21 February 2012

Pada Pinggir Malam Yang Mati

Kita menjejaki sebuah hidup yang jauh, didalamnya punya wajah setiap manusia yang bersama.

nama aku Waqar, dan begini ceritanya.

aku mengenal sebuah batu hati yang keras, aku genggam kuat agar tak terlepas pada mereka yang jijik untuk menerima. aku jaga, aku peluk dan pastinya aku simpan agar ia tak pecah. seolah ianya adalah nyawa untuk aku terus hidup.

aku pernah mendalami sebuah kisah silam yang duka. kisah bagaimana aku percayakan seorang gadis cina. dia putih, comel. peribadinya mulia. dia bukan sesiapa, dan bukan apa apa. cuma manusia yang aku gelar pada masa silam yang dulu sebagai teman.

setiap masa yang aku habiskan, setiap saat yang aku pelukkan, setiap jiwa yang aku tinggalkan hanyalah untuk dia. detik waktu menelaah setiap waktu kami bersama. berpelukan, bercumbuan, kadang kadang hampir terlanjur. jiwa muda mudah benar dihanyut nafsu, tapi kami tidak sehanyut yang difikirkan. cukup sudah ringan ringan. itukan lagi seronok dari terlanjur.

cinta muda selalu saja disalah ertikan sebagai sampah, bagi aku tidak. cinta muda hanyalah untuk mereka yang merasakan diri mereka satu kertas putih yang patut dicorakkan dengan warna warna remaja. dan kami juga begitu. aku dah gadis cina. aku umpama kertas putih bagi dia, dan dia bagi aku adalah warna yang sedang mencorakkan hidup aku. warna gelap sudah aku tempuh, warna cerah juga aku sudah rasa.

selama bersama, kami merasakan jiwa ini longlai dibuai masa. sehingga melupakan setiap jiwa yang bersama. dan aku mula merasa kurang adil untuk aku terus begini sambil aku meninggalkan yang lain. hidup aku semestinya bukan berteraskan dia. tapi dia hanya melengkapi apa yang kurang dan apa yang sudah cukup. dalam pada itu aku tetap setia.

pada malam waktu dia ketakutan. aku jadi teman. pada siang masa dia kepanasan. aku lindungi dia. pada hari masa kehujanan. aku peluk dia. pada hari dia dirundung malang. dia aku girangkan.

tapi waktu itu bahagia yang rasa cuma mimpi yang aku reka.

dan demi waktu yang sedang berkisar ini. satu bentuk tubuh sedang berubah. tubuh itu adalah dia. dia sedang berubah. meninggalkan aku tanpa pesan, meninggalkan batu hati tanpa dijaga. meninggalkan aku pada masa aku memerlukan.

dan pada tanah bumi hijau yang bersaksikan langit, kertas putih aku mula diwarnakan dengan warna gelap. hari hari aku tak sebahagia dulu, langit biru aku gelap, burung yang selama ini nyanyi lagu girang jadi diam, pokok hijau sudah luruh dengan daun mati. dan batu hati aku sudah tak sekuat dulu.

pada pinggir malam yang mati, persetankan dia. setelah dia renyukkan anganku. lalu dia hamburkan pada angin. dia bekukan dan dia kuncikan, dia racikkan lalu dia biarkan aku begini terus mati.

4 comments:

Wadi AR said...

uhh, menghayat hati betei.


*nama beliau dekat dekat dgn aku lak tu

APi said...

langit biru gelap cuma seketika, burung yang diam hanya sementara, daun pokok yang luruh akan tumbuh semula..

batu hati itu kau yang punya..

pasak kuat atau longlai kau yang tentukan segala..

kuatlah.. =)

si ngokngek said...

hati kau disakiti tanpa peniti.

tak adil!!

sophieima said...

ada wktu mmg corak yg menambh seri lam hidup kau akan beransur pergi..ta perlu pesan berdesub hilang..aku pun penah ada rasa camtu..