27 February 2012

Tolong Lelaki, Kesiankan Perempuan Muda Ini.

Kalau dibilang pada angin, cerita sedih ini. pasti angin menghembuskan nafasnya yang luka. nafasnya yang sepoi sepoi bahasa sudah cukup dapat kita gambarkan, betapa ingin benar dia bawakan luka itu jauh pergi.

nama perempuan ini minah, minah pakai tudung. pakai tudung ala yuna. pakai tudung lilit sampai terbelit. nasib dia tak mati tercekik. sebab itu dia tak pernah serik. dia suka berseluar skinny jeans. dia suka pakai baju warna gelap. dan dia lampirkan dengan baju lengan panjang. trend makwe zaman sekarang. dia ini suka tentang seni, dan kalau tengok buku dia. takda satu pun nota tentang pelajaran. yang penuh adalah nota tentang hidup. ya, dia ini ada cerita yang dia simpan.

dan nama lelaki ini hamid, hamid tak pakai tudung. sebab dia lelaki. dia tak suka perempuan yang tudung belit belit, sebab dia punya teori kalau pakai tudung lilit lilit boleh dapat penyakit sembelit. tapi sekarang dia sudah lain, dia sudah bakar teori itu. sebab dia sudah kenal dengan minah. perempuan yang tudungnya belit belit. hamid suka berskinny jeans. suka pakai baju labuh, tapi lengan pendek. hamid juga suka perkara seni. tapi tak macam minah. dia tak bukukan, dia cuma akan tulis di mana saja yang dia rasa ada ruang untuk dia menulis.

minah dan hamid ini kawan. kawan tak sampai setahun, baru beberapa bulan. minah suka hamid sebab hamid suka layan band band pop macam minah. hamid pulak suka minah sebab minah pakai tudung lilit.
minah tak pernah tahu yang hamid dah jatuh hati pada minah.

aktivit setiap minggu mereka adalah keluar. sekali seminggu. ataupun kalau masing masing sibuk, sebulan sekali.

tapi ada satu malam, masa mereka berdua keluar. masa dua dua takda mood. minah marah hamid, hamid marah minah. minah terasa dengan hamid. hamid terasa dengan minah. minah marah hamid dengan kata kata hamid. dan hamid marah minah dengan perangai minah.

tapi lumrah manusia. hamid penyabar, kalau di layan egonya. tak ke mana pun hamid. jadi hamid ambik keputusan untuk mintak maaf.

lain pula pada minah, dia masih terasa dengan ayat ayat yang di keluar oleh hamid. malam itu dia membebel. dan sampai satu ketika. dia keluarkan segala rahsia yang dia simpan selama ini. segala rahsia yang dia bukukan dalam nota kecil, dia keluarkan. dan dia ceritakan. 

hamid diam, sedih. tak sangka hamid akan mengalir air mata. tapi nampak gaya macam ditahan.

rupanya minah ini gadis yang sudah hilang apa yang dipertahankan selama ini. rupanya minah ini sudah hidup dalam lorong gelap hitam. dia sudah hilang apa yang semua perempuan pertahankan. dan minah katekan pada hamid. yang dia bencikan lelaki. dia hanya berkawan, tapi tak sampai dia nak buat teman. sebab bagi dia semua lelaki hanya mahu satu benda dari dia. iaitu celah kangkang. 

tapi hamid tak keruhkan keadaan, pertama dia mintak maaf. kedua dia betulkan apa yang salah, dengan memberitahu minah bahawa dia tak inginkan seorang perempuan itu kerana celah kangkang dan dia bukan seperti lelaki lain. ketiga dia ceritakan kisah hakikat kehidupan. 

dan pada malam yang bertaburan seribu bintang itu. dia khabarkan pada minah.

"bahawa andai awak kehilangan sesuatu benda, tak bermakna awak kehilangan semua. awak masih ada Dia"

hamid tahu, minah nak berubah.


21 February 2012

Pada Pinggir Malam Yang Mati

Kita menjejaki sebuah hidup yang jauh, didalamnya punya wajah setiap manusia yang bersama.

nama aku Waqar, dan begini ceritanya.

aku mengenal sebuah batu hati yang keras, aku genggam kuat agar tak terlepas pada mereka yang jijik untuk menerima. aku jaga, aku peluk dan pastinya aku simpan agar ia tak pecah. seolah ianya adalah nyawa untuk aku terus hidup.

aku pernah mendalami sebuah kisah silam yang duka. kisah bagaimana aku percayakan seorang gadis cina. dia putih, comel. peribadinya mulia. dia bukan sesiapa, dan bukan apa apa. cuma manusia yang aku gelar pada masa silam yang dulu sebagai teman.

setiap masa yang aku habiskan, setiap saat yang aku pelukkan, setiap jiwa yang aku tinggalkan hanyalah untuk dia. detik waktu menelaah setiap waktu kami bersama. berpelukan, bercumbuan, kadang kadang hampir terlanjur. jiwa muda mudah benar dihanyut nafsu, tapi kami tidak sehanyut yang difikirkan. cukup sudah ringan ringan. itukan lagi seronok dari terlanjur.

