06 April 2012

Mencari

Nama dia Hana, dia kaki mabuk. dia kaki club. dia ini hari hari cuma tahu berhibur. dalam satu saat, dia tidak boleh kalau tidak berhibur. malam malam memang dia tak lekat di rumah. dia akan melepak hingga hening pagi memanggil pulang. dia akan berhibur saat malam beribu bintang. dia akan asyik dengan kemabukan hingga jatuh sungkur ke lantai. umurnya muda, tapi sayang. hayat mudanya banyak dihabiskan dengan perkara perkara begini. tapi dia pernah bilang sama rakan, bahawa dia tak pernah bahagia dengan apa yang dia buat. yang dia tahu. dia hanya gembira. itu pun cuma sedetik. selebihnya dia banyak berduka. dia pernah mencari apa itu tenang. tapi tersungkur dek keasyikan dunia. dia tak pernah lupa atas sebab apa dia lahir, dia tak pernah langsung lupa atas sebab apa tuhan jadikan dia. cuma dia keliru, hala tuju hidup mana yang dia mahu.

Nama dia pula Adi. dia ini kaki perempuan. dia hanya tahu tiap malam perlu di isi dengan perempuan dikiri dan kanan. setiap malam dia di isi dengan aktiviti celah kangkang. katanya hidup ini terlalu singkat, lalu kita perlu buat apa yang kita mahu. tanpa fikir sejenak. dia juga muda, cuma dia ini terlalu muda untuk hanyut. keluarga kaya raya. mintak saja apa atau sesiapa, pasti dia dapat. kerana mereka yang berada disekeliling dia hanya mahu menumpang kesenangan. cuma dia dikaburkan mata dengan dunia. dengan kesenangan. disaat ada yang meminta, dia hulurkan. disaat ada yang kebuluran, dia suapkan. disaat ada yang memerlukan, dia adakan. dia cuma buta. hanya nampak apa yang ada didepan mata, tidak peduli apa yang disebalik mata. kadang kadang dia juga terfikir, sampai bila mahu hidup begini. sampai tua? sampai dia ada anak, dan anak itu juga hidup seperti dia. tidak katanya. kadang terlintas juga dihatinya. mahu berbuat kembali ke pangkal jalan. tapi seperti biasa, hanya niat. yang lainya tidak diusahakan.

Dan yang ini pula Kamal, dia ini bukan kaki perempuan. dia ini bukan kaki club. dan dia ini bukan kaki mabuk. hidupnya penuh di isi dengan kerja. sampai kadang dia keliru, hidup ini untuk kerja atau kerja ini untuk hidup. sememang dia sibuk hingga hari minggu juga tiada waktu untuk dia berkerja. dia juga hanyut. tapi hanyut dengan kerja. selama 10 tahun dia berkerja. apa yang dia mahu adalah mahu kayakan diri. dan lumrah manusia. dia pasti terfikir. untuk apa sebenarnya dia hidup. dan dia masih lagi mencari jawapan. apa dia hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup.

cuma antara mereka bertiga ini, perbezaannya adalah cara hidup. Hana dengan dunia club, Adi dengan dunia perempuan, dan Kamal dengan dunia kerja.

tapi persamaan bagi mereka adalah. mereka mencari tuhan di langit, tapi sebenarnya tuhan hidup didalam diri mereka sendiri.

1 comment:

Wadi AR said...

mungkin tgh mencari cari