30 March 2010

Lumpur Di Mana Tanah Dan Lempung Tersuspensi Di Air











hari ini aku berdagang,
pada tanah tuhan,
pada mata yang memerhati,

lensa mata ku kabur,
kabur dari kejahilan dunia,

demi sebuah kesempurnaan akal,
untuk kesempurnaan rohani,
aku harus berkorban,
biar jasad juga nyawa,
biar duka atau suka.

biar aku bernafas dalam duka,
demi sebuah pelengkap hidup.

Hari Babi

ini adalah antara hari harinya.
hari yang aku rasakan semua benda seperti babi.
hari yang aku akan pandang semua orang dengan penuh benci.
hari yang aku tidak akan senyum, hendak buka mulut apa lagi.

ini adalah antara hari harinya.

aku mahu pulang.
aku mahu balik pada nyawa aku di sana.
tak ada satu perkara yang mampu membikin aku aman.
tak ada satu pun jua.

setiap siang di sini merangkak
setiap malam malamnya tak bergerak.

hari hari
aku keluar hanya untuk kerja. dan akan pulang sepantas2nya.
aku tidak sudi berapa2 dengan siapa2.
aku tidak mahu berkawan atau dikawankan.
aku menjadi terlalu kejam dan durjana.

setiap hari aku maki diri sendiri yang terlalu bangsat untuk sudi dilaknat begini. setiap airmata yang tertitis adalah hukuman yang mengekehkan kelalaian aku untuk memancung badai takdir yang ditulis untuk aku. setiap siksaan aku adalah balasan untuk kealpaan aku untuk menongkah taufan qada' dan qadar ketika peluang mencuba masih ada.

apa yang aku hadapkan ini adalah satu hak yang memang berpadanan dengan kebodohan aku.

tuhan.
kasikan aku pulang.
aku hauskan cinta dia.
aku laparkan kasih dia.

sudah 47 putaran hari aku bergelut bersama malam. tidak diizin aku tidur. tidak diberi aku walau memejam mata. setiap harinya aku terpaksa minta belas kasihan subuh untuk membobok aku dan menyembunyikan aku dari malam buat sementara.

mujur kerja aku dimulakan di tengah siang. dapat juga aku curi2 dalam sebentar.
dunia terlalu sunyi bila kau pernah merasa hingar.

tuhan...
kasihankanlah...
aku belum mahu mati lagi...

pulangkan aku pada dia...
dia tak berkawan di sana.
seperti aku di sini tak bersiapa2.

tuhan...
tolonglah kasihan...

fynn jamal

26 March 2010

Hari Bersama Sejarah













org fikir kite lupa.org fikir kite takut.org fikir kite ego.

hahaha..

kejam bukan?
di setiap benak otak manusia.
ade saje yg di fikirkan.
yg digambarkan.sehingga belum tentu benar.

hari ini bersame sejarah.
mengimbau kenangan bersame.
umpama back to the past.


24 March 2010

Prolog

nyawa ini kepunyaan tuhan.diri ini juga kepunyaan tuhan.apa lagi? ya.smue ini juga punya die.tuhan punya kuasa.mahu menghidupkan.mahu mematikan.mahu menurunkan bala.mahu menurun kan rahmat.tuhan punya kuasa.

sebagai manusia.kite hamba.ingt.kite yang mencorak hidup kite.tapi tuhan lebih menentukan.punya mata.punya kaki.punya telinga,mulut ape sahaje.smue itu ats izin tuhan.manusia melangkah ego umpama kuasa besar itu kepunyaan beliau.manusia mencipta tamadun songsang.manusia mencipta akhlak keji.manusia mencipta peperangan kosong tanpe sebab.manusia juga yang mencipta sebab yang menempah mereka buat nerake.

corakkan hidup mu.corakkan loghat mu.corakkan kate kate mu.biar smua tahu.bahawa kau bernaung bersme tuhan yang esa.corakkan setiap langkah mu.biar semua tahu.perjalanan mu hanya untuk tuhan yang maha berkuasa.biar semua tahu.bahawa mereka insan hina.yang hanya hidup atas izin tuhan yang satu.

ya.mereka bangga dikenal ramai.mereka bangga mereka kaya.mereka bangga mereka punya teman.mereka ego dgn kekayaan mereka.haha.biarkan.nanti mereka tahu.yang langit itu tak selalunya cerah buat mereka.dan guruh itu tak selalunya berbunyi.dan disitu.mereka tak punya masa.hanya rasa. takut.

aku juga akan rase....

22 March 2010

Lola Itu Gila

malam khamis.hari itu 12 haribulan.bulan mengambang terang.manusia mula berehat.dari kepenatan rase peluh berkerja.dari rase hiruk pikuk suare bandar.mereka mahukan sebuah ketenangan.televisyen di biar buka.melihat tanpa tumpuan.mereka berkhayal.berimaginasi.

"bawa kan aku terbang! bawa kan aku terbang!"

tiba satu suara memecah tembok khayal mereka.terpaku melihat televisyen.oh.cerita gila.apa mugkin manusia punya kuasa untuk terbang? dalam khayalan mungkin.

itu lola.kecil.punya lesung pipit di pipi.mata bulat.ada tahi lalat di pipi sebelah kanan.rambut nya panjang.lola cantik.kulit seakan akan orang eropah.tapi darah lola kepunyaan bangsa timur tengah.palestin.lola anak palestin.pindah di malaysia.mahu mengubah nasib negara nya.mahu mengusir israel laknat dari bumi suci itu.cita cita beliau tinggi.

pernah lola di kata kn gila.lola menentang habisan mereka yang bersekutu dgn mereka.yang mnyebarkan idea gila tentang mereka.mereka penipu besar.bangsa yang mereka anggap plng agung.israel.manusia yang betopengkan syaitan.yang sembunyi di balik perasaan syaitan.mereka kejam.

dan bumi malaysia hanya melihat di dalam takuk ketakutan.hanya tahu bersuara.tapi belum tentu suara gema itu smpi di pelusuk telinga syaitan manusia itu.mereka senang menghantar bedilan.mereka lenang membunuh yang tak berdosa.dan mereka menang dalam pejuangan sia sia.hanya untuk sebidang tanah yang mereka anggap bumi mereka.dan kita? melihat.ya.hanya melihat.

lola sekarang gila.
lola sekarang menuntut waktu.
lola sekarang mahu kan ketenangan.
lola tak punya siapa.
apa lagi apa.

lola gadis siuman.
lola gadis tragis.
lola gadis pilu.
menuntut keaman.
menuntut perjuangan.
berilah beliau peluang.
jangan di usir gadis malang itu.
kerana.
sudah pasti lola juga saudara kita.

lola itu gila.

19 March 2010

Hantu

Siapa yang luput dari waktu?

“Hantu!”

Sejak itu anak-anak tak pernah lagi bermain di luar rumah.

Mereka mulai mengakrabi televisi, mencari film kartun dan komedi.

Siang-siang mereka lebih senang memutar-mutar tuning radio.

Dan bila malam tiba,

mereka serius berdoa agar tak diberi mimpi tentang hantu.

Siapa yang berbisik-bisik di rongga dada?

“Hantu!”

Sejak itu anak-anak mencemaskan kesendirian: sunyi-sepi yang menawan.

Di dalam rumah, mereka sibuk memencet-mencet nomor telepon.

Siang hari mereka berdiri di depan jendela, berteriak-teriak,

“hei! ada yang tahu merek mainan penakluk hantu?”

Dan jelang waktu tidur di sisi boneka lucu --dan kaku--

mereka membaca banyak buku sampai dipeluk kantuk.

Siapa yang berkata-kata di dalam buku?

Jangan takut, aku tak lebih dari hantu.

hantu nyawa si pendusta gila.

ya.

aku tak lebih dari itu.

usah risau kanak kanak masa hadapan

hantu tetap wujud.

ada yang menyamar dalam topeng manusia

tapi hakikat mereka hantu


Dan kanak kanak itu terus di buai mimpi

sayu suara nafas

sayu suara malam

mereka kaku

dalam buaian mimpi barangkali

terus dibawa

kemana meraka mahu


18 March 2010

Cubaan Pertama


rase teruja.
cubaan pertama.
rase suke.
cubaan pertame.
rase gembira.
cubaan pertame.
rase dakapan seni.
juga cubaan pertame.

hasil seni yang tak seberape.
kad kahwin.
lawak rase.
seni itu abstrak.

Hutan Tembok Di Kuala Lumpur











hutan cinta buat dunia
melopong mulut rindu kan teman
mencari tahkta buat si penyulam suka
mencari garang buat si rindu buta
mencari teman buat si pencari teman
tenggelam..
tenggelam..
ya..
masih terus tenggelam.