cinta muda selalu saja disalah ertikan sebagai sampah, bagi aku tidak. cinta muda hanyalah untuk mereka yang merasakan diri mereka satu kertas putih yang patut dicorakkan dengan warna warna remaja. dan kami juga begitu. aku dah gadis cina. aku umpama kertas putih bagi dia, dan dia bagi aku adalah warna yang sedang mencorakkan hidup aku. warna gelap sudah aku tempuh, warna cerah juga aku sudah rasa.

selama bersama, kami merasakan jiwa ini longlai dibuai masa. sehingga melupakan setiap jiwa yang bersama. dan aku mula merasa kurang adil untuk aku terus begini sambil aku meninggalkan yang lain. hidup aku semestinya bukan berteraskan dia. tapi dia hanya melengkapi apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. dalam pada itu aku tetap setia.

pada malam waktu dia ketakutan. aku jadi teman. pada siang masa dia kepanasan. aku lindungi dia. pada hari masa kehujanan. aku peluk dia. pada hari dia dirundung malang. dia aku girangkan.

tapi waktu itu bahagia yang rasa cuma mimpi yang aku reka.

dan demi waktu yang sedang berkisar ini. satu bentuk tubuh sedang berubah. tubuh itu adalah dia. dia sedang berubah. meninggalkan aku tanpa pesan, meninggalkan batu hati tanpa dijaga. meninggalkan aku pada masa aku memerlukan.

dan pada tanah bumi hijau yang bersaksikan langit, kertas putih aku mula diwarnakan dengan warna gelap. hari hari aku tak sebahagia dulu, langit biru aku gelap, burung yang selama ini nyanyi lagu girang jadi diam, pokok hijau sudah luruh dengan daun mati. dan batu hati aku sudah tak sekuat dulu.

pada pinggir malam yang mati, persetankan dia. setelah dia renyukkan anganku. lalu dia hamburkan pada angin. dia bekukan dan dia kuncikan, dia racikkan lalu dia biarkan aku begini terus mati.

Frinjan 27


Aku dan beberapa lagi team akan menjual beberapa baju dan aksesori. do come and enjoy with us.

24 Feb 2012
Jumaat
5.30 ptg - 12.00 mlm

15 February 2012

Kisah Orang Berjuang

Bangkitlah wahai pejuang,
bangun dan semarakkan
rasa cinta pada
tanah hijau milik kita.

bangkitlah wahai pejuang,
angkat dan genggam jemarimu
terus ke langit biru

bangkitlah wahai pejuang,
ambil dan ikat dikepala
kain hijau yang tertulis
satu tulisan dari darah merahmu.

tenangkan jiwamu,
semarakkan semangatmu,
teguhkan imanmu.

misi kita disana.

jatuhkan mereka disana,
mereka yang hidup
di istina kemewahan,
mereka yang tidur
di katil empuk kebahagian,
mereka yang duduk
di sofa keegoaan.

jatuhkan mereka,
bunuh saja mereka,
turunkan takhta mereka,
heret dan bawa mereka ke rumah kita,
rumah yang kita namakan
keadilan.

wahai pejuang pejuang,
bangkitlah untuk berjuang,
tinggalkan rumah kecil penindasan,

kerana keadilan sudah tertutup oleh kekuasaan.

08 February 2012

Lima Ratus Kosong Tujuh Point Lapan Sembilan Kilometer

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku beri nama hati.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku panggil jiwa.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
kali ini aku hadir untuk seseorang yang aku letakkan dalam sebut doa aku.

Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
jauh sekali aku hadir.

Demi dia,
aku bawakan diri ini dari selatan ke utara.

Untuk melihat manusia yang aku beri nama hati,
yang aku panggil jiwa,
yang aku letakkan dalam dalam sebut doa aku.

Tapi yang pasti,
itu semua tinggal baki baki kenangan.

Dan untuk Lima ratus kosong tujuh point lapan sembilan kilometer,
sudah pasti,
dihatiku tetap ada luka.

05 February 2012

Buat Bulan Yang Terang, Buat Bintang Yang Kejauhan.

Masuklah malam kedalam ruang paling gelap,
masuklah dengan rasa cinta yang paling dalam,
dengan ruang rasa aku,
jiwa yang sedang menyendiri dalam hujan,

yang sedang berperang dengan rasa luka,
yang sedang bermusuh dengan rasa kecewa,
yang sedang bersedih dengan rasa bahagia,
yang sedang menangis dengan rasa gembira,

gantikan jiwa aku yang luka dengan suka,
bangkitkan hati aku yang kecewa dengan gelak tawa,
bangunkan aku dan temukan aku dengan rasa gembira dan bahagia,

gantikan aku,
bangkitkan aku,
bangunkan aku.

agar nanti

aku bisa menulis dengan sejuta rasa,
bisa menulis dengan jiwa yang ketawa,
bisa menulis dengan rasa bahagia,
bisa menulis dengan hati yang gembira.

ada kalanya aku bisa menunggu, sebelum mati dilahap rindu.

3.58 pagi.