30 August 2012

Sayang

Sayang,
andai aku ingin menghilang,
jangan cuba kau menghalang,
agar nanti kau tak terus dirundung malang,
kerana aku ini sifatnya tak ubah seperti lalang.

Sayang,
andai ada keringat kecil,
yang buat kau gagah,
tanpa perlu dipapah,
bangunlah,
kerana aku tak mungkin terus bersamamu kelak.

Sayang,
telah aku kata,
bahawa hidup ini umpama cinta,
ada turun dan naiknya,
ada taufan dan ribut yang mengena,
ada hati yang mungkin kau gores luka,
tapi janji,
janji pada aku,
yang walau seribut mana pun taufan itu,
sedalam mana pun luka itu,
kau akan terus berdiri megah,

Sayang,
andai takdir tuhan menemukan kita kembali,
percayalah,
disaat itu,
kita akan kejar bahagia sama sama.
aku janji.

12 August 2012

Dia Cinta Hatiku

"Semuanya bermula dari laut, cucuku. pinisi ini. lancang melayu. bedar dan layarnya. kapal kapal kita. datukmu. ah, dia lelaki yang sasa. aku takkan lupa akan keperkasaannya. kulit yang gelap dilesang matahari, keringat yang mengucur, mata yang meraih kasih. dan dia menemukan cinta di semenanjung emas ini. dia tak mahu pulang lagi. kata datukmu, akulah cinta hatinya."

"akulah..." nenek berbisik. bibir nenek terkatup. kemudian nenek berkata semula.

"akulah cinta hatinya." mata nenek berair.

"untuk berapa lama?" Ujar cucunya mengusik, semacam mahu mengerti.

"untuk selama lamanya." dan nenek sengaja melurut rambut jarang itu, memintal dan menjalinkannya menjadi tocang kecil.

"dia cinta hatiku, cucuku. ombak dan lautan. tak mampu kau menghindar." nenek menyapu air mata yang turun di pipi.