku akan angkat tangan ini, dan menaikkan bendera putih tanda menyerah. tak, aku bukan seperti raja yang mahu hilang takhta. aku bukan seperti hamba yang tidak mahu dimerdeka. apa lagi aku semasa dingin hujan turun, aku akan jatuh seperti hujanmu. kerana aku adalah seperti udara yang selepas hujan mentari datang beri cahaya agar aku bisa bernafas dalam sedu masa silam.

30 August 2012

Sayang

Sayang,
andai aku ingin menghilang,
jangan cuba kau menghalang,
agar nanti kau tak terus dirundung malang,
kerana aku ini sifatnya tak ubah seperti lalang.

Sayang,
andai ada keringat kecil,
yang buat kau gagah,
tanpa perlu dipapah,
bangunlah,
kerana aku tak mungkin terus bersamamu kelak.

Sayang,
telah aku kata,
bahawa hidup ini umpama cinta,
ada turun dan naiknya,
ada taufan dan ribut yang mengena,
ada hati yang mungkin kau gores luka,
tapi janji,
janji pada aku,
yang walau seribut mana pun taufan itu,
sedalam mana pun luka itu,
kau akan terus berdiri megah,

Sayang,
andai takdir tuhan menemukan kita kembali,
percayalah,
disaat itu,
kita akan kejar bahagia sama sama.
aku janji.

12 August 2012

Dia Cinta Hatiku

"Semuanya bermula dari laut, cucuku. pinisi ini. lancang melayu. bedar dan layarnya. kapal kapal kita. datukmu. ah, dia lelaki yang sasa. aku takkan lupa akan keperkasaannya. kulit yang gelap dilesang matahari, keringat yang mengucur, mata yang meraih kasih. dan dia menemukan cinta di semenanjung emas ini. dia tak mahu pulang lagi. kata datukmu, akulah cinta hatinya."

"akulah..." nenek berbisik. bibir nenek terkatup. kemudian nenek berkata semula.

"akulah cinta hatinya." mata nenek berair.

"untuk berapa lama?" Ujar cucunya mengusik, semacam mahu mengerti.

"untuk selama lamanya." dan nenek sengaja melurut rambut jarang itu, memintal dan menjalinkannya menjadi tocang kecil.

"dia cinta hatiku, cucuku. ombak dan lautan. tak mampu kau menghindar." nenek menyapu air mata yang turun di pipi.

29 July 2012

Kena Lagi.

Aku beri hati,
dia balas dengan luka.

celaka.

13 July 2012

Penulis

Penulis adalah manusia yang pelupa,
dia lupa akan temu janji dia,
dia lupa akan hari ulang tahun,
dia lupa untuk siram pokok,
dia lupa untuk buang sampah,
dia lupa untuk keluar makan,
dia lupa yang dia lapar,
dia lupa hari dah malam,
dia lupa yang dia duduk seorang.

tapi dia akan ingat,
di hari pertama temu janji dia,
apa yang anda pakai,
haruman apa yang anda sapukan,
atau apa yang anda ceritakan,

penulis memang pelupa,
kerana mereka terlalu sibuk,
untuk mengingat perkara yang terlalu penting.

atau mereka mungkin lupa,
tapi mereka tidak pernah lupa,
untuk bagaimana membuat anda tersenyum.

06 July 2012

Suatu Petang

Kita duduk,
dalam taman,
beralaskan rumput,
berdindingkan angin,
beratapkan awan,

awak pegang tangan saya,
awak tarik,
awak peluk.
dan awak sandarkan kepala di bahu saya,

tangan awak sejuk,
rambut awak lembut,
peluk awak tenang,

lalu apa lagi yang tinggal,
kalau bukan,
bahagia.

16 May 2012

Marijuana, Amsterdam dan Malaysia.

