16 May 2012

Marijuana, Amsterdam dan Malaysia.

Dia bangun pagi dan mengeluh tangannya lenguh dek kerana kuat melancap, dan dia bising yang dia tidak boleh kawal nafsu dia. sambil dia membebel dengan ayat yang langsung aku tak faham, yang aku tak peduli. aku sibuk mengemas baju baju kotor untuk dibasuh. aku kutip satu persatu baju dia dan aku. ada baju lama yang tertulis 'saya suka jadi apa saya suka jadi' dah dekat 4 bulan aku tak jumpa baju ni. baru aku perasaan yang baju ini duduk di bawah katil begitu lama. dia masih lagi mengeluh tangan yang lenguh dek kerana kuat melancap, aku tahu. tangan dia lenguh bukan kerana kuat melancap. tapi sebab gaya tidur dia semalam yang buat tangan dia rasa lenguh bila dia bangun. mana tidaknya, tidur tak pernah tenang. asyik kekiri kekanan. tapi aku diam sahaja. biarlah dia fikir yang tangan dia lenguh sebab melancap.

pagi itu aku dan dia akan ke kota Amsterdam. aku tak mandi, baju yang aku kutip tadi aku letak dalam mesin basuh. nanti aku balik dari Amsterdam aku sidai. sejak 10 tahun aku duduk di pekan Blaricum, utara Belanda. macam macam orang yang jumpa. bandar ini lebih kurang macam pekan di Malaysia. ada kedai macam mamak. tapi dekat sini bukan mamak, lebih pada bar. nama bar ini Heilige Stad atau dalam bahasa melayunya pekan suci. sampai sekarang aku kurang pasti kenapa nama bar ini dinamakan pekan suci. orang kampung di sekitar Blaricum ini ada cerita pada aku yang kampung ini dulu pernah berlawan dengan puak bangsa lain. pernah terjadi krisis bangsa di sini. mungkin di sebabkan itu bar itu dinamakan Heilige Stad, tanda memperinganti peristiwa itu.

dekat bar itu juga aku jumpa dia, dia ini nampak bodoh pada mulanya. cuma datang mahu berjenaka dengan aku. tapi aku ini orangnya tak peduli. aku diam saja masa dia datang dan ajak aku bersembang. masa itu aku ingat dia mabuk. dia cerita dekat aku, kalau datang di kampung ini. rugi rasanya tak berbaik dengan orang kampung disini, kerana disini sesiapa yang berbuat baik. akan di beri satu plastik marijuana. dan dia ceritakan juga, di sini sesiapa yang mahu berkahwin seeloknya pemberian yang paling manis adalah marijuana. masa pertama kali jumpa dia, aku langsung tak peduli dia. tapi disebabkan malam malam aku habis di bar ini. dan dia juga sudah lali melihat tingkah aku di bar ini yang suka mengambil meja paling hujung dan dengan aku ada dua tiga buah buku untuk dibaca, kami jadi kawan. dan masa mula berkawan, dia hadiahkan aku sebungkus marijuana. dan dari situ aku belajar menghisap dan khayal.

perjalanan ke Amsterdam mengambil masa selama 1 jam setengah, kami naik bas di Bus Hilversum Station dan langsung terus ke Station Keretapi Hilversum untuk ke Amsterdam. di sana kami akan menziarah seorang sahabat yang mati bunuh diri. Aaron nama dia, sebetulnya bukan bunuh diri. dia cuba terjun dari jambatan yang dibawahnya adalah sungai, tapi masa dia jatuh di sungai. dia ubah fikiran dan berenang kembali ke hilir. dia mati bukan sebab bunuh diri, dia mati sebab sejuk. dia kawan baik aku semasa aku belajar cara naik motor roda tiga. kami sama sama menuntut di University Of Amsterdam, masa kami sama sama belajar dalam jurusan perniagaan dia banyak tolong aku.

aku dan dia diam dalam perjalanan ke Amsterdam, dia meletakkan kepala pada bahu aku. dan aku dapat rasa subang pada telingan dia sambil termenung. dia cuba memejamkan mata untuk tidur. kerataapi terhentak hentak dan subang ditelinganya mencucuk cucuk bahu aku, aku rasa sakit dan dia juga rasa sakit. dia pandang aku dan kami ketawa. dia menyoal :

                    kau tak rindu keluarga kau di Malaysia?
                    aku kata tidak, dan cuba menyembunyi raut wajah aku.
                    mereka tak rindu kau?
                    aku ketawa sinis, dan menjawab entah aku tak tahu.

aku bagitahu dia yang aku akan pulang ke Malaysia bila mana aku berasa sudah tiba masa aku untuk pulang. aku bukan bersembunyi. cuma bila tiba masa, kita perlu bersikap menghilang. agar nanti kita tak selalu di rundung malang. aku akan pulang bila aku sudah bersedia. sampai bila aku mahu jadi pelarian? duduk di rantau orang, kenal dengan orang kampung yang bukan sejiwa dengan aku dan berkenalan dengan dia yang entah dari mana datangnya. semua orang, sedegil manapun dia atau senakal manapun dia. pasti suatu hari nanti dia akan pulang di tempat yang lahirkan dia. itu fitrah dan itu karma. aku mahu lihat segala benda yang telah lama aku tinggalkan. keluarga aku mungkin menolak, tak tahu, tapi yang pasti aku mahu pulang. berkahwin dengan gadis kampung yang ayu. semuanya aku mahu mengikut adat. dan kami akan duduk di satu pulau yang aku akan bina, satu rumah kayu yang sekelilingnya penuh dengan pokok pokok yang menghijau. di situ pula aku akan ajarkan anak aku mengaji. dan aku akan pastikan dia khatam al-quran sekurangnya 3 kali.

dia mendengus, ketawa sebentar : nanti pasti anak kau akan memberontak. dan masa itu nanti anak kau juga akan jadi macam kau. cis, kata orang teruk. padahal kau lebih kurang, hipokrit, suka mengongkong juga. ok, apa apa pun jangan lupa hantar poskad.

aku diam, dan menyeluk poket belah kiri. aku ambilkan marijuana yang aku telah bungkuskan dalam bekas kit kat. dia ambil dan tolong menggulung sebatang untuk aku. memandang aku dengan sinis. satu patah kata pun dia tak cakap, kalau dia cuba buka mulut pun aku akan suruh diam.

5 comments:

Anonymous said...

Aiman gua tggu lu jd lawyer pastu gua nak bentang usul psl daun hijau neyh...supaya kerajaan malaysia legal kan bnda neyh....grrrrrrrrr....

Aiman Nazirmuddin said...

haha. insya'Allah.

Ayyen Normin said...
This comment has been removed by the author.
Ayyen Normin said...

U tahu? u bole direct karya u nih jadi 1 shortfilm. Part lucah tuh i abai. Sumpah i dah dapat imagine doh if buat shortfilm. :)

Blogger said...

VaporFi is the best electronic cigarettes provider out there.