26 March 2012

Jumpa.

Dia disana.
disatu sudut taman,
bersamanya punya teman.
gelak tawa tanpa ingat zaman.

dia pula disini,
dalam taman,
cuma disatu sudut ruang,
dia hanya duduk seorang,
mencari apa itu tenang.

dia disana,
bercakap penuh girang,
berpeluk penuh senang,
bercumbu dengan tenang.

dia disini,
duduk tunduk malu pada bulan,
meratap lantai tanah bersama awan,
sambil merasa titis sejuk air hujan.

dia disana,
berkata dengan penuh semangat,
dikeluar dengan penuh keringat,
sambil didengar oleh mereka yang taat.

dia disini,
membisu tanpa kata,
menangis tanpa suara,
melihat tanpa mata.

kerana bagi yang disana,
dia tak perlukan yang disini,
lalu buat apa dia susahkan diri,
boleh pergi mati yang disini.

dan bagi yang disini.
dia perlukan yang disana,
cuma dia sedar takkan kemana,
lalu dia rela duduk merana.

18 March 2012

Dia Dan Kedai Kopi.

Dia lelaki yang suka melepak di satu sudut kecil kedai kopi.

dia lelaki yang sudah menjadi kebiasan untuk dia duduk di sudut itu sambil menghirup dua tiga cawan kopi pekat yang dia minta.

dia lelaki yang sudah menjadi kebiasan hujung minggu yang kosong untuk datang dan merasa kenikmatan secawan kopi.

bersamanya ada buku dan rokok.

dan tidak dilupa sebuku hati yang dia bawa, dan disimpan dalam kotak rahsia dikunci ketat ketat, dan diletak dalam kocek seluar belah kiri.

dia selalu begini. seorang seorang dan seorang.

sejak sejak dia keseorangan, dia banyak menghabiskan hujung minggu yang bosan di sini.

kerana bagi dia, bila seseorang itu minum kopi di kedai paling mahal, tak bermakna taraf hidup dia mewah. tapi mungkin dia mahu menghilangkan kesepian hatinya yang sunyi.

kerana di situ, semuanya melayan dia dengan baik.