Dia bangun pagi dan mengeluh tangannya lenguh dek kerana kuat melancap, dan dia bising yang dia tidak boleh kawal nafsu dia. sambil dia membebel dengan ayat yang langsung aku tak faham, yang aku tak peduli. aku sibuk mengemas baju baju kotor untuk dibasuh. aku kutip satu persatu baju dia dan aku. ada baju lama yang tertulis 'saya suka jadi apa saya suka jadi' dah dekat 4 bulan aku tak jumpa baju ni. baru aku perasaan yang baju ini duduk di bawah katil begitu lama. dia masih lagi mengeluh tangan yang lenguh dek kerana kuat melancap, aku tahu. tangan dia lenguh bukan kerana kuat melancap. tapi sebab gaya tidur dia semalam yang buat tangan dia rasa lenguh bila dia bangun. mana tidaknya, tidur tak pernah tenang. asyik kekiri kekanan. tapi aku diam sahaja. biarlah dia fikir yang tangan dia lenguh sebab melancap.

pagi itu aku dan dia akan ke kota Amsterdam. aku tak mandi, baju yang aku kutip tadi aku letak dalam mesin basuh. nanti aku balik dari Amsterdam aku sidai. sejak 10 tahun aku duduk di pekan Blaricum, utara Belanda. macam macam orang yang jumpa. bandar ini lebih kurang macam pekan di Malaysia. ada kedai macam mamak. tapi dekat sini bukan mamak, lebih pada bar. nama bar ini Heilige Stad atau dalam bahasa melayunya pekan suci. sampai sekarang aku kurang pasti kenapa nama bar ini dinamakan pekan suci. orang kampung di sekitar Blaricum ini ada cerita pada aku yang kampung ini dulu pernah berlawan dengan puak bangsa lain. pernah terjadi krisis bangsa di sini. mungkin di sebabkan itu bar itu dinamakan Heilige Stad, tanda memperinganti peristiwa itu.

dekat bar itu juga aku jumpa dia, dia ini nampak bodoh pada mulanya. cuma datang mahu berjenaka dengan aku. tapi aku ini orangnya tak peduli. aku diam saja masa dia datang dan ajak aku bersembang. masa itu aku ingat dia mabuk. dia cerita dekat aku, kalau datang di kampung ini. rugi rasanya tak berbaik dengan orang kampung disini, kerana disini sesiapa yang berbuat baik. akan di beri satu plastik marijuana. dan dia ceritakan juga, di sini sesiapa yang mahu berkahwin seeloknya pemberian yang paling manis adalah marijuana. masa pertama kali jumpa dia, aku langsung tak peduli dia. tapi disebabkan malam malam aku habis di bar ini. dan dia juga sudah lali melihat tingkah aku di bar ini yang suka mengambil meja paling hujung dan dengan aku ada dua tiga buah buku untuk dibaca, kami jadi kawan. dan masa mula berkawan, dia hadiahkan aku sebungkus marijuana. dan dari situ aku belajar menghisap dan khayal.

perjalanan ke Amsterdam mengambil masa selama 1 jam setengah, kami naik bas di Bus Hilversum Station dan langsung terus ke Station Keretapi Hilversum untuk ke Amsterdam. di sana kami akan menziarah seorang sahabat yang mati bunuh diri. Aaron nama dia, sebetulnya bukan bunuh diri. dia cuba terjun dari jambatan yang dibawahnya adalah sungai, tapi masa dia jatuh di sungai. dia ubah fikiran dan berenang kembali ke hilir. dia mati bukan sebab bunuh diri, dia mati sebab sejuk. dia kawan baik aku semasa aku belajar cara naik motor roda tiga. kami sama sama menuntut di University Of Amsterdam, masa kami sama sama belajar dalam jurusan perniagaan dia banyak tolong aku.

