06 July 2012

Suatu Petang

Kita duduk,
dalam taman,
beralaskan rumput,
berdindingkan angin,
beratapkan awan,

awak pegang tangan saya,
awak tarik,
awak peluk.
dan awak sandarkan kepala di bahu saya,

tangan awak sejuk,
rambut awak lembut,
peluk awak tenang,

lalu apa lagi yang tinggal,
kalau bukan,
bahagia.

5 comments:

Wadi AR said...

indah sungguh

APi said...

ah, psikedelik ke awangan..

Anonymous said...

kalau betul awak dah berpunya sekarang..saya sedih. Dari jauh, saya perhati. Perihal awak patuh sama agama, buat saya tertarik. Dari jauh, saya cinta awak..sungguh. Moga Allah memberkati kamu Aiman.

Aiman Nazirmuddin said...

jodoh sy kerja tuhan, jodoh sy di tangan tuhan, jodoh sy hanya dengan tuhan. andai ada yang mahu, saya doakan moga seperti Fatimah Az Zahra, itu impian sy. sy masih sendiri, tak punya sesiapa. cuma ada Tuhan dan Nabi-Nya. sy masih belum patuh dgn agama, ada lubang lubang kosong yg sy belum isi dgn iman dan amal. sy masih mencari, mencari diri sendiri. semoga awak juga diberkati. insya'Allah.

KAKILIMA said...

kalau tak silap ayah awak lecturer kan? pernah ngajar saya dulu.