28 October 2012

Surat Untukmu Manisku.

Salam untukmu manisku,

Masih terngiang ngiang suara nyaringmu memeluk langit malam, sedang waktu kita duduk bermesra di atas bumbung sana. masih terasa lembut harum bau rambutmu saat kamu bersandar dibahuku.

apa kamu masih ingat saat hujan turun lebat, saat bulan bersembunyi dibalik awan, dan pada saat bintang jauh ditutupi langit gelap. kita duduk di atas bumbung sana, bercerita tentang impian. kata kamu, mahu jadi pelangi selepas hujan kerana pelangi akan memberi harapan pada manusia yang tak lelah untuk berharap.

dan malam itu menjadi saksi, bagaimana telatahmu membuat aku jatuh dengan manis. bagaimana lembut tuturmu membuat aku terbang dibuai mimpi.

tapi itu untuk dulu, saat malam ku dibumbung ini tak sesunyi sekarang. saat malam ku dibumbung ini dipenuhi bintang yang kamu ciptakan. dan saat malamku dibumbung ini bertemankan kerinduan yang kamu bangkitkan.

sekarang aku masih lagi mendengar suaramu dibumbung ini saat malam datang bertandang. bagai hembusan angin yang lekat, menjamah setiap baris kalimat yang kusuarakan.

adakah kamu sedang persiapkan satu cahaya untuk kegelapan yang aku ciptakan? adakah kamu memberi maaf bagi kesalahan yang kulakukan? atau adakah kamu sudi untuk kembali memberi pelangi pada aku yang telah kamu tinggalkan?

kerana sudah terlampau jauh rasanya, aku jatuh dalam cinta yang tak pernah kau izinkan.


                                                                                                           Yang Benar,
                                                                                                               Aksara.

5 comments:

Anonymous said...

Rasa jatuh cinta.

Aiman Nazirmuddin said...

Jatuhlah, kedalam ruang rasa yang paling dalam.

Anonymous said...

Macam mana nak bercinta dengan aksara?

Dan macam mana nak tahu dia ada perasaan yang sama?

Aiman Nazirmuddin said...

bercintalah dahulu dengan Tuhan yang menyintai hamba hambanya. Selepas itu pilihlah aksara yang walau se-punk mana pun hidup dia, dia masih sujud tika tuhan memanggil.

Dan soal hati ini soal rasa yang dalam. Tanpa permulaan soalan dari anonymous, mcm mana lelaki itu mahu tahu.

∆LΣΣY∆ M∆IS∆Я∆ said...

aku pernah rasa perasaan itu ..

dan aku jatuh terus kedalam tanpa jumpa jalan keluar ..