aku dan dia diam dalam perjalanan ke Amsterdam, dia meletakkan kepala pada bahu aku. dan aku dapat rasa subang pada telingan dia sambil termenung. dia cuba memejamkan mata untuk tidur. kerataapi terhentak hentak dan subang ditelinganya mencucuk cucuk bahu aku, aku rasa sakit dan dia juga rasa sakit. dia pandang aku dan kami ketawa. dia menyoal :

                    kau tak rindu keluarga kau di Malaysia?
                    aku kata tidak, dan cuba menyembunyi raut wajah aku.
                    mereka tak rindu kau?
                    aku ketawa sinis, dan menjawab entah aku tak tahu.

aku bagitahu dia yang aku akan pulang ke Malaysia bila mana aku berasa sudah tiba masa aku untuk pulang. aku bukan bersembunyi. cuma bila tiba masa, kita perlu bersikap menghilang. agar nanti kita tak selalu di rundung malang. aku akan pulang bila aku sudah bersedia. sampai bila aku mahu jadi pelarian? duduk di rantau orang, kenal dengan orang kampung yang bukan sejiwa dengan aku dan berkenalan dengan dia yang entah dari mana datangnya. semua orang, sedegil manapun dia atau senakal manapun dia. pasti suatu hari nanti dia akan pulang di tempat yang lahirkan dia. itu fitrah dan itu karma. aku mahu lihat segala benda yang telah lama aku tinggalkan. keluarga aku mungkin menolak, tak tahu, tapi yang pasti aku mahu pulang. berkahwin dengan gadis kampung yang ayu. semuanya aku mahu mengikut adat. dan kami akan duduk di satu pulau yang aku akan bina, satu rumah kayu yang sekelilingnya penuh dengan pokok pokok yang menghijau. di situ pula aku akan ajarkan anak aku mengaji. dan aku akan pastikan dia khatam al-quran sekurangnya 3 kali.

dia mendengus, ketawa sebentar : nanti pasti anak kau akan memberontak. dan masa itu nanti anak kau juga akan jadi macam kau. cis, kata orang teruk. padahal kau lebih kurang, hipokrit, suka mengongkong juga. ok, apa apa pun jangan lupa hantar poskad.

aku diam, dan menyeluk poket belah kiri. aku ambilkan marijuana yang aku telah bungkuskan dalam bekas kit kat. dia ambil dan tolong menggulung sebatang untuk aku. memandang aku dengan sinis. satu patah kata pun dia tak cakap, kalau dia cuba buka mulut pun aku akan suruh diam.

14 May 2012

Untuk Kalian.


Semalam,
masa bulan penuh, terang dan cantik.
masa bintang makin jauh dari pandangan
dan masa malam gelap dalam hitam pekat.

kau masih lagi menangis,
mengharap pada aku,
agar bisa bawa kau pulang.
agar nanti kau tak lagi merangkak
dengan keringat yang penuh harap.

kau duduk disisi aku,
menangis sambil memeluk aku,
basah sisi baju bahu aku,
dengan air mata dari kau yang tak jemu
dengan aku.

apa ada pada aku?
nanti mati juga.
baik kau pergi pada mereka
yang tak lelah seperti aku,
yang tak jemu menharap pada waktu,
agar nanti malam kau berubah biru,
dan masa itu nanti kau sedar betapa jijiknya aku.

"Tegaklah ke langit luas, atau awan yang mendung. kita tak pernah menanamkan apa apa, kita takkan pernah kehilangan apa apa."

01 May 2012

Tentang Bersih 3.0




"anda mengulas cerita yang sudah tidak ori, yang sudah dicampur adunannya hingga menjadi sedap untuk sesiapa yang menelannya.

anda sendiri yang harus sendiri turun melihat kondisi, kemudian anda sendiri memahami situasi sebenar daripada apa yang diceritakan di dalam television.

rakyat tidak lagi bodoh, semua sudah maju. teknologi dihujung jari. orang ramai merakam gambaran sebenar dengan video dan gambar melalui kamera, video dan handset.

bila saya meliht gambar gambar yang dikatakan rusuhan, menyelamatkan polis (dikatakan pukul polis) saya tersenyum sendiri. kerana saya memahami keadaan sebenar ketika kejadian berlaku, tapi anda yang menelan bulat bulat cerita penglipur lara, tidak ada kesudahan melihat keburukan orang.

saya bukan ahli pembangkang, dan saya bukan ahli kerajaan. saya seorang hamba Allah yang diberikan akal berfikir berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Nabi pesan, jika sesuatu khabar itu sampai padamu, maka selidiklah terlebih dahulu. boleh jadi ia fitnah."

kata saudara Muhammad Arif pada mereka yang sedang sibuk berdiskusi tentang bersih.

