01 May 2012

Tentang Bersih 3.0




"anda mengulas cerita yang sudah tidak ori, yang sudah dicampur adunannya hingga menjadi sedap untuk sesiapa yang menelannya.

anda sendiri yang harus sendiri turun melihat kondisi, kemudian anda sendiri memahami situasi sebenar daripada apa yang diceritakan di dalam television.

rakyat tidak lagi bodoh, semua sudah maju. teknologi dihujung jari. orang ramai merakam gambaran sebenar dengan video dan gambar melalui kamera, video dan handset.

bila saya meliht gambar gambar yang dikatakan rusuhan, menyelamatkan polis (dikatakan pukul polis) saya tersenyum sendiri. kerana saya memahami keadaan sebenar ketika kejadian berlaku, tapi anda yang menelan bulat bulat cerita penglipur lara, tidak ada kesudahan melihat keburukan orang.

saya bukan ahli pembangkang, dan saya bukan ahli kerajaan. saya seorang hamba Allah yang diberikan akal berfikir berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Nabi pesan, jika sesuatu khabar itu sampai padamu, maka selidiklah terlebih dahulu. boleh jadi ia fitnah."

kata saudara Muhammad Arif pada mereka yang sedang sibuk berdiskusi tentang bersih.

3 comments:

Dale said...

malangnya, tiada yang berbuat sedemikian

Anonymous said...

sungguh liberal agame mu wahai anak mude.. Tuhan tu tak idup dalam diri manusia..kite ni yang hidup untuk Allah, betulkan akidah mu wahai ank mude, jgn terjebak dalam perangkap nafsu shingge mngetepikan agame.. dunie ni sementare

Aiman Nazirmuddin said...

anonymous, di mana ayat saya yg dikatakan terlalu liberal? adakah sy hidup dalam al-quran dan sunnah anda katakan saya liberal.

atau perumpamaan sy yg mengatakan tuhan itu hidup dalam diri kita sendiri membuatkan anda mengatakan sy ini liberal. tak mengapa, anda mungkin tak faham dengan apa yang sy cuba sampaikan. dan mungkin anda tak selalu berfikir di luar kotak sehingga menuduh sy liberal.