29 July 2012

Kena Lagi.

Aku beri hati,
dia balas dengan luka.

celaka.

13 July 2012

Penulis

Penulis adalah manusia yang pelupa,
dia lupa akan temu janji dia,
dia lupa akan hari ulang tahun,
dia lupa untuk siram pokok,
dia lupa untuk buang sampah,
dia lupa untuk keluar makan,
dia lupa yang dia lapar,
dia lupa hari dah malam,
dia lupa yang dia duduk seorang.

tapi dia akan ingat,
di hari pertama temu janji dia,
apa yang anda pakai,
haruman apa yang anda sapukan,
atau apa yang anda ceritakan,

penulis memang pelupa,
kerana mereka terlalu sibuk,
untuk mengingat perkara yang terlalu penting.

atau mereka mungkin lupa,
tapi mereka tidak pernah lupa,
untuk bagaimana membuat anda tersenyum.

06 July 2012

Suatu Petang

Kita duduk,
dalam taman,
beralaskan rumput,
berdindingkan angin,
beratapkan awan,

awak pegang tangan saya,
awak tarik,
awak peluk.
dan awak sandarkan kepala di bahu saya,

tangan awak sejuk,
rambut awak lembut,
peluk awak tenang,

lalu apa lagi yang tinggal,
kalau bukan,
bahagia.