15 March 2010

Cerita Budak Kecil Di Jamban Kayu

ye. mmg itu sebuah lumrah.di mane yang pandai akan di sanjung tggi.menggunung.bak intan.bak permate.bak sebuah lautan emas yang punya bnyk hasil.make tak hairan lah.andai yang bodoh ini ttp benar di sini.umpama tiada hasil yang dpt.umpama hasil tuaian yang rugi.umpama bunga layu.tak sempurna.

mereka mahu smpurna bukan? ya.sye dpt lihat.dari raut wajah si penipu gila.si pembohong munafik.mereka berlegar legar mencari manusia pandai.sempurna.meraka mahu sanjung.mahu sujud.mahu berbakti buat mereka.ya.mereka bangsat.mereka ttp benar bohong.barangkali mencari ikhtiar hdp.menumpang diats kesenangan org.meraka penipu.tipu belaka.lautan wajah si pendusta.saye dpt lihat.

lihat saje.si bodoh itu dihina.si bodoh itu di caci.di buang jauh jauh.mereka rakus.di mana sifat kemanusiaan.di mana? ade! dihati si penipu gila.sanjungan diberi konon.sebelum berjuang.mereka lah yang menyokong.mereka lah yang menyanjung si bodoh ini.mereka menagih simpati.mereka bersifat baik.tapi akhiranya.mereka terang penipu gila.

lumrah manusia berjuang.harus punya kalah.harus punya menang.tapi andai kalah.jangan harap kau akan di sanjung.malah kau akn di hina.sehina hina nya.kau dpt lihat.umpama pedang kosong yang tak bermata.sape mahu? kau dicaci.dan ketika itu.kau seorg.tak punya teman.tak punya sahabat.kau berjuang dlm kegagalan sndiri.mereka tidak lihat usaha kau.mereka tidak hargai usaha kau.,mereka hanya mahukan sebuah kemenangan.ya! kemenangan.andai kau tak bwa itu pulang.bersedia.kau akn dihina.

umpama bunga.andai bunga itu plng mekar sehebat ros.warna sehebat mawar.bauan sehebat bunga matahari.tumbuh subur umpama teratai.bunga itu akan disanjung.bunga itu akan dihidu.bunga itu akn menarik setiap yang melihat.dan bunga itu lah daya penarik buat lebah hinggap utk madu nya.tapi.andai bunga itu plng layu.plng buruk warna nya.plng busuk bau nya.plng tidak subur.dan bunga itu lah.dipandang hina.tidak dihidu bau nya.tidak akn menarik sesiapa utk melihat.apa lagi lebah.dan bunga itu mati.hapus dlm kegagalannye utk tumbuh.kerana.bunga itu tidak pernah di beri peluang.

umpama manusia.liku hidup.sejarah berjuang.duka suka.gembira.tapi syg.tak pernah diberi peluang.hanya lihat dpn mate.tak prnh hrgai yg dibuat belakang mate.sye sedih sejujurnya.ye.aiman sedih sejujurnya.

aku lah hama.
aku lah hina.

14 March 2010

Apa Saya Kenal Saya?

Kalau engkau hendak menemui Aku
Turutilah jalan Ku dan bukannya jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan Ku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan Aku akan berjalan pula pada jalanKu
Usahakan kita sejalan, engkau dan Aku
Supaya tercapai yang dituju

Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan

Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar Aku di dalam
Tempat mu di kiri Aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai Aku lebih dahulu
Dalam perjalanan Kita bertemu
Engkau dan Aku

Aku yang engkau jumpai di perjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak tukar haluan
Kerana di saat itu Aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat Aku, jalanKu yang akan diturutkan

Berjalan pada jalanKu
Bererti engkau bersertaKu
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal Aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu...


12 March 2010

Orang Mengutuk Dari Belakang! Kau Kisah?

melodrama manusia
mereka tak serik serik barangkali
mencipta tembok kata kosong
menebur benih janji

mereka kononnya
mahu mengubah nasib orang lain
mahu mengubah jalan hidup orang lain
meraka tekad

mereka mendrikiminasi orang
mereka fikir mereka layak
memaksa orang mahu ikut telunjuk mereka
apa mereka tuhan?
atau mereka punya agenda lagi garang

dan mereka terus
menabur idea idea politisme
menabur semangat semangat politisme
mahu hitamkan otak muda mudi dgn idea bangsat

mereka rakus
paksaan
deraan
dan perlawanan
yang lain mungkin fikir bgs
tapi ada yang tidak

lihat dari sudut rasional
kita dapat lihat suatu kerugian
lihat teliti
berapa juta yang mahu dihabiskan lagi?

mereka sepatutnya
membawe haluan yang berbeza
berfikiran tajam
berfikiran terbuka

mereka pentingkan driri sendiri
tak ubah seperti israel
fikir bangsa mereka terbaik
mereka kejam

tenang damai pagi itu
tak mungkin bakal kekal selama nya