06 April 2012

Mencari

Nama dia Hana, dia kaki mabuk. dia kaki club. dia ini hari hari cuma tahu berhibur. dalam satu saat, dia tidak boleh kalau tidak berhibur. malam malam memang dia tak lekat di rumah. dia akan melepak hingga hening pagi memanggil pulang. dia akan berhibur saat malam beribu bintang. dia akan asyik dengan kemabukan hingga jatuh sungkur ke lantai. umurnya muda, tapi sayang. hayat mudanya banyak dihabiskan dengan perkara perkara begini. tapi dia pernah bilang sama rakan, bahawa dia tak pernah bahagia dengan apa yang dia buat. yang dia tahu. dia hanya gembira. itu pun cuma sedetik. selebihnya dia banyak berduka. dia pernah mencari apa itu tenang. tapi tersungkur dek keasyikan dunia. dia tak pernah lupa atas sebab apa dia lahir, dia tak pernah langsung lupa atas sebab apa tuhan jadikan dia. cuma dia keliru, hala tuju hidup mana yang dia mahu.

Nama dia pula Adi. dia ini kaki perempuan. dia hanya tahu tiap malam perlu di isi dengan perempuan dikiri dan kanan. setiap malam dia di isi dengan aktiviti celah kangkang. katanya hidup ini terlalu singkat, lalu kita perlu buat apa yang kita mahu. tanpa fikir sejenak. dia juga muda, cuma dia ini terlalu muda untuk hanyut. keluarga kaya raya. mintak saja apa atau sesiapa, pasti dia dapat. kerana mereka yang berada disekeliling dia hanya mahu menumpang kesenangan. cuma dia dikaburkan mata dengan dunia. dengan kesenangan. disaat ada yang meminta, dia hulurkan. disaat ada yang kebuluran, dia suapkan. disaat ada yang memerlukan, dia adakan. dia cuma buta. hanya nampak apa yang ada didepan mata, tidak peduli apa yang disebalik mata. kadang kadang dia juga terfikir, sampai bila mahu hidup begini. sampai tua? sampai dia ada anak, dan anak itu juga hidup seperti dia. tidak katanya. kadang terlintas juga dihatinya. mahu berbuat kembali ke pangkal jalan. tapi seperti biasa, hanya niat. yang lainya tidak diusahakan.

Dan yang ini pula Kamal, dia ini bukan kaki perempuan. dia ini bukan kaki club. dan dia ini bukan kaki mabuk. hidupnya penuh di isi dengan kerja. sampai kadang dia keliru, hidup ini untuk kerja atau kerja ini untuk hidup. sememang dia sibuk hingga hari minggu juga tiada waktu untuk dia berkerja. dia juga hanyut. tapi hanyut dengan kerja. selama 10 tahun dia berkerja. apa yang dia mahu adalah mahu kayakan diri. dan lumrah manusia. dia pasti terfikir. untuk apa sebenarnya dia hidup. dan dia masih lagi mencari jawapan. apa dia hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup.

cuma antara mereka bertiga ini, perbezaannya adalah cara hidup. Hana dengan dunia club, Adi dengan dunia perempuan, dan Kamal dengan dunia kerja.

tapi persamaan bagi mereka adalah. mereka mencari tuhan di langit, tapi sebenarnya tuhan hidup didalam diri mereka sendiri.

26 March 2012

Jumpa.

Dia disana.
disatu sudut taman,
bersamanya punya teman.
gelak tawa tanpa ingat zaman.

dia pula disini,
dalam taman,
cuma disatu sudut ruang,
dia hanya duduk seorang,
mencari apa itu tenang.

dia disana,
bercakap penuh girang,
berpeluk penuh senang,
bercumbu dengan tenang.

dia disini,
duduk tunduk malu pada bulan,
meratap lantai tanah bersama awan,
sambil merasa titis sejuk air hujan.

dia disana,
berkata dengan penuh semangat,
dikeluar dengan penuh keringat,
sambil didengar oleh mereka yang taat.

dia disini,
membisu tanpa kata,
menangis tanpa suara,
melihat tanpa mata.

kerana bagi yang disana,
dia tak perlukan yang disini,
lalu buat apa dia susahkan diri,
boleh pergi mati yang disini.

dan bagi yang disini.
dia perlukan yang disana,
cuma dia sedar takkan kemana,
lalu dia rela duduk merana.

18 March 2012

Dia Dan Kedai Kopi.

Dia lelaki yang suka melepak di satu sudut kecil kedai kopi.

dia lelaki yang sudah menjadi kebiasan untuk dia duduk di sudut itu sambil menghirup dua tiga cawan kopi pekat yang dia minta.

dia lelaki yang sudah menjadi kebiasan hujung minggu yang kosong untuk datang dan merasa kenikmatan secawan kopi.

bersamanya ada buku dan rokok.

dan tidak dilupa sebuku hati yang dia bawa, dan disimpan dalam kotak rahsia dikunci ketat ketat, dan diletak dalam kocek seluar belah kiri.

dia selalu begini. seorang seorang dan seorang.

sejak sejak dia keseorangan, dia banyak menghabiskan hujung minggu yang bosan di sini.

kerana bagi dia, bila seseorang itu minum kopi di kedai paling mahal, tak bermakna taraf hidup dia mewah. tapi mungkin dia mahu menghilangkan kesepian hatinya yang sunyi.

kerana di situ, semuanya melayan dia dengan baik.

27 February 2012

Tolong Lelaki, Kesiankan Perempuan Muda Ini.

Kalau dibilang pada angin, cerita sedih ini. pasti angin menghembuskan nafasnya yang luka. nafasnya yang sepoi sepoi bahasa sudah cukup dapat kita gambarkan, betapa ingin benar dia bawakan luka itu jauh pergi.

nama perempuan ini minah, minah pakai tudung. pakai tudung ala yuna. pakai tudung lilit sampai terbelit. nasib dia tak mati tercekik. sebab itu dia tak pernah serik. dia suka berseluar skinny jeans. dia suka pakai baju warna gelap. dan dia lampirkan dengan baju lengan panjang. trend makwe zaman sekarang. dia ini suka tentang seni, dan kalau tengok buku dia. takda satu pun nota tentang pelajaran. yang penuh adalah nota tentang hidup. ya, dia ini ada cerita yang dia simpan.

dan nama lelaki ini hamid, hamid tak pakai tudung. sebab dia lelaki. dia tak suka perempuan yang tudung belit belit, sebab dia punya teori kalau pakai tudung lilit lilit boleh dapat penyakit sembelit. tapi sekarang dia sudah lain, dia sudah bakar teori itu. sebab dia sudah kenal dengan minah. perempuan yang tudungnya belit belit. hamid suka berskinny jeans. suka pakai baju labuh, tapi lengan pendek. hamid juga suka perkara seni. tapi tak macam minah. dia tak bukukan, dia cuma akan tulis di mana saja yang dia rasa ada ruang untuk dia menulis.

minah dan hamid ini kawan. kawan tak sampai setahun, baru beberapa bulan. minah suka hamid sebab hamid suka layan band band pop macam minah. hamid pulak suka minah sebab minah pakai tudung lilit.
minah tak pernah tahu yang hamid dah jatuh hati pada minah.

aktivit setiap minggu mereka adalah keluar. sekali seminggu. ataupun kalau masing masing sibuk, sebulan sekali.

tapi ada satu malam, masa mereka berdua keluar. masa dua dua takda mood. minah marah hamid, hamid marah minah. minah terasa dengan hamid. hamid terasa dengan minah. minah marah hamid dengan kata kata hamid. dan hamid marah minah dengan perangai minah.

tapi lumrah manusia. hamid penyabar, kalau di layan egonya. tak ke mana pun hamid. jadi hamid ambik keputusan untuk mintak maaf.

lain pula pada minah, dia masih terasa dengan ayat ayat yang di keluar oleh hamid. malam itu dia membebel. dan sampai satu ketika. dia keluarkan segala rahsia yang dia simpan selama ini. segala rahsia yang dia bukukan dalam nota kecil, dia keluarkan. dan dia ceritakan. 

hamid diam, sedih. tak sangka hamid akan mengalir air mata. tapi nampak gaya macam ditahan.

rupanya minah ini gadis yang sudah hilang apa yang dipertahankan selama ini. rupanya minah ini sudah hidup dalam lorong gelap hitam. dia sudah hilang apa yang semua perempuan pertahankan. dan minah katekan pada hamid. yang dia bencikan lelaki. dia hanya berkawan, tapi tak sampai dia nak buat teman. sebab bagi dia semua lelaki hanya mahu satu benda dari dia. iaitu celah kangkang. 

tapi hamid tak keruhkan keadaan, pertama dia mintak maaf. kedua dia betulkan apa yang salah, dengan memberitahu minah bahawa dia tak inginkan seorang perempuan itu kerana celah kangkang dan dia bukan seperti lelaki lain. ketiga dia ceritakan kisah hakikat kehidupan. 

dan pada malam yang bertaburan seribu bintang itu. dia khabarkan pada minah.

"bahawa andai awak kehilangan sesuatu benda, tak bermakna awak kehilangan semua. awak masih ada Dia"

hamid tahu, minah nak berubah.


21 February 2012

Pada Pinggir Malam Yang Mati

Kita menjejaki sebuah hidup yang jauh, didalamnya punya wajah setiap manusia yang bersama.

nama aku Waqar, dan begini ceritanya.

aku mengenal sebuah batu hati yang keras, aku genggam kuat agar tak terlepas pada mereka yang jijik untuk menerima. aku jaga, aku peluk dan pastinya aku simpan agar ia tak pecah. seolah ianya adalah nyawa untuk aku terus hidup.

aku pernah mendalami sebuah kisah silam yang duka. kisah bagaimana aku percayakan seorang gadis cina. dia putih, comel. peribadinya mulia. dia bukan sesiapa, dan bukan apa apa. cuma manusia yang aku gelar pada masa silam yang dulu sebagai teman.

setiap masa yang aku habiskan, setiap saat yang aku pelukkan, setiap jiwa yang aku tinggalkan hanyalah untuk dia. detik waktu menelaah setiap waktu kami bersama. berpelukan, bercumbuan, kadang kadang hampir terlanjur. jiwa muda mudah benar dihanyut nafsu, tapi kami tidak sehanyut yang difikirkan. cukup sudah ringan ringan. itukan lagi seronok dari terlanjur.

cinta muda selalu saja disalah ertikan sebagai sampah, bagi aku tidak. cinta muda hanyalah untuk mereka yang merasakan diri mereka satu kertas putih yang patut dicorakkan dengan warna warna remaja. dan kami juga begitu. aku dah gadis cina. aku umpama kertas putih bagi dia, dan dia bagi aku adalah warna yang sedang mencorakkan hidup aku. warna gelap sudah aku tempuh, warna cerah juga aku sudah rasa.

selama bersama, kami merasakan jiwa ini longlai dibuai masa. sehingga melupakan setiap jiwa yang bersama. dan aku mula merasa kurang adil untuk aku terus begini sambil aku meninggalkan yang lain. hidup aku semestinya bukan berteraskan dia. tapi dia hanya melengkapi apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. dalam pada itu aku tetap setia.

