13 January 2012

Malu Pada Tuhan

Ini antara kita dengan tuhan. malu ini, aku bilangkan pada setiap tubuh yang mendengar, bahawa malu ini antara kita dengan tuhan.

malam itu aku baring termenung seorang di bilik. meletakkan tangan di dahi. menunggu waktu untuk tidur. tapi mustahil untuk aku terus baring dan tidur. tak semudah itu, kerana otak ini pasti akan berfikir. tentang dahulu yang sudah lepas, tentang hadapan yang menunggu masa untuk menghadap. 

kita ini manusia, yang dicipta dengan berbagai rasa. berbagai ragam dan berbagai jiwa. kita ini makhluk yang mulia. seburuk mana rupa dia, dia tetap mulia. kerana dia adalah manusia. dan di setiap tubuh manusia pasti punya rasa, perasaan, dan juga hati. 

kita tak mengerti, dan langsung benar tak faham. soal rasa dengan tuhan ini bukan soal main main. ini soal yang membawa kita ke syurga atau neraka. ini soal yang mencorakkan hitam atau putih hati kita. ini soal yang besar, soal yang manusia cerdik pandai macam mana pun dia tetap tidak akan pernah faham mahupun ungkapkan. kerana selama ini kita terlalu berpegang pada tali yang goyah, berpaut pada dahan yang rapuh, dan berbaring pada lantai retak.

kita ini yang selama ini megah dengan cerdik pandai kita, megah dengan ketaatan kita pada tuhan. sebenarnya sedang hidup dalam lumpur yang kita fikir bersih, tapi sebenarnya kotor. sedang mengelamun dalam mimpi indah dan sebenarnya ia adalah sebuah mimpi duka buat kita. kerana selama ini kita benar benar tidak faham.

pandangan kita selalu tersekat dengan mahu, tanpa telus kita terus tertangkap.

dan saat malam ini membutakan yang lain, aku masih lagi dikatil sambil tangan didahi. berfikir tentang bertanyaan ini. berfikir, berfikir dan terus berfikir. 

"tapi bang, saya tak pakai tudung tapi saya solat." kata gadis 16 tahun.

"ha'ah bang, saya pun kadang kadang pakai seluar pendek. tapi saya solat." dicelah suara lelaki dari belakang.

"ya adik, soalnya bukan adik solat atau tidak, tapi apa adik faham benar dengan rasa 'malu'? adik masih lagi berbuat dosa. tapi adik masih lagi meminta, walaupun adik sedang melanggar perintah Dia. apa adik tak malu?" 

pada hijab malam yang berselerak sejuta bintang, hidupkan mereka dalam sedar agar nanti tak jatuh tesungkur.

6 comments:

Anonymous said...

......-___-"..fuhhh!!!!

3no gr33ny said...

malu itu penting pada diri manusia..apa lagi dengan Yang Maha Pencipta

Umar Zakir Abdul Hamid said...

untuk malu sentiasa ada,quran perlu sentiasa dibaca..sahabat-sahabat yang mengingatkan kita perlu sentiasa dicari..mereka ada di sekeliling kita..cuma perlu usaha untuk mendekati mereka..

insya-Allah
semoga istiqamah..saya doakan anda.

si ngokngek said...
This comment has been removed by the author.
si ngokngek said...

aku pernah bca article,malu itu separuh dari iman..

moga aku pun tak tersungkur kelak:)

Aween Md Zahir said...

biar malu.
jgn tak tahu malu. haru !