23 September 2011

Pada Muka Surat Penghabisan.

dia duduk di satu penjuru, ruang paling sempit. dia lelaki yang sudah malas menulis. dia lelaki yang sudah malas di angkat sebagai seorang seniman. dia lelaki yang sudah malas melalak di malam hari sambil membacakan sajak sajak dari usman awang. dia lelaki yang selama ini tersekat di dalam masa silam.

dia juga seorang lelaki yang mengharapkan bahawa satu hari nanti bahawa ada seorang lagi lelaki seperti dia, yang sanggup buat apa yang dia pernah buat. 


"pada pena, kertas dan buku. maafkan aku jika aku sering memencil diri dalam keramaian diskusi, biarkan aku mengganti sesal dan mencurah pilu,"

19 September 2011

Dosa 10 Tahun Yang Lepas.

Mak, ayah dah pulang. ayah dah pulang untuk mak. mak, ayah dah menyesal dengan apa yang dia buat. ayah dan menyesal dengan apa yang dia lakukan untuk kita. sekarang ayah dah pulang. ayah dah kirimkan utusan maaf dari dia untuk mak. kami semua maafkan ayah. mak pun mesti maafkan ayah jugak. 10 tahun mungkin ayah itu binatang, mungkin ayah itu haiwan buas yang menunggu masa untuk menerkam setiap tubuh yang hadir tanpa diundang. ayah tak bermaksud untuk pukul kami, untuk tendang kami. ayah cuma tidak dapat terima hakikat. tapi itu bukan salah ayah, bukan juga salah mak. sebab mak terpaksa korbankan sekujur tubuh demi sesuap nasi, dan hingga tubuh itu dikorbankan. mak telah lahirkan kami.

mak, maafkan ayah juga. 10 tahun dulu, pasu yang pernah mak tanam bunga mawar itu hancur pecah ayah baling kena kepala mak. dia tak sengaja katanya, dia terlalu ikut perasaan. dia tak dapat terima mak buat semua ini. bagi dia jijik. tapi bagi mak, demi sesuap nasi dan demi dia mak sanggup. mak maafkan ayah tau, sebenarnya kami sudah bersetuju mereka tanam ayah sebelah mak nanti.

Hamba


hamba datang dari negeri sebelah awan,
hamba lahir dari negeri sebelah bulan,
hamba membesar dari negeri sebelah hujan,

hamba anak timur yang hadir dari semenanjung emas,
hamba anak timur yang buta tentang budaya,

hamba buatan tuhan,
hamba ciptaan tuhan,
hamba suruhan tuhan,

hamba tak agung,
hamba tak hebat,
hamba tak kuat,
hamba tak mengerti,

sebab hamba hanya seorang hamba,
yang mungkin akan jadi hamba untuk sesiapa,
dan mungkin akan terus hamba ini tetap hamba,
sedang yang lain sedang suka seronok dalam
warna warna paranoid.

18 September 2011

Dia Cuba Kejar Syurga Yang Ada Makwe Iras Iras Liyana Jasmay

















orang macam kita.
yang makan, makan apa saja.
yang tidur, tidur di merata.
yang jiwanya, jiwa macam kita.

art for grabs : malaysia day

--------------

mintak maaf untuk semua, sudah lama tak menulis.
lelaki ini yang dulunya yang penuh dengan rasa,
sekarang hanya tinggal dengan satu rasa.
rasa nak mati.

14 September 2011

Penat

ada satu masa, bila ramli duduk termenung di tepi tingkap. dia katakan dalam hatinya.

"suatu masa nanti, akan datang satu pelengkap rusuk kiri aku. cuma sekarang, doa akan jadi suatu senjata agar dia yang melengkapi rusuk kiri aku. ya, hanya doa."