pada malam waktu dia ketakutan. aku jadi teman. pada siang masa dia kepanasan. aku lindungi dia. pada hari masa kehujanan. aku peluk dia. pada hari dia dirundung malang. dia aku girangkan.

tapi waktu itu bahagia yang rasa cuma mimpi yang aku reka.

dan demi waktu yang sedang berkisar ini. satu bentuk tubuh sedang berubah. tubuh itu adalah dia. dia sedang berubah. meninggalkan aku tanpa pesan, meninggalkan batu hati tanpa dijaga. meninggalkan aku pada masa aku memerlukan.

dan pada tanah bumi hijau yang bersaksikan langit, kertas putih aku mula diwarnakan dengan warna gelap. hari hari aku tak sebahagia dulu, langit biru aku gelap, burung yang selama ini nyanyi lagu girang jadi diam, pokok hijau sudah luruh dengan daun mati. dan batu hati aku sudah tak sekuat dulu.

pada pinggir malam yang mati, persetankan dia. setelah dia renyukkan anganku. lalu dia hamburkan pada angin. dia bekukan dan dia kuncikan, dia racikkan lalu dia biarkan aku begini terus mati.

Frinjan 27


Aku dan beberapa lagi team akan menjual beberapa baju dan aksesori. do come and enjoy with us.

24 Feb 2012
Jumaat
5.30 ptg - 12.00 mlm

15 February 2012

Kisah Orang Berjuang

Bangkitlah wahai pejuang,
bangun dan semarakkan
rasa cinta pada
tanah hijau milik kita.

bangkitlah wahai pejuang,
angkat dan genggam jemarimu
terus ke langit biru

bangkitlah wahai pejuang,
ambil dan ikat dikepala
kain hijau yang tertulis
satu tulisan dari darah merahmu.

tenangkan jiwamu,
semarakkan semangatmu,
teguhkan imanmu.

misi kita disana.

jatuhkan mereka disana,
mereka yang hidup
di istina kemewahan,
mereka yang tidur
di katil empuk kebahagian,
mereka yang duduk
di sofa keegoaan.

jatuhkan mereka,
bunuh saja mereka,
turunkan takhta mereka,
heret dan bawa mereka ke rumah kita,
rumah yang kita namakan
keadilan.

wahai pejuang pejuang,
bangkitlah untuk berjuang,
tinggalkan rumah kecil penindasan,

kerana keadilan sudah tertutup oleh kekuasaan.

08 February 2012

Lima Ratus Kosong Tujuh Point Lapan Sembilan Kilometer

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku beri nama hati.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku panggil jiwa.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku letakkan dalam sebut doa aku.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
jauh sekali aku hadir.

Demi dia,
aku bawakan diri ini dari selatan ke utara.

Untuk melihat manusia yang aku beri nama hati,
yang aku panggil jiwa,
yang aku letakkan dalam dalam sebut doa aku.

Tapi yang pasti,
itu semua tinggal baki baki kenangan.

Dan untuk Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
sudah pasti,
dihatiku tetap ada luka.

05 February 2012

Buat Bulan Yang Terang, Buat Bintang Yang Kejauhan.

Masuklah malam kedalam ruang paling gelap,
masuklah dengan rasa cinta yang paling dalam,
dengan ruang rasa aku,
jiwa yang sedang menyendiri dalam hujan,

yang sedang berperang dengan rasa luka,
yang sedang bermusuh dengan rasa kecewa,
yang sedang bersedih dengan rasa bahagia,
yang sedang menangis dengan rasa gembira,

gantikan jiwa aku yang luka dengan suka,
bangkitkan hati aku yang kecewa dengan gelak tawa,
bangunkan aku dan temukan aku dengan rasa gembira dan bahagia,

gantikan aku,
bangkitkan aku,
bangunkan aku.

agar nanti

aku bisa menulis dengan sejuta rasa,
bisa menulis dengan jiwa yang ketawa,
bisa menulis dengan rasa bahagia,
bisa menulis dengan hati yang gembira.

ada kalanya aku bisa menunggu, sebelum mati dilahap rindu.

