19 February 2011

Rebel (Projek Untuk Anak Anak Mak)

bila dah malam, mulalah fikir tentang esok. dan bila esok, mulalah fikir tentang hadapan. bosan. manusia tetap dengan rutin yang sama.

hai, nama saya Alexandria, mama kata nama saya begitu sebab darah saya sudah sebati dengan orang barat, manakala sifat saya sudah sebati dengan ketimuran. dan untuk kamu kamu pasti sudah dapat tangkapkan, saya ini melayu campur. tapi mama tak pernah bagitahu saya campur dengan bangsa apa.

dalam hati saya ada taman, tak banyak bunga. tapi saya tetap panggil taman. saya tanamkan bunga harapan, tanamkan bunga iman, dan tanamkan bunga akhlak. harap kembang satu hari nanti. kembang jadi mekar, anak mamakan.

mula hidup ditanah utara nun jauh sana, sampai saya dah pertengahan umur kanak kanak. mama dengan ayah ajak pindah ditengah kota yang paling art pernah saya sampai. orang panggil pekan koboi. tempat ni paling true dalam lipatan sejarah. hanya orang orang termampu sahaja dapat hidupkan kota ini. dapat bertahan dalam kota ini. nak lihat pembanggunan memang tak dapat la yob!

masa kecik lagi saya sudah terbiasa hidup di bawah ketiak mama, so kalau pergi mana mana. saya pasti dengan mama. yelah. anak mamakan.

tapi bila pindah ke kota paling art, saya mula fikirkan diri sendiri. hala tuju saya kemana, mungkin bunga bunga dalam hati dah kembang matang, dan otak bisa cerna fikir orang kelas pertama. matang. bila semua ini ada, saya bisa sahaja berdikari. hidup susah, hidup seorang. hidup tak makan pun pernah saya rasakan.

masa saya dimasukkan ke sekolah, mama ada pesan.

"alex, ini bukan lagi budaya utara yang alex pernah belajar dulu"

"maksud mama?"

"ya, ini bukan tempat kita. bukan tempat alex. dan bukan juga tanah lahir alex mahupun mama, so, be nice. make friend ok? lupakan hari hari alex di sana. dan fikirkan hadapan. dan sekolah ini dan masa masa yang akan datang. adalah hadapan alex"

"but mama.." saya seakan mahu membantah.

"no no no, i'm your mother. and i know, what's good for you"

"ok mama"

dan pertengahan umur remaja saya, 19 tahun. saya tetap dikota ini. membesar disini.

sejak saya hidup ini. tak ramai pun yang kenal saya, yela. sapa nak kenal orang macam saya. muka sampah, hati batu. yedop?

lagi pun, saya tak ramai kawan. yang sedikit sedikit inilah yang saya jaga.

"kau nak join kami buat projek tak?" tanya minz

"projek apa" saya membalas.

"projek boiiikkkk punyaaa"

saya diam, tapi orang macam minz ini saya sudah kenal. takpa. saya diamkan dulu. ambil rokok sebatang dan cucuhkan apinya. asap naik.

"siapa lagi yang ada?"saya mulakan kata.

"kawan kawan kita, 4 orang semuanya. campur kau 5"

"nanti aku fikir"

"ingat, projek ni buat orang macam kau pun tak senang duduk. orang sekarang tak faham art"

balik dari mamak, saya terus masuk tidur. malam itu saya fikir dalam. dan yang pasti malam itu harap saya dapat mimpi. cukuplah bagi petunjuk yang buat saya setuju atau tidak.

mata lelap, tidur.

---------------

Ini projek, aku selitkan tanda harga untuk manusia yang menghargai tulis aku.

tapi sekarang aku kurang pasti,
apa ada lagi rasa itu dalam diri setiap mereka.

18 February 2011

If You Truly Own Who You Are, No One Can Use You Against You

"alah, awak bukan kuat pun. pendirian awak lemah. awak hanya tahu berdiri megah sedang yang lain awak biar mati, tak kacau, tak kuatir. awak lupa siapa awak"

dan bila Sara bilang sama aku ayat itu, ya ayat itu. buat aku terus duduk diam. ayat itu makan dalam. sungguh dalam.

aku pulang awal ke rumah, masa sedang berjalan pulang. ayat itu aku fikir dalam dalam. terngiang ngiang. seolah seolah ada satu suara yang terus saja menyebut ayat itu. macam aku rasa manusia manusia yang lalu di sebelah aku turut sama mengulang ayat itu. ahhh, aku jadi bingung. tak keruan pun ada.

aku sebut diam diam sorang sorang,

"apa benar aku lupa diri, apa benar aku yang jadi punca mereka ini lari lalu tinggalkan aku. apa benar mereka ini sudah tidak dapat terima aku yang baru. aku yang diam. aku yang tak peduli orang disekeliling, mati, hidup atau kebulur. aku sudah tak peduli. apa benar kata Sara?"

pak cik disebelah melihat aku takut, dia fikir aku gila. tapi tiba tiba dia senyum diam. buat aku lagi takut dan lari dari situ. muka dia seolah olah menyimpan satu rahsia yang kalau dibuka rahsia itu, buat aku jadi gila.

aku sampai dirumah, aku pecatkan baju. aku biar tubuh sasa aku terbuka. aku tanggalkan seluar, dan biarkan boxer yang tinggal. aku tatap wajah aku dalam dalam di depan cermin. aku tatap sambil fikir kata kata Sara tadi. dan masa itu aku lihat bayang aku dalam cermin bertukar senyum, sedang aku hanya diam. dan bayang itu menjerit kuat.

"kau siapa?! kau lupa kau siapa!"

aku terkejut takut, aku pecahkan cermin itu dengan tangan aku sendiri. berdarah.

aku takut dengan bayang bayang sendiri. aku tutup langsir, aku tutup cermin, aku tutup apa saja yang bagi cahaya pada rumah aku. aku tidak mahu ada satu inci pun cahaya yang masuk dalam rumah aku. aku takut dengan bayang bayang.

aku sorok diam dihujung katil sambil selimut aku tutup seluruh badan aku. aku takut. aku takut.

lalu semacam ada satu tangan yang datang sambut aku. dia putih, dia cantik. aku bersuara

"awak mahu bawa saya kemana?"

"awak ikut, nanti awak tahu kemana awak akan pergi"

"tapi nanti orang fikir saya akan hilang"

"saya datang nak bawak ketempat yang jauh dari sini, awak sendiri tak pernah tahu akan kewujudan tempat ini. ayuh mari"

aku terima sambut tangan dia, aku dengan dia terbang. aku tidak tahu dimana dia mahu bawa aku. yang pasti aku terus naik ke langit. dan aku terus duduk di sana.

-----------------------------------------------------------

Kuala Lumpur : seorang remaja ditemui mati di Apartmen Seri Perdana, beliau dipercayai membunuh diri. saksi yang berada disitu mendapati remaja itu bercakap seorang ditepi balkoni rumah sebelum terjun.....

11 February 2011

Satu Tribute Untuk Mereka Yang Disampahkan!

adakalanya kite perlu menangis,
agar kita tahu hidup bukan sekadar untuk ketawa,
dan adakalanya kita perlu ketawa,
agar kita tahu mahalnya nilai air mata.

bersyukur pada orang yang menyakitkan kamu,
kerana dia yang menabahkan kamu.

bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu,
kerana dia yang memupuk kamu berdikari.

bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu,
kerana dia yang memperhebatkan kamu.

bersyukur pada orang yang menyiksa kamu,
kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu.