Bangkitlah wahai pejuang,
bangun dan semarakkan
rasa cinta pada
tanah hijau milik kita.
bangkitlah wahai pejuang,
angkat dan genggam jemarimu
terus ke langit biru
bangkitlah wahai pejuang,
ambil dan ikat dikepala
kain hijau yang tertulis
satu tulisan dari darah merahmu.
tenangkan jiwamu,
semarakkan semangatmu,
teguhkan imanmu.
misi kita disana.
jatuhkan mereka disana,
mereka yang hidup
di istina kemewahan,
mereka yang tidur
di katil empuk kebahagian,
mereka yang duduk
di sofa keegoaan.
jatuhkan mereka,
bunuh saja mereka,
turunkan takhta mereka,
heret dan bawa mereka ke rumah kita,
rumah yang kita namakan
keadilan.
wahai pejuang pejuang,
bangkitlah untuk berjuang,
tinggalkan rumah kecil penindasan,
kerana keadilan sudah tertutup oleh kekuasaan.
2 komentator:
berjuang demi kebenaran
kadang kadang susah juga nk berjuang bile nak kebenarannya
Post a Comment