3.58 pagi.

13 January 2012

Malu Pada Tuhan

Ini antara kita dengan tuhan. malu ini, aku bilangkan pada setiap tubuh yang mendengar, bahawa malu ini antara kita dengan tuhan.

malam itu aku baring termenung seorang di bilik. meletakkan tangan di dahi. menunggu waktu untuk tidur. tapi mustahil untuk aku terus baring dan tidur. tak semudah itu, kerana otak ini pasti akan berfikir. tentang dahulu yang sudah lepas, tentang hadapan yang menunggu masa untuk menghadap. 

kita ini manusia, yang dicipta dengan berbagai rasa. berbagai ragam dan berbagai jiwa. kita ini makhluk yang mulia. seburuk mana rupa dia, dia tetap mulia. kerana dia adalah manusia. dan di setiap tubuh manusia pasti punya rasa, perasaan, dan juga hati. 

kita tak mengerti, dan langsung benar tak faham. soal rasa dengan tuhan ini bukan soal main main. ini soal yang membawa kita ke syurga atau neraka. ini soal yang mencorakkan hitam atau putih hati kita. ini soal yang besar, soal yang manusia cerdik pandai macam mana pun dia tetap tidak akan pernah faham mahupun ungkapkan. kerana selama ini kita terlalu berpegang pada tali yang goyah, berpaut pada dahan yang rapuh, dan berbaring pada lantai retak.

kita ini yang selama ini megah dengan cerdik pandai kita, megah dengan ketaatan kita pada tuhan. sebenarnya sedang hidup dalam lumpur yang kita fikir bersih, tapi sebenarnya kotor. sedang mengelamun dalam mimpi indah dan sebenarnya ia adalah sebuah mimpi duka buat kita. kerana selama ini kita benar benar tidak faham.

pandangan kita selalu tersekat dengan mahu, tanpa telus kita terus tertangkap.

dan saat malam ini membutakan yang lain, aku masih lagi dikatil sambil tangan didahi. berfikir tentang bertanyaan ini. berfikir, berfikir dan terus berfikir. 

"tapi bang, saya tak pakai tudung tapi saya solat." kata gadis 16 tahun.

"ha'ah bang, saya pun kadang kadang pakai seluar pendek. tapi saya solat." dicelah suara lelaki dari belakang.

"ya adik, soalnya bukan adik solat atau tidak, tapi apa adik faham benar dengan rasa 'malu'? adik masih lagi berbuat dosa. tapi adik masih lagi meminta, walaupun adik sedang melanggar perintah Dia. apa adik tak malu?" 

pada hijab malam yang berselerak sejuta bintang, hidupkan mereka dalam sedar agar nanti tak jatuh tesungkur.

07 January 2012

Pesan Buat Bidadari.



Jangan pernah 
kau depangkan sayapmu, 
untuk memeluk langit biru, 
meninggalkan sang pujangga yang rindu.

03 January 2012

Pada Hati Dan Jiwa.

semalam adalah sebuah sejarah,
sejarah yang membangkitkan hati yang berdarah,
darah bagi orang yang menyerah.

semalam juga adalah sebuah realiti,
realiti yang hidup kembali,
realiti yang menunggu untuk berdiri,
dan sekarang ia bangkit dengan sendiri.

semalam juga adalah sebuah kenangan,
kenangan bagi orang yang berangan,
berangan untuk di angkat hingga ke awan.

hari ini aku sedang menunggu untuk ia mati,
biar ia pergi tak kembali,
biar ia tertanam dalam hati,
biar ia terus tak berani untuk berdiri.

pada hati dan jiwa,
maafkan aku biar kamu terus merasa,
kerana aku sedang belajar untuk tinggalkan segala sisa.
agar nanti kamu tak terus disiksa.