31 December 2011

Tahun Baru

Kata orang, cinta itu adalah hati. kata aku, cinta itu adalah celah kangkang. segala rasa nafsu lapar mahu jejak masuk ke sana.

dia gadis comel. dia gadis yang suka lolipop warna hijau. tak kira rasa apa. janji warna hijau. dia tak kira sebesar mana lolipop itu. pasti dia akan beli dan kumpul buat jadi hobi untuk di tunjuk pada mereka yang punya hobi seperti dia. dia ini adalah Atikah.

atikah gadis yang kampung. datang ke bandar. mahu belajar cara hidup orang bandar. dia sudah muak dengan kampung. katanya kampung itu kotor. kampung itu tak cool. kampung itu hanya tempat orang yang diperbodohkan. dan dia kata bandar ini cantik. bandar ini cool. bandar ini tempat untuk orang seperti dia yang mahukan kehidupan dunia.

atikah hadir ke bandar pada tahun dimana kota ini sedang naik. dia hadir bawa sepasang niat mahu kaya di bandar. dan lupakan terus kampung yang selama ini membesarkan dia. alasan dia pada ibu adalah mahu ke bandar agar mendapat kerja yang lebih baik. tapi apa ada kerja yang baik dibandar? kerja menipu orang adalah.

dulu masa sekolah. dia selalu khabarkan pada guru yang dia mahu kerja di bandar. dia mahu senang disana. mahu pakai kereta besar. mahu ada sebuah rumah, dan berkeluarga dengan mereka yang ternama. guru dia kata, jangan simpan angan yang membawa kedunia. simpan angan yang membawa kita ke akhirat. tapi atikah gadis degil. gadis yang mati hati. gadis yang sudah buta dengan akhirat, dan terang dengan dunia. dia memilih untuk tidak pedulikan cakap gurunya.

di bandar, dia berkerja sebagai kerani disebuah pejabat yang ternama di kota. dia ditolong oleh seorang sahabat untuk masuk berkerja didalam syarikat itu. dia ini gadis lulusan SPM. kerani sudah cukup memadai bagi dia. janji dia berkerja di bandar. dan dapat kejar apa yang selama ini dia idamkan.

seperti manusia lain, dia juga punya perasaan. dia juga punya rasa. dia juga punya jiwa. dia punya rahsia tentang lelaki yang bernama kamal, rahsia hati yang selama ini dia simpan baik baik. dia simpan agar yang lain tidak tahu. ini hati dia, dan ini rahsia dia. mana mungkin orang lain layak untuk tahu.

kamal adalah pengurus syarikat dimana dia berkerja. kamal anak dato'. dia sukakan kamal sejak hari pertama dia kesana. kamal ini lelaki yang hidupnya seperti tunggang terbalik. dia tak punya arah hidup. kamal lelaki yang suka berpesta, suka hidup dengan beribu perempuan. dia tidak tahu, apa yang dia lihat diluar kamal adalah dia seorang yang baik.

hari itu dia masuk kerja awal. ruang pejabat masih belum penuh. ada dua tiga susuk manusia yang baru sampai. dia memulakan kerja menaip kertas kerja yang perlu disiapkan untuk dihantarkan pada kamal. sedang dia menyiapkan kerja. kamal datang bertanyakan tentang kertas kerja dan bertanyakan hal lain. mereka berbual kosong sebentar, dan sebelum mereka bersurai. kamal bertanyakan adakah dia mahu ikut keluar ke pesta menyambut tahun baru malam ini. bila dia dengar pelawaan dari lelaki yang dia minat, dia tanpa segan silu mengangguk mahu ikut.

dan malam itu, tepat pukul 10. kamal sampai di perkarangan rumah dia. mereka berpesta seperti muda mudi lain. mereka tertawa bahagia berdua. dia gembira, inilah kehidupan yang dia cari selama ini. kehidupan yang penuh gelak tawa, penuh warna.

sedang dalam sedar, dia juga sedang membenarkan diri dia diratah oleh kamal. dijilat segala ruang tubuh yang ada. dan dia di kawal oleh nafsu. diratah hingga hilang apa yang patut dipertahankan. dia mungkin suka, tapi dia mungkin lupa.

dan nanti, pada bulan yang diberi nama sembilan. dia sudah boleh fikirkan dimana dia mahu buang anak yang bakal kandungkan ini.

11 December 2011

Terlanjur Jauh Dari Tuhan

Perkara ini kita yang rasa,
rasa ini kita yang duga,
duga ini untuk kita.

kalau diambil sepotong ayat.
dikaji makna tersirat,
belum tentu jumpa yang tersurat.

kalau diambil sepotong hati,
lalu cari apa yang mati,
belum tentu jumpa walau memakan hari.

ingat perkara yang dekat,
jauhi perkara yang sesat,
nanti diizin tuhan kita akan terus terikat.

dan masa itu nanti,
langit terus cerah berseri,
alam tetap teguh berdiri.
dan kita tetap terus disini.

kerana hati yang mati telah hidup kembali.
dia yang pergi bakal ditemu hari.
dan kita disini tetap menanti penuh pasti.

07 December 2011

Lelaki Dan Perempuan


Dalam hidup setiap perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tidak dapat lupakan

dan,

dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memiliki.